Mou Sehingga Parlimen Dibubar Tapi Boleh Terbatal Jika Langgar Syarat


agendadaily.com14/9/2021
Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimerterai antara pembangkang dengan kerajaan pada 13 September 2021.

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara pembangkang dengan kerajaan berkuatkuasa sehingga Parlimen dibubarkan tetapi boleh terbatal jika berlaku pelanggaran syarat perjanjian tersebut.

Salinan perjanjian tersebut didedahkan kepada umum dan dimuat naik dalam laman portal Parlimen, ia antaranya menyatakan persetujuan kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Kerajaan juga perlu mencari jalan ikhtiar untuk melaksanakan setiap satu dan segala transformasi yang dicadangkan dan dalam aturan masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

MoU berkenaan juga menyatakan bahawa blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk mengambil pendirian menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengan Belanjawan 2022 serta proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

PH juga bersetuju menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan, rang undang-undang lain yang kegagalan meluluskannya merupakan suatu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan selepas proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Namun, persetujuan PH itu tertakluk kepada penunaian dan pelaksanaan transformasi dalam aturan masa yang dipersetujui.

MoU tersebut, yang dipersetujui tiada kerahsiaan dan didedahkan kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan dan kebertanggungjawaban, juga turut menjelaskan kegagalan menunaikan dan melaksanakan mana-mana transformasi adalah satu pelanggaran dan boleh menyebabkan perjanjian ditamatkan.

Memorandum persefahaman itu juga dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

Kedua-dua pihak bersetuju MoU berkenaan tidak akan memberi kesan kepada peranan, hak dan tanggungjawab PH untuk semak imbang, mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap Parlimen termasuk memastikan ketelusan, integriti dan keberkesanan kerajaan dalam mengendalikan isu rakyat.

MoU itu mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Di bawah agenda pemerkasaan Covid-19, dipersetujui Majlis Pemulihan Negara perlu terdiri daripada 50 peratus pakar sektor awam dan swasta dilantik oleh kerajaan sebagai penasihat dengan pembangkang boleh mengemukakan nama.

Turut dipersetujui kedua-dua pihak adalah bantuan tunai kepada rakyat golongan B40, M40 diteruskan pada tahun hadapan, mempercepatkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), mengusahakan pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga bulan suku keempat tahun ini.

Bagi agenda transformasi pentadbiran pula, kedua-dua pihak bersetuju rang undang-undang Antilompat Parti dan/atau undang-undang yang berkenaan akan dibentang dan diluluskan di Parlimen, memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepat pelaksanaan pendaftaran umur minima pengundi 18 tahun dan membentangkan dan meluluskan rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun.

Agenda Pembaharuan Parlimen pula, kedua-dua pihak bersetuju undang-undang Perkhidmatan Parlimen dibentang dan diluluskan setelah perbincangan, libat urus dan persetujuan Yang di-Pertua kedua-dua dewan diadakan.

Turut dipersetujui adalah memastikan Jawatankuasa Pilihan Khas sedia ada distruktur semula dan menambah lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengikut keperluan serta memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah seimbang.

Di bawah agenda kebebasan institusi kehakiman, kedua-dua pihak bersetuju memastikan kebebasan badan kehakiman, transformasi institusi dan tatakelola yang baik dilaksanakan sepanjang masa manakala bagi agenda MA63, kerajaan dan PH bersetuju memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian MA63 dan dokumen berkaitan.

Di bawah agenda pembentukan jawatankuasa pemandu, dipersetujui penubuhan dianggotai 10 individu dengan masing-masing lima wakil dari kerajaan dan pembangkang dan jawatankuasa itu hendaklah bermesyuarat sekali setiap dua minggu atau mengikut jadual yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Memorandum itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi pihak kerajaan, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau – ksemuanya bagi pihak PH.

Turut menadatangani MoU itu sebagai saksi ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Peter Donald Mojuntin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/mou-sehingga-parlimen-dibubar-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Boleh Rentas Daerah Dah Boleh Beriadah Tapi Tak Jaga Sop

Dah Boleh Rentas Daerah Dah Boleh Beriadah Tapi Tak Jaga Sop

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 387 hits
hai assalammualaikumDah Boleh Rentas Daerah Dah boleh Beriadah Tapi Tak Jaga SOP Orang Selangor Kuala Lumpur Putrajaya lama dah tunggu untuk ke Fasa 2 Fasa 2 yang mana boleh boleh merentas daerah boleh buat pelbagai aktiviti Biasalah orang ...
Kluster Mahkamah Tak Boleh Jadi Tim Speaker Tapi Kluster Patut Ke Mahkamah Jadi Menteri Kanan

Kluster Mahkamah Tak Boleh Jadi Tim Speaker Tapi Kluster Patut Ke Mahkamah Jadi Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 304 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDi Malaysia sesuatu kesalahan itu bukan atas sebab ia dilakukan atau tidak tapi atas sebab dia di pillih untuk di dakwa atau tidak itu sahaja Contoh misalnya jika Ahmad Maslan dan Datuk Sharir Samad di pilih untuk di da...
Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 287 hits
September 11 2021 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran Ismail Sabri Yaakob menambahbaik Parlimen dan pentadbiran kerajaan namun tetap mahukan undi percaya terhadap perdana menteri diadakan secepat mungkin Anw...
Ph Kekal Pembangkang Parlimen Tak Dibubar Hingga 31 Julai Tahun Depan

Ph Kekal Pembangkang Parlimen Tak Dibubar Hingga 31 Julai Tahun Depan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 185 hits
September 13 2021 6 32 PMMemorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan PH yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama PETALING JAYA Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan H...
Mou Untuk Rakyat Bukan Untuk Ph Terbatal Jika Tidak Dipatuhi

Mou Untuk Rakyat Bukan Untuk Ph Terbatal Jika Tidak Dipatuhi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 104 hits
1 Ini MOU bukan CSA 2 KEADILAN dan PH kekal Pembangkang kita bukan sebahagian dari kerajaan dan ini bukan UG 3 Kita hanya setuju perkara perkara tertentu sahaja bukan memberi sokongan penuh atau memberi kepercayaan kepada Ismail Sabri 4 Per...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Sebab Apa Ahli Parlimen Tak Boleh Tukar Parti

Sebab Apa Ahli Parlimen Tak Boleh Tukar Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 195 hits
Ada cadangan untuk menggubal undang undang yang akan mengharamkan ahli parlimen menukar parti Bukan ke itu akan melanggar Perkara 10 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Wow Tudiaa Cucu Tak Yakin Lukisan Datuk Umur 82 Tahun Boleh Jual Tapi Berlaku Sebaliknya Cuma Dengan Sekali Promote

Wow Tudiaa Cucu Tak Yakin Lukisan Datuk Umur 82 Tahun Boleh Jual Tapi Berlaku Sebaliknya Cuma Dengan Sekali Promote

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 260 hits
Cucu tak yakin lukisan datuk umur 82 tahun boleh jual tapi berlaku sebaliknya cuma dengan sekali promote Ramai kirim salam kat atuk Syura tak sangka hebahan mengenai lukisan datuknya tular di Twitter REZEKI tak pernah salah alamat Begitulah...
4 Syarat Anak Usia 12 Boleh Menerima Vaksin Pfizer Perhatikan Juga Kemungkinan Efeknya

4 Syarat Anak Usia 12 Boleh Menerima Vaksin Pfizer Perhatikan Juga Kemungkinan Efeknya

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 224 hits
Anak anak 12 tahun ke atas sudah bisa menerima vaksin namun perhatikan dulu syarat syaratnya
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal