Muafakat Walau Berjauhan


Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya di perantauan. Sebabnya mudah saja, situasi tak membenarkan saya pulang dan kerja masih perlu diteruskan. Sebagai seorang kelana di bandar metropolitan Kuala Lumpur, tipulah kalau saya mengatakan saya tak pernah rasa sendirian atau tidak bersemangat. Jadi, apa yang boleh saya buat? Mencari klip iklan raya di Internet. Saya fikir, dapatlah hilang sedikit kerinduan yang disimpan dalam hati terhadap keluarga yang berada jauh di negeri Pulau Mutiara.
Dalam keasyikan saya mencari-cari klip yang sesuai, saya terpanggil untuk menonton klip video kisah Sang Kancil yang diterbit oleh PruBSN. Siapa yang tak kenal Sang Kancil? Saya membesar mendengar kisah keberanian dan kebijaksanaan Sang Kancil memperdaya musuh-musuhnya seperti Pak Belang, Sang Sawa dan Si Buaya yang sememangnya cukup mengagumkan.
Kali ini, kisah yang saya tonton tak seperti kisah yang saya sudah dengar ribuan kali dulu. Kali ini, Sang Kancil tak mengalahkan musuhnya dengan kebijaksanaannya tetapi menerusi bantuan dan pertolongan yang diberi oleh rakan-rakannya. Otak saya ligat berfikir dan terdetik suatu soalan, sejauh manakah kita pasti bahawa kisah-kisah kehebatan Sang Kancil bukan daripada sikap muafakat dan tolong-menolong haiwan-haiwan kecil lain yang juga menjadi mangsa watak jahat dalam kisah ini?
Kuat atau Lemah Sendirian? Ada kata pepatah Melayu yang mengatakan, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kita tahu maksudnya dan kita juga tahu tentang pengajaran ataupun mesej yang ingin disampaikan tetapi adakah kita benar-benar tahu signifikan di sebalik pepatah ini dalam kehidupan seharian kita?
Semua persoalan yang diutarakan di atas pastinya bermain-main di dalam fikiran anda. Lumrah sebagai manusia, perhubungan yang dijalin pasti ada pasang surutnya. Apatah lagi di negara berbilang kaum seperti Malaysia yang mana stereotaip, dan perbezaan budaya mempengaruhi pandangan kita terhadap orang lain. Di sebalik setiap persengketaan, setiap perselisihan faham yang berlaku, yang menjadi puncanya adalah satu perkara sahaja; sikap kita sendiri yang enggan menerima mahupun mengakui perbezaan yang wujud hingga menjarakkan sesama manusia. Apakah kita hidup lebih bahagia menjauhkan diri daripada orang yang tidak sekepala dengan kita? Ya. Adakah hidup kita sedikit sebanyak terkesan? Tidak.
Manusia mudah lupa. Kita lupa apabila kita berada di puncak. Lupa tentang waktu susah kita, orang yang bersama kita ketika waktu susah. Tetapi, hidup bak roda yang sentiasa berputar. Turun naik kehidupan membuatkan kita sentiasa berjaga-jaga. Walaupun sekuat manapun atau sejauh mana kita bersedia menghadapi hari-hari sukar, tanpa sokongan mahupun muafakat orang di sekitar, kita takkan dapat hadapi masalah dengan hati yang tabah.
Mungkin, kita sentiasa menganggap bahawa kitalah protagonis kisah masing-masing, sebagaimana kita melihat Sang Kancil dalam kisah-kisahnya. Kita tak pernah memikirkan bahawa watak protagonis juga penuh khilaf dan lemah hinggakan kita tidak sedar langsung bahawa Sang Kancil hebat kerana watak-watak sokongan dalam kisahnya yang tidak diceritakan sebelum ini.
Cipta Kisah Sang Kancil 2.0 Jadi, mari kita sama-sama mengubah naratif kisah Sang Kancil. Daripada mengagung-agungkan kehebatannya memperdaya watak jahat, kita tumpukan perhatian pada nilai-nilai muafakat dan bantuan yang diterima agar Sang Kancil dapat melepaskan diri daripada musuhnya. Mungkin untuk kita menyedari semua ini sudah terlambat tetapi untuk anak-anak kita, ini ialah peluang kedua mereka untuk membuang sifat penting diri yang baru mula berakar dalam minda mereka. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Usahlah kita bersengketa tentang perkara remeh, khususnya apabila menghadapi situasi buruk dan negatif. Belajar untuk ketepikan rasa ego, malu dan rendah diri. Belajar untuk menghulur dan menyambut bantuan yang diberi tanpa perasaan negatif. Ingat, anda tak pernah sendirian. Sebagai seorang kelana sendirian di bandar metropolitan Kuala Lumpur, saya sedar, bukan saya seorang saja yang menghadapi situasi ini. Bukan saya seorang saja yang merasai semua perasaan ini. Jadi, kenapa saya tak cuba mendekati individu senasib saya? Mungkin kisah Sang Kancil ini bukan apa-apa bagi anda tetapi kisah ini menimbulkan semangat dalam diri saya. Raya kali ini, saya mungkin sendirian secara fizikal, tetapi ingatan tulus ikhlas, hadiah dan makanan yang dihantar kepada saya, pada saat saya merasakan diri saya lemah, itulah yang memberi kekuatan dan sinar harapan bahawa hari-hari bahagia akan tiba yang mana saya dapat pulang ke rumah dan bersatu semula dengan keluarga.
Klik disini untuk menonton video.
The post Muafakat Walau Berjauhan appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/muafakat-walau-berjauhan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Empat Bulan Berjauhan Aliff Syukri Buang Ego Kembali Ke Pangkuan Isteri

Selepas Empat Bulan Berjauhan Aliff Syukri Buang Ego Kembali Ke Pangkuan Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 501 hits
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri sudah kembali bersama Perkara menggembirakan ini dikongsi sendiri oleh Aliff menerusi sebuah posting di Instagram Tulisnya dia telah kembali ke pangkuan keluarga selepas empat bul...
Pasangan Suami Isteri Berjauhan Dibenar Rentas Negeri

Pasangan Suami Isteri Berjauhan Dibenar Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 449 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kelonggaran perjalanan rentas negeri bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja Misalnya suami bekerja di Perlis isteri di Johor Oleh kerana larangan perjalanan ...
Rentas Negeri Untuk Suami Isteri Tinggal Berjauhan Bertemu Bukan Untuk Hari Raya

Rentas Negeri Untuk Suami Isteri Tinggal Berjauhan Bertemu Bukan Untuk Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 472 hits
Kelonggaran yang diberikan kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi berjumpa keluarga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak boleh digunakan sewaktu hari raya Me...
Tiada Lagi Alasan Kelonggaran Suami Isteri Berjauhan Rentas Negeri Ditarik Balik

Tiada Lagi Alasan Kelonggaran Suami Isteri Berjauhan Rentas Negeri Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 590 hits
PUTRAJAYA Kelonggaran merentas negeri bagi suami atau isteri berjauhan atas faktor bekerja yang diberikan sebelum ini turut ditarik balik oleh kerajaan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selaras dengan larangan rentas n...
Muafakat Umno Pas Peluang Terbaik Untuk Kelantan Maju

Muafakat Umno Pas Peluang Terbaik Untuk Kelantan Maju

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 502 hits
RENCANA KHASTERKEDU juga hati saya setelah melihat carta FDI dalam sektor pembuatan bagi negeri negeri di Malaysia untuk tahun 2019 Carta yang ternampak secara tidak sengaja itu menunjukkan negeri Kelantan berada di tempat tercorot sekali h...
Ph Atau Muafakat Nasional Apa Nasib Bersatu Pada Pru15 Maszlee Malik

Ph Atau Muafakat Nasional Apa Nasib Bersatu Pada Pru15 Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 480 hits
Original Content APAKAH MASIH ADA MASA HADAPAN BUAT PARTI KERAMAT INI Sedikit catatan perkongsian Saya masih ingat lagi bagaimana saya bergelut dengan diri sendiri ketika mahu membuat keputusan yang besar dalam hidup saya iaitu menyertai po...
Muafakat Nasional Beri Sokongan Penuh Kepada Pm Muhyiddin Yassin

Muafakat Nasional Beri Sokongan Penuh Kepada Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 430 hits
Muafakat Nasional yang menyaksikan kerjasama politik antara UMNO dan Pas menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Perkara itu dirumuskan selepas barisan kepemimpinan tertingg...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej