Mp Dok Kalut Keluar Fakta Tak Betul Dah Jadi Fitnah Tempat Sendiri Sarang Dadah


 








PASIR MAS, 3 JULAI 2025 – YDH Datuk DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan petang ini, berkaitan komited JSJN dalam membanteras sindiket pengedaran dadah apabila berjaya menumpaskan satu sindiket besar yang aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah jenis pil kuda melalui enam siri serbuan serentak di sekitar Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.


Operasi yang bermula pada 27 Jun 2025, jam 11.15 pagi hingga 4.30 petang itu telah berjaya membawa kepada penahanan seramai enam orang suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita Melayu berumur antara 25 hingga 39 tahun. Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai peranan tersusun dalam sindiket berkenaan, termasuklah sebagai koordinator, orang kanan sindiket, pengurus kewangan, transporter serta penjaga stor. Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Julai 2022 dan menjadikan kandang lembu sebagai stor penyimpanan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.




Serbuan pertama telah dilakukan di Jalan Gajah Mati, Bangol Chica, Pasir Mas, yang membawa kepada penahanan suspek pertama berusia 34 tahun. Pemeriksaan ke atas kereta Perodua Axia yang dipandu suspek menemukan dadah jenis pil YABA seberat 115 gram, manakala pemeriksaan lanjut di rumahnya menemui 112 gram lagi. Penahanan suspek keenam pula membawa kepada penemuan sebuah lokasi penyimpanan utama di sebuah kandang lembu di belakang rumah suspek pertama, di mana sejumlah besar dadah seberat 19.866 kilogram turut ditemui.


Seterusnya, serbuan di Wakaf Baru, Tumpat membawa kepada penahanan suspek kelima yang berusia 39 tahun. Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda milik suspek menemukan 15.4 kilogram pil YABA. Beberapa lagi serbuan di kawasan sekitar Pasir Mas pula membawa kepada tangkapan suspek kedua, ketiga dan keempat, terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan, yang disyaki turut berperanan dalam rangkaian sindiket berkenaan.


Secara keseluruhan, pihak JSJN berjaya merampas 35.493 kilogram dadah jenis pil YABA yang dianggarkan bernilai RM5,040,000.00. Jumlah ini cukup untuk merosakkan seramai 177,465 orang, sekiranya tidak dibanteras. Dalam operasi yang sama, JSJN turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita pelbagai harta bernilai RM1,117,743.00. Antara aset yang disita termasuk sembilan buah kenderaan mewah seperti Mustang EcoBoost, Mercedes Benz, Honda Civic, Toyota Hilux, serta motosikal Honda EX5. Turut disita ialah barang kemas, jam tangan mewah dan sembilan buah beg berjenama terkenal.


Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan dalam operasi ini mencecah RM6,157,743.00, menjadikan ia antara kejayaan besar JSJN bagi tahun ini. Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 28 Jun hingga 4 Julai 2025 dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.


Ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek negatif dari sebarang jenis dadah. Walau bagaimanapun, semakan rekod jenayah mendapati suspek kedua mempunyai dua rekod lampau melibatkan Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala suspek kelima mempunyai empat rekod di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.


Turut hadir, YDH SAC Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH ACP Hairy Bin Ramlan, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Antarabangsa), YDH ACP Douglas Nyeging Taong, KJSJN Kelantan, YDH ACP Kama Azural bin Mohamed, KPD Pasir Mas, YDH ACP Mohd Khairi bin Shafie, KPD Tumpat dan barisan pegawai JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Kelantan. 


Kejayaan besar ini merupakan bukti nyata kecekapan dan iltizam berterusan JSJN dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah diperbatasan negara serta membanteras aktiviti yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi hotline JSJN di talian 012-208 7222.


Antara aset yang disita termasuk sembilan buah kenderaan mewah seperti Mustang EcoBoost, Mercedes Benz, Honda Civic, Toyota Hilux, serta motosikal Honda EX5. Turut disita ialah barang kemas, jam tangan mewah dan sembilan buah beg berjenama terkenal.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/mp-dok-kalut-keluar-fakta-tak-betul-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Polis Negara Potong Q Ini Fakta Bukan Fitnah

Ketua Polis Negara Potong Q Ini Fakta Bukan Fitnah

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 121 hits
Isu pelantikan Dato Sri Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara ke 15 kononnya potong Q daripada Ketua Cawangan Khas jadi KPN terus itu naratif dangkal dan malas semak fakta sejarah Pelantikan beliau BUKAN KES PERTAMA Ini senarai toko...
Rumah Milik Aliff Syukri Jadi Sarang Pelacuran Penagih Dadah

Rumah Milik Aliff Syukri Jadi Sarang Pelacuran Penagih Dadah

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 175 hits
HELMI ANUARAliff terkejut dan berang apabila rumah sewa miliknya di Sungai Buloh dijadikan sarang pelacuran dan aktiviti menagih dadah PETALING JAYA Mengejutkan apabila usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri membongkar kegiatan...
Membuat Sate Ayam Dan Nasi Himpit Sendiri Di Rumah

Membuat Sate Ayam Dan Nasi Himpit Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 142 hits
Musim PKP ini teringin nak makan sate dengan nasi himpit Kalau dahulu boleh makan di kedai makan atau restoran bersama keluarga sekarang kena beli dan makan di rumah Kali ini saya tunjukkan sate dan nasi himpit yang dibuat sendiri di rumah ...
Tips Memilih Tempat Kost Yang Murah Di Jakarta Panduan Lengkap Untuk Anak Rantau

Tips Memilih Tempat Kost Yang Murah Di Jakarta Panduan Lengkap Untuk Anak Rantau

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 175 hits
BloggerBorneo com Jakarta sebagai ibu kota Indonesia menjadi magnet bagi banyak orang yang merantau untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan Namun tantangan terbesar ketika pindah ke kota megapolitan ini adalah menemukan tempat tinggal yan...
Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 158 hits
Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata mata Ini kisah benar dan benar benar berlaku Alamak saspens la pula Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit Di halaman rumah saya ada di...
Jpj Garisan Yang Dilanggar Bila Amanah Tercalar Oleh Tangan Sendiri

Jpj Garisan Yang Dilanggar Bila Amanah Tercalar Oleh Tangan Sendiri

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 143 hits
Rabu 9 Julai 2025 Refleksi Semasa Catatan Kehidupan Dalam dunia yang sarat dengan undang undang dan garis yang perlu dijaga terkadang yang berdiri sebagai penjaga pun bisa khilaf Begitulah kisah yang tular sejak semalam saat lensa orang awa...
Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank

Apa Beza Polis Dengan Vat 69


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Best Friend Waktu Malam

Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat