Mp Pkr Kesal Tekanan Terhadap Al Jazeera Media
 KHAIRULANUAR YAHAYA

Fahmi Fadzil AHLI Parlimen PKR Fahmi Fadzil kesal terhadap tindakan yang  memberikan tekanan kepada warga media termasuk agensi berita asing Al  Jazeera.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu,  media perlu memainkan  peranan untuk melaporkan berita dengan bebas selagi ia tidak menerbitkan  berita palsu dan tidak sahih.
“Saya kesal dengan tindakan memberi tekanan kepada warga media termasuk yang terkini melibatkan Aljazeera. 
“Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja Kerajaan yang faham fungsi  media dalam memantau perjalanan pentadbiran, media yang beretika, tetapi  juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan Kerajaan dan  media,” kata Fahmi.
Polis akan panggil wartawan Al JazeeraAl Jazeera perlu mohon maaf kerana berbohong secara terang-teranganFahmi yang juga jurucakap PKR bagi komunikasi, seni dan budaya menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk bertindak segera meyakinkan pengamal media bahawa Kerajaan  Perikatan Nasional bukan anti media dan anti kekebasan bersuara.
Beliau turut menggesa kerajaan agar meneruskan usaha mewujudkan  majlis media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang dan diusahakan  secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti  antarabangsa dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ kerajaan.
“YB Menteri perlu segera bertemu dengan Jawatankuasa Sementara  Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau sendiri terhadap kebebasan  media.
“Kegagalan atau keengganan bertemu Jawatankuada tersebut bermaksud  beliau dan Kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media.,”  kata Fahmi.
Menurut beliau, pada April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020.
“Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media di bawah PN jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut.
”Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi.  Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung.,” kata Fahmi.
Laporan dokumentari Al Jazera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s  Lockdown’  mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia apabila menuduh negara  ini melayan pelarian asing tanpa izin secara zalim ketika pe  nguatkuasaan Printah Kawalan Pergerakan.
Semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Ismail Sabri Yaakob mencabar  stesyen televisyen asing itu agar menamakan negara yang melayan  pendatang asing tanpa izin dengan baik.
“Tuduhan kita mengurung pendatang asing tanpa izin (PATI) juga tidak  benar kerana Maahad Tahfiz, perkampungan di Hulu Langat juga dikenakan  perintah berkurung.
“Kita boleh tanya Al Jazeera ini, berikan kita mana-mana negara yang  berikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak ada dokumen.
“Jawapannya tidak ada kerana semua negara ada akta yang hampir sama dan semua warga asing yang masuk kena ada dokumen yang sah.
“Saya cabar Al Jazeera tunjukkan mana-mana negara yang berikan  kebebasan mutlak kepada mereka yang tidak ada dokumen,” katanya dalam  sidang media PKPP di Putrajaya semalam.
Ismail Sabri berkata, laporan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s  Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat itu juga tidak tepat sama sekali,  serta terpesong daripada keadaan sebenar ketika Perintah Kawalan  Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion.-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/mp-pkr-kesal-tekanan-terhadap-al.html