Mudahnya Bayar Parking Di Selangor Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking
Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Dalam Talian Smart Selangor Parking | Hai. Teringat semasa ada Majlis Apresiasi Pelajar di Hotel Sri Petaling baru-baru ini, kena bayar parking kenderaan walaupun di hadapan hotel kerana petak parking tersebut di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Naik ke dewan, berborak dengan pengarah dan kawan lain, rupanya diorang pun tak tahu parking berbayar, risau juga kalau kena kompaun kan?
Nak turun beli kupon gores untuk sejam dua pun rasa tak berbaloi. Eh, tak tahu ke ada Aplikasi Dalam Talian untuk Bayar Parking Selangor?
Aku dah lama pakai apps ni. Pertama kali guna semasa nak parking untuk buat penilaian Latihan Industri pelajar di Bangi. Dah siap parking, nak turun tiba-tiba ternampak pegawai MP tengah buat operasi.
Ni kalau turun sekejap pergi cari kupon mau tiba-tiba balik dah dapat kompaun? Takkan nak tunggu dalam kereta pula kan? Jadi cuba scroll play store cuba nasib kalau ada aplikasi bayar parking Selangor.
Tinggggg!!! Ada rupanya! Aplikasi Smart Selangor Parking namanya. Cuma muat turun dalam play store & boleh bayar parking untuk mana-mana Majlis Perbandaran di Selangor ni.
APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 1Muat turun Smart Selangor Parking dari Play Store ( Android) atau App Store (iOS).
LANGKAH 2Daftar Pengguna Baru. Isi semua maklumat.
LANGKAH 3Kemaskini No. Plat Kenderaan. Setakat ni aku dah masukkan 3 nombor dan this apps work perfectly.
LANGKAH 4Beli Kredit. Kredit boleh topup bila-bila masa dan minimum kredit RM10. Kredit dalam apps ini tiada tarikh luput. Kemaskini terkini, dah boleh guna di 10 PBT, mula-mula aku guna dulu hanya 6 PBT.
Settle kemaskini no plat kenderaan dan beli kredit (untuk pertama kali gunakan apps ini), baru boleh nak bayar parking.
BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Pilih PBT. Jika on kan GPS, secara automatik aplikasi ini akan kesan lokasi PBT dimana kita berada.
Ini contoh belum masukkan no plat kenderaan. Dalam kotak biru TIADA bermaksud tiada kenderaan didaftarkan.
Dah masukkan no. plat kenderaan. Tekan no. plat tersebut & boleh pilih berapa lama masa bayaran. Minimum 1 jam.
Timer bermula. Bila semakin menghampiri waktu tamat bayaran parking, akan keluar notifikasi makluman.
So, senangkan? Lepas ni nak tolong bayarkan parking orang lain pun boleh. Cuma tambahkan no plat, kemudian tekan bayar. Nak transfer kredit dalam aplikasi kita kepada orang lain pun boleh 😉
Jadi semasa majlis tu, aku tolong bayarkan parking kawan aku. Parking DBKL 1 jam RM1. Mahaiiiii!! Selalu MPKJ 1 jam baru RM0.50 je. Patut KL kaya raya, hihi. Jadi sekarang kalau nak bayar parking dah tak perlu beli kupon. Everything cashless kan sekarang..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/11/bayar-parking-di-selangor-melalui-aplikasi-smart-selangor-parking.html