Mtuc Dakwa Kula Angkuh Dan Tindak Macam Militan




Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini membidas Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran atas sikap “angkuh dan militan” beliau dalam urusan pindaan undang-undang buruh termasuk Akta Perhubungan Perusahaan yang diluluskan baru-baru ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini susulan pendirian Kementerian Sumber Manusia semalam, MTUC mahu Kula dan pegawai-pegawai kanan kementeriannya berhenti dari mengeluarkan kenyataan separuh masak yang tidak menjawab tindakan unilateral mereka dalam membentangkan rang undang-undang di parlimen.
Kata MTUC, Kula telah mengambil pendekatan sombong dan bersifat militan dalam menangani aduan asas mereka kerana beliau enggan membenarkan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) membincang dan mencapai penyelesaian bersama mengenai pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan sebelum membentangkannya di parlimen minggu lalu.
“Ini janji beliau buat dalam salah satu mesyuarat NLAC, di mana beliau dengan jelas tidak tunaikan,” kata MTUC dalam kenyataan balas hari ini.
Kata MTUC, dakwaan Kula bahawa kementeriannya telah terlibat secara berkesan MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), dua komponen utama NLAC, adalah “palsu dan mengelirukan.
Semalam, Kementerian Sumber Manusia menyangkal dakwaan MTUC dan MEF yang menggesa Dewan Negara menolak Rang Undang-Undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 atas alasan tidak ada perbincangan dengan badan mewakili pekerja dan majikan itu.
Kata kementerian, dakwaan MTUC dan MEF yang pihaknya tidak mengadakan konsultasi dengan pemegang taruh dan tidak dipersetujui NLAC berhubung cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan adalah tidak berasas.
Menurut kementerian, Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 144 menggariskan keperluan untuk mengadakan konsultasi dengan wakil majikan dan pekerja bagi perkara berkaitan aktiviti-aktiviti ILO.
“Konvensyen ini hanya menekankan keperluan untuk mengadakan konsultasi dan bukannya mendapatkan persetujuan sebagaimana yang didakwa oleh MTUC dan MEF.
“Kementerian telah mengadakan sesi konsultasi bukan sahaja dengan MTUC dan MEF, malah dengan pemegang-pemegang taruh lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara yang tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti ILO sahaja,” kata beliau.
Dengan mendakwa siri perbincangan dengan MTUC dan MEF telah diadakan sejak tahun lalu, Kementerian Sumber Manusia meminta kedua-dua badan itu memberitahu kepada rakyat Malaysia peruntukan mana dalam Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan yang dipersetujui atau tidak dipersetujui dan juga alasannya.
“Kementerian berharap dengan penjelasan ini akan menghentikan segala dakwaan tidak berasas oleh MTUC dan MEF bahawa pindaan kepada akta ini memerlukan persetujuan mereka terlebih dahulu.
“Hanya konsultasi sahaja diperlukan sebagaimana yang telah dijelaskan. RUU ini boleh diperoleh di laman web Parlimen dan semua pihak disarankan untuk membaca dan memahami kandungan pindaan tersebut,” kata kementerian lagi.
Menteri gagal jawab
Dalam kenyataan hari ini, MTUC juga mendakwa sehingga ke hari ini, menteri sumber manusia masih gagal menjawab soalan mudah pihkanya iaitu “berapa banyak mesyuarat NLAC yang dipengerusikan oleh beliau atau pegawainya telah membincangkan cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Kesatuan Sekerja atau Akta Kerja.”
“Kula Segaran telah membuat kenyataan mengelirukan tetapi tidak memberi respons kepada cabaran kami agar mendedahkan minit mesyuarat NLAC kepada umum,” katanya.
Kata MTUC, dengan membolehkan orang ramai melihat kandungan minit mesyuarat atau sekurang-kurangnya menyediakan akses kepada media, orang ramai dengan mudah boleh menilai jika benar konsultasi yang berkesan dan bermakna telah diadakan mengikut Konvensyen ILO C144, yang kementerian itu telah merujuk.
Kata kenyataan itu lagi, pendirian MTUC adalah NLAC tidak pernah digunakan sebagai forum perundingan berkesan mengenai pembaharuan undang-undang buruh sebagaimana dimaksudkan dalam C144.
“Kami juga berpendirian menteri telah melemahkan NLAC dan secara unilateral menyerahkan set undang-undang yang buruk kepada parlimen untuk kelulusan pada 9 Okt lalu.”
Kata MTUC, adalah menyedihkan apabila mendakwa beberapa individu dan organisasi mengalu-alukan pindaan itu sebagai satu “game changer”, kementerian hanya boleh menyebut dua individu untuk menyokong pindaan tersebut.
“MTUC, sememangnya mempunyai pendirian sendiri terhadap kualiti sokongan yang pantas tetapi itu harus ditangani pada satu masa lain.
“Cukuplah untuk mengatakan, kepada MTUC, yang mewakili 15 juta pekerja, dan MEF sebagai dua komponen utama NLAC, pindaan itu tidak mencerminkan hasrat atau aspirasi ahli dan ahli gabungan masing-masing.
“MTUC sedang menyusun senarai terperinci mengenai bantahan terhadap pindaan yang akan dibawa kepada umum.
“Buat masa ini, perlu dikatakan bahawa beberapa pindaan dibuat bertentangan secara langsung dengan peruntukan undang-undang buruh yang lain dan piawaian buruh antarabangsa,” katanya.
Malah kata MTUC, beberapa pindaan juga akan membawa kepada ketidakharmonian di kalangan kesatuan dan menyebabkan persekitaran tidak sihat di syarikat-syarikat yang akan mengetepikan hak pekerja untuk meneruskan perjanjian kolektif dengan majikan dengan berkesan.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/20/mtuc-dakwa-kula-angkuh-dan-tindak-macam-militan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesal Sikap Kula Mtuc Gesa Dewan Negara Tolak Ruu Perhubungan Perusahaan

Kesal Sikap Kula Mtuc Gesa Dewan Negara Tolak Ruu Perhubungan Perusahaan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 326 hits
Presiden MTUC Abdul Halim Mansor PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mendesak Dewan Negara menolak rang undang undang pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana ia dibentangkan tanpa persetujuan kesatuan itu dan Persekutuan...
Tip Macam Mana Nak Pilih Pengasuh Anak

Tip Macam Mana Nak Pilih Pengasuh Anak

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 1693 hits
Tip macam mana nak pilih pengasuh anak Zaman sekarang ni kebanyakan suami isteri ibu dan ayah berkerja So nak tak nak memang kena cari orang tukang jaga anak anak yang boleh membela anak sepanjang ketiadaan mereka untuk pergi bekerja Tapi a...
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 474 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
Tuang Macam Cheese Kedai Perkenal Menu French Fries Bersalut Boba Jadi Viral

Tuang Macam Cheese Kedai Perkenal Menu French Fries Bersalut Boba Jadi Viral

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 540 hits
Kita semua macam dah boleh agak yang asal ada je makanan makanan yang viral mesti akan ada punya orang yang akan ubah sesuatu makanan yang asalnya dah elok tanpa diubah menjadi suatu menu yang baru Antara contoh yang senang kita boleh tengo...
Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 550 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Bergenang Air Mata Saya Bila Tengok Anak Anak Macam Ni Que Haidar

Bergenang Air Mata Saya Bila Tengok Anak Anak Macam Ni Que Haidar

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 491 hits
Baru baru ini Que Haidar berkongsi sebuah video di Instagram bahawa anaknya Cleopatra dan Ratu sedih melihat pembantu rumahnya yang bernama Kak Mus apabila berkhidmat untuk hari terakhir setelah 3 tahun dengannya Aduh sis tetiba rasa sebak ...
Anak Anak Makan Bahagian Bertulang Je Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni Satu Famili Boleh Makan

Anak Anak Makan Bahagian Bertulang Je Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni Satu Famili Boleh Makan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 424 hits
Berbanding bahagian dada ayam anak anak lebih suka pada bahagian yang bertulang seperti kepak ayam paha dan sebagainya Sudahnya bahagian isi ayam dibiarkan begitu sahaja Bagi mengelakkan pembaziran berlaku resipi yang satu ini patut anda cu...
Bertahun Tahun Tinggal Puasa Macam Mana Cara Nak Ganti Puasa

Bertahun Tahun Tinggal Puasa Macam Mana Cara Nak Ganti Puasa

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 486 hits
Hi semua Minggu ni nak menghabiskan puasa ganti Ni kalau tau kat Maisara yang saya puasa ganti ni mesti dia muncung muka sebab tak tunggu dia Kalau nak tunggu dia memang lambat la sebab dia nak puasa masa cuti sekolah je Ini masa terbaik un...
Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 571 hits
Sebenarnya tak susahpun nak bekalkan anak dengan sumber protein Telur adalah makanan yang paling mudah dan paling disukai anak anak kita Namun sebagai ibu kita harus bijak mempelbagaikan menu daripada telur ini Cuba berkreatif sebaik mungki...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran