Mudah Je Nak Buat Ini Resipi Seri Kaya Ala Kopitiam
Mudah Je Nak Buat, Ini Resipi Seri Kaya Ala Kopitiam
Tidak dinafikan, sarapan di kopitiam telah menjadi salah satu rutin yang sering dilakukan oleh sebahagian rakyat di negara ini. Dengan suasana kedai yang penuh nostalgia, nyaman dan selesa, ramai yang memilih untuk meluangkan pagi mereka di sana.
Bukan itu sahaja, kopitiam juga menyajikan hidangan sarapan yang ringkas, cepat dan lazat. Antara menu yang sering menjadi pilihan para pengunjung ialah roti bakar kaya dan mentega, telur separuh masak, hinggalah secawan kopi.
Menu-menu tersebut sudah tentu mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Misalnya roti bakar kaya yang sering menjadi pilihan sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Sebenarnya, cara untuk menyediakan seri kaya atau kaya ini tidaklah begitu susah. Jika anda tahu cara untuk membuatnya, anda boleh menyiapkan sarapan roti bakar kaya ala kopitiam di rumah anda.
Jadi, jom kita cuba resipi seri kaya yang telah dikongsi oleh Lina John di laman Facebook miliknya.
BACA: Resipi Churros Bites, Juadah Sesuai Untuk Minum Petang
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Bahan-bahan untuk seri kaya
Gula
Air
Telur
Tepung kastard
Santan
Cara penyediaan
Mula-mula, anda boleh panaskan tiga per empat cawan gula ke dalam kuali dan biarkan ia mencair. Selepas gula mencair, masukkan satu cawan air panas dan kacau sebati. Kemudian, anda boleh ketepikan gula tersebut sebentar sehingga ia sejuk.
Di dalam bekas yang lain, anda boleh pecahkan sebiji telur dan masukkan tiga per empat gula. Kemudian, masukkan dua sudu tepung kastard, satu kotak kecil santan (bersamaan 200ml) dan kacau hingga sebati.
Selepas gula tadi sejuk, anda boleh masukkan campuran telur, tepung kastard dan gula tadi. Sebaiknya, tapis adunan tersebut bagi mengelakkan ada ketulan. Waktu ini, jangan buka api terlebih dahulu.
Gaul sehingga adunan dan gula tadi bersatu. Selepas itu, anda boleh mula menyalakan api dengan suhu yang tinggi. Selepas adunan tersebut sudah berubah menjadi pekat, anda boleh kecilkan api supaya ia tidak hangus.
Gaulkan sehingga sebati sehingga ia betul-betul pekat. Sejukkan kaya sebentar dan anda boleh simpan kaya tersebut di dalam bekas.
Seeloknya, simpan kaya anda di dalam peti sejuk supaya ia kekal lebih lama.
Kaya yang sudah siap boleh dinikmati bersama dengan roti bakar, roti kukus dan macam-macam lagi.
BACA: Resipi Cireng, Kudapan Indonesia Yang Senang Dibuat
Jangan lupa untuk cuba resipi ini di rumah. Untuk mengetahui cara membuat dengan lebih jelas, tonton video di bawah ini.
Sumber: Lina John
The post Mudah Je Nak Buat, Ini Resipi Seri Kaya Ala Kopitiam appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/28/mudah-je-nak-buat-ini-resipi-seri-kaya-ala-kopitiam/