Mr D I Y Meraikan Kecemerlangan Dalam Pertandingan Seni Bertemakan Identiti Dan Kepelbagaian


Hi Korang,
Dua karya seni yang menyentuh emosi dan menyelami tema kenangan, budaya dan ketabahan telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Pertandingan Seni MR D.I.Y 2025, sejajar dengan tema pertandingan tahun ini, “Identiti dan Kepelbagaian”.
Karya-karya pemenang tersebut – salah satunya menggunakan gabungan foto lama dan media campuran bagi meneroka warisan dan pemeliharaan budaya, manakala satu lagi mengisahkan perjalanan peribadi dan negara semasa pandemik COVID-19 – menonjol dalam kalangan lebih 1,000 penyertaan yang diterima dari seluruh negara

MR D.I.Y. Group, Yayasan MR. D.I.Y.  and panel judges with the Grand Prize winners Mohd Al-Khuzairie Ali (left) and Nasrin Nadhirah Suhaidi (right)
Kini memasuki tahun keempat penganjurannya, pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, dengan kerjasama cabang amalnya, Yayasan MR D.I.Y. Hasil karya 41 karyawan tempatan telah diiktiraf dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung hari ini di KEN Gallery, Menara KEN TTDI. Lebih RM200,000 hadiah wang tunai telah disampaikan, termasuk RM30,000 dan RM10,000, masing-masing untuk pemenang Hadiah Utama dalam kategori Awam dan Institusi Pendidikan

Mengulas mengenai inisiatif ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, “Pertandingan Seni MR D.I.Y. meraikan keupayaan seni untuk mencetuskan pemikiran, menghubungkan komuniti dan menginspirasi perubahan. Tema tahun ini, ‘Identiti dan Kepelbagaian,’ menggalakkan karyawan untuk meneroka identiti peribadi dan kolektif dalam masyarakat global masa kini. Kami berharap karya-karya ini mampu menginspirasi rakyat Malaysia untuk meraikan perbezaan, menghargai kisah yang dikongsi bersama, dan memandang dunia dengan empati yang lebih mendalam.”
Beliau turut menambah bahawa sebagai peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. berbangga dapat menyokong bakat tempatan dengan menyediakan platform yang bermakna untuk mereka berkongsi idea, kisah dan kreativiti masing-masing

Tahun ini juga menyaksikan perluasan pertandingan tersebut ke peringkat serantau buat pertama kalinya. Pemenang peringkat kebangsaan yang diumumkan hari ini akan mewakili Malaysia di pentas serantau, menawarkan platform yang lebih besar dan pendedahan di peringkat antarabangsa

“Kami amat teruja untuk mengorak langkah ini kerana ia membolehkan para karyawan kita menyerlah dan menerima penghargaan di peringkat serantau,” kata Ong. “Peluang ini amat besar ertinya kepada para karyawan di seluruh Asia dan merupakan salah satu cara kami menambah nilai kepada komuniti di mana kami beroperasi.”
Hadiah Utama Kategori Awam telah dimenangi oleh Mohd Al-Khuzairie Ali, 41, menerusi karyanya yang bertajuk “In the Mood of Love, Time and Memory”. Dengan menggunakan media campuran dan foto vintaj, Al-Khuzairie meneroka kaitan antara masa, memori dan identiti. Karya ini meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil menekankan kepentingan pemeliharaan warisan dalam dunia yang sentiasa berubah. Para juri memuji karya seni tersebut kerana kedalaman emosi, lapisan tekstur, dan naratif visualnya yang kuat

The winners of the MR D.I.Y. Art Competition 2025! 
Bagi Kategori Institusi Pendidikan, Nasrin Nadhirah Suhaidi, 21, pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, memenangi hadiah utama menerusi karya yang berjudul “Harapan”. Lukisan ini menggambarkan pengalaman peribadi beliau menghadapi kehilangan semasa pandemik, termasuk pemergian ibunya, sambil memberi penghormatan kepada ketabahan dan kekuatan kolektif rakyat Malaysia. Juri menyifatkan karya ini sebagai “sangat menyentuh hati dan penuh harapan dalam kesunyian.”
Kedua-dua pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 (kategori awam) dan RM10,000 (kategori institusi pendidikan). Mereka akan mara ke peringkat akhir serantau bersama pemenang Anugerah CEO dan pemenang Anugerah Pilihan Pengasas

Barisan panel juri bagi edisi 2025 terdiri daripada artis tersohor tempatan iaitu Encik Bingley Sim, Cik Leong Mei Yin, Encik Yap Sau Bin, dan Encik Ivan Gabriel, bersama-sama Pengasas dan Penasihat Kumpulan MR D.I.Y., Encik Tan Yu Yeh serta Ketua Pegawai Eksekutif, Adrian Ong



Orang ramai dijemput untuk mengunjungi pameran karya seni pemenang di Galeri KEN, Menara KEN TTDI, bermula 23 hingga 28 Mei 2025

Dilancarkan pada tahun 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y. bertujuan untuk memupuk bakat seni tempatan dan menyemarakkan ekosistem kreatif yang inklusif dan dinamik di Malaysia. Menerusi platform ini, MR D.I.Y. dan Yayasan MR D.I.Y. terus memperjuangkan seni dan budaya sebagai pemacu utama dalam membina komuniti, identiti dan hubungan sosial yang bermakna

Untuk senarai penuh pemenang edisi 2025 dan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni MR D.I.Y., sila layari laman web mrdiy.com, dan media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok


















Mengenai Kumpulan MR D.I.Y dan Yayasan MR D.I.Y

MR D.I.Y. Group (M) Berhad ialah peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 1,400 cawangan di seluruh negara dan di Brunei, merangkumi pelbagai jenama termasuk MR. D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY. Syarikat ini juga merupakan pemegang francais induk untuk jenama EMTOP di Malaysia. Dengan kira-kira 17,000 produk merentasi lima kategori utama, Kumpulan ini komited untuk menawarkan kemudahan, nilai terbaik, dan janji “Always Low Prices” di kedai fizikal dan dalam talian

Yayasan MR D.I.Y., cabang amal Kumpulan ini, ditubuhkan pada tahun 2023. Yayasan ini memberi tumpuan kepada inisiatif masyarakat dalam bidang pendidikan, kelestarian alam sekitar, serta seni dan budaya. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaburkan sebanyak RM1.2 juta dalam pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada lebih 95,000 penerima, sejajar dengan misinya untuk memperkasa komuniti dan menghasilkan impak yang berkekalan



Wakil untuk Pertanyaan Media:



Zuhair Zarudin (Mr)
PR Manager
ROOTS PR
[email protected]
+6017 398 0387
Siti Aisyah Rosli (Ms)
Assistant Manager (Advertising & Promotion)
MR D.I.Y

[email protected]
+6012 346 7744



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/05/mr-diy-meraikan-kecemerlangan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naim Daniel Feat Adnin Roslan Seni Berdamai Dengan Takdir Chord

Naim Daniel Feat Adnin Roslan Seni Berdamai Dengan Takdir Chord

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 183 hits
D F A F D F A Tahun ini tahun akhir F Tahun akhirku menangis D Ku berdamai dengan takdir F A F A Tahun ini tahun akhir A Ayuhlah kita berdua F A Lambai tangan sama sama D Kini tiada lagi kita F A D A Lambai tangan sama sama D F Berlarilah k...
Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 335 hits
Verse 1 Naim Daniel Adnin Roslan Tahun ini tahun akhirTahun akhirku menangisKu berdamai dengan takdirTahun ini tahun akhirAyolah kita berduaLambai tangan sama samaKini tiada lagi kitaLambai tangan sama sama Chorus Naim Daniel Berlarilah kem...
Kalau Cara Elok Ramai Boleh Terima Sharnaaz Ahmad Komen Isu Dma Islam Kutuk Jurusan Komunikasi Amp Seni

Kalau Cara Elok Ramai Boleh Terima Sharnaaz Ahmad Komen Isu Dma Islam Kutuk Jurusan Komunikasi Amp Seni

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 105 hits
Baru baru ini pelakon popular iaitu Sharnaaz Ahmad tampil bersuara mengenai isu berhubung pempengaruh terkenal DMA Islam yang sebelum ini mengkritik tentang beberapa jurusan yang disifatkan sebagai 8216 bodoh 8217 di Malaysia Menurut Xtra S...
Bufet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson Bertemakan Sajian Nasi Padang Selero Negeri Sembilan

Bufet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson Bertemakan Sajian Nasi Padang Selero Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 140 hits
Kibas Golek menu bufet ramadan istimewa hanya di Klana PDWARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON SAJIAN NASI PADANG SELERO NEGERI SEMBILANAssalamualaikum kepada semua pembaca blog Julia Johari Ramadan 2024 menjelang tak lama lagi ...
World Visa Dilancar Kad Debit Pertama Di Dunia Untuk Pengesahan Identiti Manusia

World Visa Dilancar Kad Debit Pertama Di Dunia Untuk Pengesahan Identiti Manusia

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 106 hits
Seiring dengan kemajuan AI adalah semakin penting untuk membezakan antara manusia dan bot dalam talian Sebagai sebahagian daripada misi untuk mempercepatkan kesediaan manusia dalam era AI World di acara At Last yang telah berlangsung di San...
Diplomasia Buku Sulung Azmi Rungkai Seni Halus Dasar Luar Malaysia

Diplomasia Buku Sulung Azmi Rungkai Seni Halus Dasar Luar Malaysia

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 101 hits
Buku itu menampilkan naskhah kompilasi isu semasa yang mengupas kekuatan halus Malaysia di pentas dunia Azmi Hassan bersama buku Diplomasia yang antaranya mendedahkan pendekatan Malaysia menyelesaikan masalah tuntutan terhadap Sabah KUALA L...
Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum wbt Saya cuma share daripada rakan sejawat di Kementerian Komunikasi mereka ada membuat satu pertandingan dan mereka bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka Apa yang menariknya adalah hadiahnya dan hadiah utama adalah se...
Ampersand Advisory Lancar Cut Pertandingan Filem Pendek Seram Malaysia Hadiah Tunai Hampir Rm40 000 Menanti Pemenang

Ampersand Advisory Lancar Cut Pertandingan Filem Pendek Seram Malaysia Hadiah Tunai Hampir Rm40 000 Menanti Pemenang

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR 19 Mei 2025 Bagi peminat genre seram dan penggiat filem pendek tempatan ini peluang keemasan anda Agensi pemasaran tersohor Ampersand Advisory melancarkan CUT satu pertandingan filem pendek seram berskala besar yang pertama seu...
Rafizi Ini Pertandingan Atas Padang Tak Sama Rata

Rafizi Ini Pertandingan Atas Padang Tak Sama Rata

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 126 hits
MalaysiakiniMenteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa pertembungan antaranya dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR berlaku di atas padang yang tidak sama rata Penyandang kerusi timbalan presiden PKR itu mendakwa di...
Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Banyak Di X Apa Arti Akun Parodi

Telefilem Joie De Vivre

Gelombang Senyap Pengundi Melayu Tolak Dap Dan Parti Sekutu Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Akan Datang

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2