Mr Mufe My Lepak Buddy Platform Baru Untuk Bantu Pemain Industri Berkarya Dan Jana Ekonomi Negara


MR. MUFE - MY LEPAK BUDDY, Platform baru untuk bantu pemain industri berkarya dan jana ekonomi Negara  | Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan korang semua tentang satu platform online streaming terbaharu yang bakal dilancarkan pada pertengahan tahun baru ini

Di zaman "millennial" ini, netizen lebih suka menghabiskan masa dengan telefon pintar untuk menonton filem kerana ianya lebih mudah diakses dimana sahaja mereka berada. Lagi pun sekarang ini ada banyak platform online streaming  yang menggantikan media tradisional sebagai hub hiburan contohnya Netflix, iflix, VIU, Amazon Prime dan banyak lagi. 
Walaupun sudah banyak tapi rasa macam tak cukup je kan! Sebab itulah Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu yang dikenali dengan nama Mr Mufe - My Lepak Buddy.

Soft Launch Mr Mufe- My Lepak BuddyApa yang menarik tentang Mr Mufe - My Lepak Buddy?Kalau korang nak tahu, platform online streaming  ini hanya menawarkan kandungan kandungan yang segar, tulen (Original) dan terbaharu sahaja. Ianya juga sangat bervariasi dimana korang boleh menonton :
TelefilemDrama bersiriFilem PendekProgram RealitiGameshowBual BicaraProgram KesihatanProgram Kecantikan dan banyak lagi rancangan yang menarik
Sebahagian kandungan yang bakal ditawarkan dalam platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini adalah kandungan terbitan Malaysia United Films Entertainment sendiri manakala sebahagian lagi adalah kandungan yang diperolehi dengan hasil kerjasama syarikat syarikat produksi tempatan

Fakta menarik : Pemain Industri dan Karyawan seni memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun menggunakan platform Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka
Bagus kan platform ini sebab selain memberi menfaat untuk pemain industri dan karyawan seni berkarya dengan produk seni, mereka juga menambah peluang pekerjaan kepada pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup


Malaya United Films Entertainment juga memperkenalkan teknologi Blockchain dan mewujudkan sistem Content Delivery Network atau dikenali dengan sistem CDN serta Cloud Computing untuk memastikan kandungan dalam platform ini tidak menjadi Mangsa cetak rompak.

Soft Launch Mr Mufe - My Lepak BuddyUntuk pengetahuan semua, Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy juga bakal dilancarkan di beberapa buah negara lain secara serentak. Negara yang saya maksudkan adalah United Arab Emirates (UAE), India, Pakistan, Indonesia termasuklah juga negara kita, Malaysia

Kandungan program dalam platform ini boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. Ini kerana iklan yang dipaparkan hanya berlangsung selama 30 saat di awal kandungan sahaja tidak seperti platform lain

Info PentingPlatform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini boleh ditonton secara PERCUMA! Hanya kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran USD0.99 per filem. Untuk korang yang ingin menonton kandungan dari Negara lain seperti UAE, India, Pakistan dan indonesia, korang hanya perlu membayar USD2.99 sahaja setiap bulan. 
Satu lagi yang best adalah bagi tempoh 6 bulan pertama, korang berpeluang menonton semua kandungan dari Negara lain  di platform Mr Mufe - My Lepak Buddy secara PERCUMA. *Ini tidak termasuk Filem Cereka
Ada berita baik juga untuk pengiklan diluar sana, Sekiranya korang berminat untuk meletakkan iklan di platform ini, mereka juga menawarkan harga pengiklanan yang cukup murah iaitu USD00.05 sahaja untuk 10 saat per slot.

Soft Launch Mr Mufe - My Lepak BuddyJadi, sekiranya ada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempat yang berminat untuk bekerjasama dengan Malaya United Films Entertainment, anda sangat dialu alukan. Peluang keemasan ini perlu direbut bagi memastikan industri kreatif kita terus hidup dan berkembang pesat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2020/01/Platform-online-streaming-terbaharu-Mr-Mufe-My-Lepak-Buddy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mr Mufe The Lepak Buddy Or All

Mr Mufe The Lepak Buddy Or All

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 357 hits
It is getting much easier for everyone to access digital media nowadays anytime and anywhere on any device And there are so many platforms where one can access it from Be ready for the age of limitless access for all online streaming Realis...
Stanene Bahan Baru Yang Yang Diramal Merevolusi Industri Elektronik Abad Ini

Stanene Bahan Baru Yang Yang Diramal Merevolusi Industri Elektronik Abad Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 189 hits
Oleh Mohd Faizal Aziz BANGI Satu bahan baru yang dikenali dengan nama stanene telah disebut oleh Profesor Emeritus Dr Muhammad Mat Salleh sebagai bahan yang diramalkan mampu merevolusi bidang elektronik abad ini Beliau benar benar berharap ...
Kekalkan Daya Saing Ekonomi Negera Dengan Mewujudkan Teknologi Baru

Kekalkan Daya Saing Ekonomi Negera Dengan Mewujudkan Teknologi Baru

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 204 hits
KLUANG Penganjuran pertandingan Robot Tempur Malaysia 2016 di Kluang Johor baru baru ini telah berjaya menarik minat orang ramai untuk mengikuti secara dekat tentang dunia sains teknologi dan inovasi Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Ino...
Landak 1 Peluang Jana Ekonomi Ternaknya Semudah Bela Kucing Di Rumah

Landak 1 Peluang Jana Ekonomi Ternaknya Semudah Bela Kucing Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 487 hits
Seorang penternak landak menunjukkan landak raya yang diternak secara komersial di rumahnya Catatan Santai Ibnu Hasyim RAYA Cina ni kamu ke mana Datanglah tempat aku aku nak perkenalkan daging landak kepadamu Dikatakan daging landak boleh m...
Di Forum Ekonomi Dunia Menperin Agus Pamer Potensi Industri Indonesia

Di Forum Ekonomi Dunia Menperin Agus Pamer Potensi Industri Indonesia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 176 hits
Adapun sektor sektor industri yang dibidik adalah sesuai dengan prioritas peta jalan Making Indonesia 4 0 yaitu industri makanan dan minuman industri tekstil dan pakaian industri otomotif industri kimia serta industri elektronik
Islam Cahaya Baru Di Negara Matahari Terbit

Islam Cahaya Baru Di Negara Matahari Terbit

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 331 hits
Saya menemukan kepuasan luar biasa dan kedamaian setiap kali saya datang dan beribadah di masjid ujar Michiko sebut saja begitu seorang Muslimah Jepun Sebelumnya ia adalah penganut Buddha namun menjalankan ritual Kristen dalam kesehariannya...
Industri Properti Tak Terpengaruh Perlambatan Ekonomi Global

Industri Properti Tak Terpengaruh Perlambatan Ekonomi Global

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 138 hits
Pelaksana Tugas Wakil Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri Indonesia Bidang Properti Setyo Maharso mengatakan perlambatan pertumbuhan ekonomi dunia tak banyak berpengaruh pada industri properti di Indonesia Khususnya perumahan sederhana yan...
Pemain Badminton Beregu Professional Negara Menang Gelaran Pertama

Pemain Badminton Beregu Professional Negara Menang Gelaran Pertama

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 416 hits
Pemain badminton beregu lelaki professional negara Ong Yew Sin Teo Ee Yi berjaya memenangi gelaran pertama untuk Malaysia pada tahun ini selepas menjuarai kejohanan Masters Thailand Bangkok semalam Beregu no 20 dunia ini berjaya menumpaskan...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen