Mp Desak Pm Bertindak Terhadap Azam Baki


 

December 28, 2021 Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengambil tindakan susulan dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki di sebuah syarikat senarai awam.
Kenyataan pemimpin veteran DAP itu merujuk kepada peletakan jawatan ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Edmund Terence Gomez semalam.
“Perdana Menteri, Ismail Sabri mesti bertindak atas peletakan jawatan mengejut Gomez daripada panel SPRM dan menamatkan ‘konspirasi senyap’ selama dua bulan mengenai dakwaan Ketua SPRM memiliki hampir dua juta saham dalam syarikat senarai awam.

Lim juga mendesak Ismail Sabri supaya berhenti membisu tentang kontroversi yang menyelubungi Azam.“Ini adalah mendesak dan penting terutamanya kerana rakyat Malaysia sedang menunggu dalam resah untuk Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 yang akan dikeluarkan pada bulan depan di mana Malaysia dijangka berada di kedudukan dan mendapat markah yang teruk, mencerminkan usaha anti-rasuah yang semakin teruk di Malaysia dalam tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri tidak boleh berdasarkan Malaysia yang dianggap di peringkat nasional dan antarabangsa sebagai semakin korup, yang juga bertentangan dengan prinsip pembinaan negara Rukun Negara iaitu “kesopanan dan kesusilaan”.
“Perlu ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Rasuah dan Penyalahgunaan/Pembaziran Dana Awam yang harus menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang menyelubungi Ketua SPRM, Azam Baki, Laporan Integriti Kewangan Global yang mendedahkan bahawa Malaysia kerugian besar sebanyak RM1.8 trilion antara 2005 dan 2014 serta kedudukan dan markah yang lemah Malaysia dalam laporan TI CPI.
“Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menuntut ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi mengenai perkara itu, terutamanya dengan pelantikan penasihat yang berlebihan untuk Perdana Menteri apabila beliau mempunyai Menteri Kabinet yang menjaga bidang tugas masing-masing, pelantikan duta yang tidak diperlukan apabila terdapat duta yang dilantik untuk setiap negara, dan pelantikan pelantikan GLC,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Edmund Terence Gomez (tengah)Ketika mengumumkan peletakan jawatannya semalam, Gomez menggesa pengerusi panel, Borhan Dolah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal itu pada 12 November lalu, namun ia tidak pernah diadakan, meskipun Borhan pada awalnya bersetuju.
Tindakan susulannya selepas daripada itu – surat terakhir adalah bertarikh 14 Dis – turut tidak menerima sebarang maklum balas, menyebabkan dia “tiada pilihan” selain meletak jawatan dengan menyifatkan tiadanya tindakan terhadap laporan melibatkan Azam sebagai satu “pengabaian tugas terhadap negara yang serius”.
Kata Gomez lagi, surat yang ditulis kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Nika Ujang sebanyak tiga kali, turut tidak mendapat sebarang maklum balas.
Pada 14 Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membahaskan dakwaan pemilikan saham oleh Azam, melebihi jumlah dibenarkan.
Sivarasa mendakwa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.
Dia juga mendakwa Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam, Excel Force MSC Bhd, manakala adik lelakinya memiliki 3,728,000 unit saham dlam Gets Global.
Dia memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.
Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan kakitangan awam untuk mengisytiharkan harta kepada ketua mereka, katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof turut menggesa Ismail Sabri untuk bertindak tegas selepas peletakan jawatan Gomez didakwanya sebagai sesuatu yang mencalarkan reputasi SPRM.
“Perletakan jawatan Dr Edmund Terrence Gomez dalam Panel Penasihat dan Pencegahan Rasuah di bawah SPRM adalah isyarat reputasi badan anti-rasuah itu sudah tercalar. Ismail Sabri perlu tegas pulihkan SPRM sekarang!” ciap bekas menteri agama kerajaan Pakatan Harapan itu di Twitter.
Perletakan jawatan Dr Edmund Terrence Gomez dalam Panel Penasihat dan Pencegahan Rasuah di bawah SPRM adalah isyarat reputasi badan anti-rasuah itu sudah tercalar. @IsmailSabri60 perlu tegas pulihkan SPRM sekarang! @anwaribrahim pic.twitter.com/GVyvF4HceW
— Mujahid Yusof Rawa (@mujahidrawa) December 28, 2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/mp-desak-pm-bertindak-terhadap-azam-baki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Amanah Desak Ketua Pesuruhjaya Sprm Azam Baki Bercuti

Pemuda Amanah Desak Ketua Pesuruhjaya Sprm Azam Baki Bercuti

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 315 hits
FAZLI RADZIPemuda AMANAH Nasional mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki bercuti bagi memberikan laluan kepada penyiasatan mengenai aduan terhadapnya Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hasbie Muda berkata ahli ekonomi Edmund Te...
Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 447 hits
ANALISA ISU Edmund L Gomez dan Azam Baki PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perunding SPRM baru baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya Peletakan itu buka...
Sprm Jawab Tuduhan Terhadap Azam Pada Rabu

Sprm Jawab Tuduhan Terhadap Azam Pada Rabu

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 216 hits
SPRM jawab tuduhan terhadap Azam pada Rabu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengadakan sidang media pada hari Rabu bagi menjelaskan dakwaan konflik kepentingan yang melibatkan ketua pesuruhjayanya Azam Baki menurut satu laporan S...
Psc Members Want Macc Chief Azam Baki Investigated

Psc Members Want Macc Chief Azam Baki Investigated

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 301 hits
Two members of the Parliamentary Special Select Committee for Agencies under the Prime Minister s Department today called for the body to investigate MACC chief commissioner Azam Baki over recent allegations against him In a joint statement...
Kit Siang Is Out For Revenge Against Azam Baki

Kit Siang Is Out For Revenge Against Azam Baki

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 530 hits
Kit Siang is outraged that Guan Eng might most likely end up in jail So he wants Azam Baki s head on a silver platter That is why Kit Siang sudah masuk hantu and is screaming every day NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Lim Kit Siang is g...
Ahli Parlimen Dedah Azam Baki Miliki Hampir Dua Juta Saham Di Bursa

Ahli Parlimen Dedah Azam Baki Miliki Hampir Dua Juta Saham Di Bursa

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 630 hits
December 15 2021Sivarasa Rasiah memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini Dia memohon parlimen membincangkan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memiliki saham di dua buah syarikat disenarai di bursa melebihi daripada jumlah y...
Ahli Panel Sprm Letak Jawatan Dakwa Tiada Tindakan Isu Libatkan Azam Baki

Ahli Panel Sprm Letak Jawatan Dakwa Tiada Tindakan Isu Libatkan Azam Baki

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 425 hits
Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Gomez mendakwa ia selepas panel tersebut gagal bertindak terhadap dakwaan pemilikan kira kira d...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Living In The Past Rtm Red Faced In Hattrick Of Blunders As Pmx Hitches A Ride In The Beast To Klcc

Blackmores Kekal Sebagai Jenama Kesihatan Dipercayai Setelah Meraih Anugerah Platinum Ke 11 Pada 2025

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

6 3 Quake Jolts Indonesia S East Nusa Tenggara No Tsunami Risk

Pomegranate