Muafakat Nasional Putuskan Tuntutan Kerusi Pemuda Pas Untuk Pru15 Shahidan


PRN SABAH | Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim berkata kenyataan mengenai agihan kerusi parlimen pada PRU15 tidak wajar dikeluarkan memandangkan PRN Sabah masih lagi berlangsung.
Ini selepas Pemuda PAS meluluskan usul supaya parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi parlimen.
Bagaimanapun, kata Shahidan Muafakat Nasional akan memutuskan kemudian soal perbincangan mengenai kerusi PRU15.
“Komen tersebut polemik politik yang tidak sesuai disebut semasa kempen (PRN Sabah) sedang berjalan.
“Jadi polemik ini tidak perlu disebut kerana kempen sedang berjalan dan perbincangan mengenai kerusi semua ini akan dibuat oleh Muafakat Nasional (MN),” katanya ketika dihubungi bertanyakan isu ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari (gambar, bawah) ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS 12 September lalu menyentuh isu peruntukan kerusi di PRN Sabah, di mana PAS tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding oleh Perikatan Nasional.

 
Dalam ucapannya itu, ahli parlimen Pasir Mas turut mencadangkan supaya PAS dibenarkan bertanding di kesemua kerusi parlimen di Kelantan (14), Terengganu (8), Kedah (15) dan Perlis (3).
“Kita beri isyarat kepada yang lain bahawa kesabaran kita ada had dan limit-nya. Jangan menguji kesabaran pemuda-pemuda (PAS) kita.
“Disebut tadi berapa kerusi PAS nak bertanding di pilihan raya?
“Saya nak mencadangkan di sini kerana kita dah diuji di Sabah, dan kita bersabar di Sabah, maka kita nak cadangkan bahawa PAS boleh bertanding 40 kerusi dengan selesa,” katanya sambil menyebut bilangan kerusi di setiap empat negeri tersebut.
Untuk rekod, PAS sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi daripada 73 DUN pada PRN Sabah.
‘Patut bangkit isu kerusi DUN, bukan parlimen’
“Saya nak sebut bahawa kalau kita boleh bersabar di Sabah, kenapa tidak orang lain bersabar di negeri-negeri yang kita sebutkan tadi? Itu sebagai lontaran awal.
“Tapi saya tak nak melangkau pimpinan-pimpinan yang ada. Sudah tentu mereka akan berunding tapi kita nak nyatakan bahawa kalau kamu ada hasrat, kami juga ada hasrat,” kata Ahmad Fadhli.
Sementara itu, mengulas lanjut tuntutan Pemuda PAS itu, Shahidan yang juga ahli parlimen Arau berkata Ahmad Fadhli sepatutnya hanya membangkitkan isu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja dan bukan agihan kerusi Dewan Rakyat.
“Saya ingat komen untuk bertanding parlimen itu tak tepat. Dia mesti komen pasal negeri (kerusi DUN)… Bukan parlimen,” katanya yang seolah-olah memberi isyarat bahawa PAS perlu menumpukan kepada kerusi DUN di negeri yang ditadbir parti itu dan bukannya parlimen.
“Sebab satu parlimen di Perlis ada lima negeri (DUN).
“Kalau (PAS) bertanding di tiga parlimen bererti ada 15 (DUN). Jadi tidak ada kerusi yang Umno boleh bertanding langsung di Perlis,” katanya.
Untuk rekod, pada pilihan raya umum sebelum ini PAS bertanding di hampir kesemua kerusi parlimen di Perlis, namun pada PRU12, PAS tidak meletakkan calonnya di Kangar.
Bagaimanapun, PAS kini merupakan sebahagian daripada gabungan kerajaan baru, PN di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin yang dibentuk melalui Langkah Sheraton.
Agihan kerusi di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 dibangkitkan sebelum ini, memandangkan terdapat tiga parti berasaskan Melayu-Islam di dalam PN.
Pada PRU14, PAS bersama sekutunya Berjasa dan Ikatan dalam Gagasan Sejahtera bertanding di 160 kawasan parlimen dan PAS berjaya memenangi 18 kerusi Dewan Rakyat. MK
The post Muafakat Nasional putuskan tuntutan kerusi Pemuda PAS untuk PRU15 – Shahidan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/16/muafakat-nasional-putuskan-tuntutan-kerusi-pemuda-pas-untuk-pru15-shahidan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Muafakat Nasional Selangor Tumpu Menang Kerusi Parlimen

Pru15 Muafakat Nasional Selangor Tumpu Menang Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 437 hits
SHAH ALAM Muafakat Nasional Selangor akan memberi tumpuan terhadap program turun padang ke kawasan Parlimen di negeri ini dalam strategi memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata program pengurusan M...
Muktamar Pemuda Luluskan Usul Pas Tanding Minima 50 Kerusi Parlimen Pada Pru 15

Muktamar Pemuda Luluskan Usul Pas Tanding Minima 50 Kerusi Parlimen Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 405 hits
KOTA BHARU Pemuda PAS meluluskan usul yang dikemukakan agar parti itu bertanding sekurang kurangnya 50 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke 15 Usul tersebut dikemukakan oleh Pemuda PAS kawasan Bagai Serai dan kemudiannya dibuka untuk d...
Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 375 hits
Selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan wujud desakan supaya parti itu dibei laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini N...
Pas Berdepan Nasib Sama Pada Pru15 Jika Tak Bertegas Soal Pengaihan Kerusi

Pas Berdepan Nasib Sama Pada Pru15 Jika Tak Bertegas Soal Pengaihan Kerusi

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 371 hits
Menyuarakan hasrat untuk bertanding di sepuluh kerusi DUN ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah kali ini mengundang perhatian Lebih mengundang cakap cakap apabila parti itu tidak diundang dalam majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasio...
Pru15 Pemuda Pas Mahu Satu Lawan Satu

Pru15 Pemuda Pas Mahu Satu Lawan Satu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 324 hits
Pemuda PAS berkata selepas penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional gabungan parti itu akan melangkah ke fasa seterusnya termasuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khirudin berkata langkah kerjasama itu juga ...
Kajian Tunjukkan Pas Patut Ketuai Muafakat Nasional

Kajian Tunjukkan Pas Patut Ketuai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 357 hits
malaysiadateline comSatu kajian oleh badan penyelidik QGenAnalysts mendapati kaum Melayu memilih Pas sebagai parti yang layak mengetuai Muafakat Nasional 59 peratus responden Melayu melihat Pas lebih layak mengetuai Muafakat Nasional atas f...
Tiada Kerusi Di Sabah Pru 15 Pas Kena Lebih Teruk

Tiada Kerusi Di Sabah Pru 15 Pas Kena Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 454 hits
Ketetapan demi ketetapan yang diambil dalam Muktamar Pas ke 66 di Pengkalan Chepa Kelantan baru baru ini tidak mungkin menutup kegelisahan ahli biasa parti itu yang melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah politik Pas menyertai Per...
Pemuda Pas Kecewa Prestasi Mujahid Siber Gagal Pertahan Takiri Kah Mujahit Macamana

Pemuda Pas Kecewa Prestasi Mujahid Siber Gagal Pertahan Takiri Kah Mujahit Macamana

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 494 hits
Perwakilan Pemuda PAS tampil menyatakan rasa kecewa dengan prestasi mujahid siber atau laskar siber parti itu yang dilihat gagal menyaingi pihak lawan dalam sebarang bentuk serangan melibatkan isu isu hangat di media sosial Perkara itu diba...
Pemuda Pas Berperanan Penting Tingkat Fahaman Politik Golongan Belia Abdul Hadi

Pemuda Pas Berperanan Penting Tingkat Fahaman Politik Golongan Belia Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 408 hits
KOTA BHARU 12 Sept Pemuda PAS memegang peranan penting untuk meningkatkan fahaman politik dalam kalangan umat Islam khususnya golongan belia memandangkan mereka merupakan pengundi terbesar menentukan kerajaan melalui pilihan raya kata Presi...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material