Muafakat Nasional Terperangkap Dalam Pn



Hampir dua bulan kerajaan Melayu Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan, rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sama ada berkenaan berkenaan ekonomi mahupun pengawalan wabak Covid 19.
Malah orang Melayu yang sangat menginginkan kerajaan 100% Melayu pun mula mempertikaikan keupayaan PN. Mereka mengharapkan ‘kecekapan’ kerajaan BN akan kembali. Diharapkan ekonomi segera pulih. Atau sekurang-kurangnya membendung wabak Covid 19 lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelumnya.
Lock down musnah harapan
Namun proses lock down dan tidak berkurangnya wabak Covid selepas sebulan dengan rakyat tidak diperbolehkan bekerja menimbulkan tanda tanya apakah kerajaan PN mampu merancang yang terbaik untuk negara?
Korea Selatan misalnya tidak melaksanakan lockdown biar pun negara itu antara yang terawal dijangkiti virus Wuhan. Korea melakukan ujian antibodi besar-besaran ke atas rakyatnya. Sesiapa yang mempunyai antibodi kuat dibenarkan bekerja. Maka negara itu tahu rakyat yang mana berisiko dijangkiti, telah dijangkiti atau yang kurang risiko. Aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa.
Ujian antibodi lebih rendah harganya sekitar RM20 per individu berbanding Covid RM700 – RM800 per individu. Ramai penykong tegar BN mengharapkan kerajaan PN melakukan ujian antibodi berikutan kes pendamik di Malaysia yang tidak begitu serius sebagaimana di China, Eropah atau Amerika Syarikat.
Namun hal itu tidak ‘tidak masuk otak’ menteri kanan yang dikawal oleh pemimpin Bersatu dan puak Azmin Ali. Malah puak Azmin dipertikaikan keupayaan para penasihatnya apabila menteri MITI itu membolehkan kedai gunting rambut beroperasi biar pun penjarakan sosial semeter mustahil boleh dilaksanakan.
Akibatnya semakin banyak penyokong BN hilang kepercayaan terhadap efisiensi PN. Pengundi atas pagar yang dahulunya ditakut-takutkan kononnya DAP menindas Melayu mula rindu kepada kerajaan PH yang lebih dinamik. Mereka memikirkan dengan kelemahan kerajaan PN, selepas PKP berakhir maka kemungkinan gaji akan dipotong atau dibuang kerja berikutan perniagaan terhenti selama berbulan-bulan.
Penyokong Pas mula ‘pening’
Selain Umno, satu lagi parti dalam Muafakat Nasional yang kehilangan banyak sokongan sepanjang dua bulan ini ialah Pas. Parti Islam ini penuh retorik Negara Islam dalam semua kempen pilihan raya yang mereka sertai. Tidak ada satu kerajaan pun yang betul pada penilaian Pas melainkan mereka menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang boleh membuat undang-undang.
Kini Pas telah pun dalam posisi membuat undang-undang namun tidak ada langkah dilihat mengubah mana-mana undang-undang ke arah Islamik. Malah isu undang-undang Hudud tenggelam terus. Hudud di Kelantan dan Terengganu yang telah diluluskan sidang DUN ketika Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat serta Abdul Hadi memegang jawatan dahulu tidak diperkatakan sama sekali.
Lebih buruk, Pas yang dianggap para penyokongnya parti berjiwa mujahidin dan tidak boleh ditegur keIslaman mereka telah beberapa kali dihina secara berdepan oleh MCA. Tidak cukup Presiden MCA Wee Ka Siong menentang rakyat menggelar PN sebagai kerajaan Islam, Ketua Pemuda MCA pula mengganggap Timbalan Menteri Siti Zailah tidak layak memegang jawatan kerana tidak tegas melindungi hak wanita daripada keganasan rumah tangga melalui masihat wanita perlu lebih banyak bersabar menghadapi kerenah suami.
Kehilangan maruah Pas ini menyebabkan penyokong yang mengudi mereka secara separuh hati dalam PRU 14 lalu kerana kerjasama dengan Umno, kini berubah arah menyokong PH. Jumlah penyokong itu sekitar 5 – 10% dan semakin bertambah setiap kali Pas bediam diri dengan maksiat di depan mata, seperti keizinan yang diberikan oleh kerajaan PN kepada kilang arak meneruskan beroperasi dalam waktu PKP. Biar pun ditarik balik, namun lukanya amat berbekas kerana tidak ada pimpunan utama Pas bersuara menentang.
Begitu juga soal penutupan masjid. Penyokong Pas tidak berpuas hati kerana negara Turki misalnya tidak menutup masjid sebaliknya melakukan penjarakan sosial dalam saf solat. Penyokong Pas amat terkilan mereka tidak lagi boleh bersolat dan solat Jumaat seperti biasa.
Lebih lama PKP maka lebih banyak penyokong Pas akan mempertimbangkan semula sokongan ke atas parti agama ini. Di sesetengah kawasan telah timbul saranan dari jemaah Pas agar parti itu menarik diri daripada PN supaya boleh mengekalkan sokongan ketika menghadapi PRU 15 nanti.
Kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional sedang terperangkap dalam PN. Maka tidak hairanlah timbul teori pemimpin kanan BN mungkin melaksanakan gerakan ala Sheraton Move bagi membentuk kerajaan BN. Sekiranya kerajaan PN jatuh maka pembubaran parlimen dan pilihan raya umum 15 adalah pilihan yang tidak digalakkan ketika Covid masih belum ada penawarnya. Maka mungkin Agong akan memilih pemimpin yang mempunyai majoriti sebagai perdana menteri baharu.
Tiada undi tidak percaya
Dalam hal menumbangkan kerajaan PN isu undi tidak percaya telah pun berlalu. PH yang diketuai Anwar Ibrahim telah menyerah kalah dan tidak akan mengusulkan undi tidak percaya kerana mereka tidak memiliki pengaruh ke atas Malaysia Timur. PH tidak akan cukup kerusi untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Parti-parti bekas BN pula tidak selesa dengan ketegasan Anwar dalam memerangi rasuah sehingga tidak memilih kawan mahu pun lawan politik.
Bagi PH, peluang untuk membentuk kerajaan hanyalah jika Tun Mahathir berjaya mengambilalih sepenuhnya Bersatu dan membawa sokongan untuk membentuk kerajaan diketuai Tun. Tanpa pilihan itu, mereka hanya boleh menunggu PRU 15 untuk mendapat kerusi melebihi 112.
Oleh kerana itu Muhyiddin tidak terlalu memikirkan undi tidak percaya. Yakin musuhnya amat lemah dan tidak berdaya melakukan apa pun selagi mana perancang rampasan kuasa Azmin Ali menyokongnya, maka Muhyiddin didakwa lebih senang bercerita mengenai kejayaannya menumbangkan PH berbanding menggesa pimpinan Bersatu menjelaskan kepada rakyat sebab musabab PN mengambil alih kuasa.
Situasi ini menimbulkan kemarahan para pemimpin Bersatu peringkat negeri. Misalnya Bersatu Selangor, daripada lima ADUN, empat daripadanya menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri PH. Mereka didakwa berkata pucuk pimpinan yang mengutamakan intrig dalaman parti tidak perlu diikuti. Mereka lebih selesa berkhidmat untuk rakyat dan mempertahankan prinsip.
Arus kegoncangan
Oleh kerana terdapat beberapa kemungkinan yang menggusarkan maka kerajaan PN memutuskan untuk memberi kesemua ahli parlimen yang tidak mendapat jawatan menteri menjadi pengerusi GLC.
Namun hanya waktu yang akan menentukan sama ada rasuah jawatan itu mampu memerangkap Muafakat Nasional dalam PN atau mereka tetap akan memberontak dan pemimpin kanan Umno akan dilantik sebagai PM. Apa pun Anwar total telah terkeluar daripada radar kekuasaan. Nasibnya hanya akan ditentukan selepas PRU 15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27117

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin S Power Comes From Muafakat Nasional

Muhyiddin S Power Comes From Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 308 hits
This is the danger Muhyiddin faces as well But the price Muhyiddin has to pay is different from the price Mahathir had to pay Mahathir s price was he had to hand power to Anwar Ibrahim within two years and when he refused to pay that price ...
Muafakat Nasional Tidak Seindah Dibayangkan Umno Bersatu Pula Menunggu Belah

Muafakat Nasional Tidak Seindah Dibayangkan Umno Bersatu Pula Menunggu Belah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 337 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Asalnya Muafakat Nasional gabungan longgar tapi mesra Umno Pas lebih cenderung kepada pilihan membubarkan Parlimen berbanding kerajaan tebuk atap sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri ...
Syarat Membuat Permohonan Semakan Status Syarat Bantuan Prihatin Nasional

Syarat Membuat Permohonan Semakan Status Syarat Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 659 hits
Assalamualaikum Hi Semua Dah buat permohonan semakan status dan ketahui syarat Bantuan Prihatin Nasional Kalau belum korang boleh rujuk artikel yang sis akan kongsikan berkaitan dengan Bantuan prihatin Nasional ni Syarat Membuat Permohonan ...
Prihatin Laman Web Sebenar Periksa Bantuan Prihatin Nasional 2020

Prihatin Laman Web Sebenar Periksa Bantuan Prihatin Nasional 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 375 hits
Orang ramai tidak perlu tergesa gesa untuk membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional kerana ia boleh dibuat pada bila bila masa sehingga 30 April ini Ia diberitahu oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi status di akaun Twi...
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Sebelum Membuat Permohonan Baru

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Sebelum Membuat Permohonan Baru

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1375 hits
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Sebelum Membuat Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional adalah antara bantuan yang memberi manfaat kepada golongan yang berpendapatan B40 dan M40 Bantuan ini disalurankan kepada individu yang berpe...
Semakan Bantuan Prihatin Nasional Sehingga 30 April Lhdn

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Sehingga 30 April Lhdn

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 404 hits
BERNAMA ORANG ramai tidak perlu berpusu pusu membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional kerana ia boleh dibuat pada bila bila masa sehingga 30 April ini Perkara itu dimaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi ciapan di akaun Tw...
Isu Bahasa M Saravanan Cabar Identiti Nasional

Isu Bahasa M Saravanan Cabar Identiti Nasional

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 226 hits
GUNA BAHASA TAMIL DALAM UCAPAN ULANG TAHUN KEPADA RTMBANGI Tindakan Kementerian Sumber Manusia memuat naik poster rasmi menggunakan ucapan bahasa Tamil di media sosial membuktikan ada unsur anti identiti nasional Presiden Ikatan Guru Guru M...
Semakan Bpn Permohonan Baru Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Semakan Bpn Permohonan Baru Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 1451 hits
SEMAKAN BPN PERMOHONAN BARU RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL Ramai yang bertanya bagaimana dibuat Bermula 1 April semakan BPN boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional Sekarang capaian ke portal berkenaan semakin pulih berbandi...
Bantuan Prihatin Nasional Pembayaran Dan Permohonan

Bantuan Prihatin Nasional Pembayaran Dan Permohonan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 422 hits
Bantuan Prihatin Nasional Pembayaran dan Permohonan Baru baru ini Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumukan tentang The post appeared first on
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut