Mp Dilantik Ke Glc Disaran Derma Pada Kerajaan


Dalam strategi Sun Tzu, perkiraan penting penentu kemenangan sesuatu perang ialah berapa lamakah bekalan dapat bertahan? Sama ada kita adalah negara penyerang negara orang atau negara kita diserang oleh orang lain.

Jika kita negara penyerang, maka sumber bekalan negara disalurkan kepada tentera yang bertugas untuk menyerang sesebuah negara perlu ada had dan catuan.

Jika negara penyerang terus menyalurkan bekalan tanpa had, negara penyerang boleh muflis, seterusnya ia akan diserang semula. Jadi tentera perlu diundurkan sebelum negara pembekal muflis.

Oleh itu, mana-mana tentera pun apabila ia menyerang sesebuah negara, maka ia akan memastikan secepat mungkin perbekalan mereka diperolehi daripada negara yang diserang, bukan terus menerus diambil daripada perbekalan negara.

Tentera Ahzab kalah disebabkan mengepung melebihi tempoh jangkaan yang asalnya dua, tiga hari sahaja, tetapi berlanjutan sekitar 60 hari. Kesannya, kepungan dan perbekalan mereka habis terutamanya selepas ribut yang Allah hantar.



Soviet pecah disebabkan mereka berjaya memasuki Afghanistan tetapi perbekalan ketenteraan mereka terus menerus disalurkan oleh Moscow apabila mereka gagal mengambil minyak dan lain-lain disebabkan perang gerila.

Sama juga seperti Amerika Syarikat di Afghanistan, tetapi kerajaan Amerika terlebih awal mendengar nasihat senat.

Serangan Ahzab ke Madinah

Begitu juga jika kita adalah negara yang diserang. Perbekalan mesti dijimatkan bagi mengharungi tempoh yang entah bila berakhir. Faktor kemenangan ialah "mampu bertahan".

Sifat semula jadi manusia akan memberontak bila tidak tahan. Bila elemen ini muncul, maka musuh nyata akan masuk.

Kita masih belum tahu sama ada Covid-19 ini adakah ianya malapetaka semula jadi atau sebenarnya serangan biologikal terancang; mencipta korona virus, menyebarkannya, melemahkan ekonomi seterusnya mereka akan kuasai ekonomi negara-negara yang kehabisan bekalan.

Dalam hal ini, contohi negara Madinah ketika bertahan daripada serangan Ahzab yang pada logiknya mustahil mereka boleh bertahan.



Tetapi dengan berkat daripada Allah SWT, Madinah akhirnya menang bila bekalan mereka masih berbaki (tiada yang mati kelaparan walaupun mereka lapar) manakala bekalan tentera Ahzab kehabisan akibat lembu kambing dan lain-lain perbekalan terlepas akibat ribut yang dihantar oleh Allah SWT.

Berkat ini terhasil akibat sifat-sifat mereka terutama Rasulullah sebagai qudwah. Dalam satu riwayat menceritakan, ada sahabat yang kelaparan, akibat tidak tahan, beliau menemui Rasulullah saw untuk memohon rasulullah mendoakan supaya Allah turunkan makanan daripada langit.

Apabila sampai kepada Rasulullah, dia membatalkan hasratnya kerana malu, justeru beliau yang kelaparan setakat ikat satu batu diperut sudah pun mahu mengadu, sedangkan Rasulullah SAW mengikat tiga batu diperutnya masih bersabar.

Elaun asas MP kenyangkan 20 rakyat miskin sebulan

Pengajaran cerita, saat genting seperti ini, Rasulullah mengajar kita pemimpin perlu lebih lapar daripada rakyat. Ini qudwah Rasulullah SAW. Ini juga pemimpin-pemimpin negara kita patut contohi.

Jika perlantikan pengerusi-pengerusi GLC perlu dibuat lantikan segera, maka elaun-elaun itu saya cadangkan dimasukkan dalam tabung kerajaan untuk membantu negara menghadapi Covic-19; kerana elaun basic MP sahaja boleh mengenyangkan 20 orang rakyat miskin di bawah selama sebulan.

Jika ditambah lagi elaun pengerusi GLC yang besar, maka berlipat kali gandalah boleh kenyangkan rakyat bawahan.

Saya turun ziarahi rakyat bawahan, mereka sangat terdesak, RM100 itu sangat-sangat besar bagi mereka. Insyallah, jika kita menjadikan Rasulullah sebagai qudwah, kita akan diberkati dan insyallah kita akan menang bergaya dalam PRU 15 akan datang.

Jika kita agih-agihkan wang negara (termasuk hasilan GLC) sesama pimpinan negara, maka perbekalan negara akan cepat habis, maka mungkin negara kita akan kalah.

Ini pandangan dan nasihat saya kepada kerajaan yang saya dokong, jika baik, maka jadikan teladan dan jika sebaliknya, jadikanlah ia sebagai sempadan.

ZAHARUDIN MUHAMMAD Yang Dipertua PAS Sungai Buloh
Bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/mp-dilantik-ke-glc-disaran-derma-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Mp Kerajaan Akan Dilantik Ketuai Glc Menteri Di Jpm

Semua Mp Kerajaan Akan Dilantik Ketuai Glc Menteri Di Jpm

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 367 hits
Semua anggota parlimen kerajaan persekutuan yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata beliau di...
Mana Kerajaan Teknokrat Pas Semua Mp Jadi Pengerusi Glc

Mana Kerajaan Teknokrat Pas Semua Mp Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 277 hits
Sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu Pas berkempen untuk mewujudkan kerajaan teknokrat Ahli parlimen yang menang tidak akan memegang jawatan menteri sebaliknya profesional akan dilantik untuk menjadi anggota kabinet Kerajaan itu merunut Pas...
P Main Salji Bagai Melingkup Balik Minta Derma Minta Kat Kerajaan La Weiii

P Main Salji Bagai Melingkup Balik Minta Derma Minta Kat Kerajaan La Weiii

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 442 hits
Sophia AnneAku x heran pun dia dapat covid tak kecam pun dia pi Turki lantak p laaa Tp aku nk cakap pasai derma ni PAS ni mmg hobi depa mintak derma ek Segala benda nk kutip derma Si Mat Zuhdi ni masuk hosp kerana positif Covid Masuk Hosp S...
Rafidah Bidas Kerajaan Pecat Lantikan Dalam Glc Badan Berkanun

Rafidah Bidas Kerajaan Pecat Lantikan Dalam Glc Badan Berkanun

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 196 hits
Rafidah bidas kerajaan pecat lantikan nbsp dalam GLC badan berkanun nbsp Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 9
Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 296 hits
Perkara asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi Dan kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC GLC GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi...
Semua Pihak Perlu Bantah New Normal Kerajaan Muhyiddin Wajibkan Ahli Parlimen Terajui Glc

Semua Pihak Perlu Bantah New Normal Kerajaan Muhyiddin Wajibkan Ahli Parlimen Terajui Glc

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 377 hits
Apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Muhyiddin Yassin untuk melantik semua Ahli Parlimen penyokong PN yang tiada jawatan dalam kerajaan sebagai pengerusi GLC sebagai suatu perbuatan jenayah ia adalah isyarat paling jelas...
Kerajaan Muhyiddin Macam Mabuk Arak Bidas Kadir Jasin

Kerajaan Muhyiddin Macam Mabuk Arak Bidas Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 257 hits
Bekas Penasihat Media dan Komunikasi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk A Kadir Jasin hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional terhadap isu operasi kilang arak Dalam kenyataannya hari ini beliau menempelak barisan Kabin...
Ketua 3 Agensi Utama Kerajaan Akan Diganti

Ketua 3 Agensi Utama Kerajaan Akan Diganti

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 248 hits
April 7 2020 1 56 PMNageeb Wahab Bakke Salleh dan Zakri Khir PETALING JAYA Sumber boleh dipercayai berkata pertukaran ketua di beberapa agensi utama kerajaan dalam perancangan FMT difahamkan individu itu termasuk Nageeb Wahab Bakke Salleh d...
Kerajaan Akan Perkenal Sop Baru Ikut Zon Khamis Ini

Kerajaan Akan Perkenal Sop Baru Ikut Zon Khamis Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 169 hits
April 7 2020 4 29 PMMKN akan membentangkan SOP baru PKP berdasarkan zon zon tertentu PUTRAJAYA Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara bersama Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard baru Kh...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way