Motivasi Rezeki
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
MOTIVASI | REZEKI
Mengapa ramai dikalangan sahabat hari ini yang mengalami masalah kewangan ( rezeki).
Punca utama ialah tidak memahami konsep asas rezeki.
Bila kita bercerita tentang rezeki sudah pasti ianya termasuk duit, kesihatan, boleh bernafas, kasih sayang, kebahagiaan dan lain-lain lagi.
Namun sudah pastinya fokus ramai diantara kita ialah duit.
Tentu kita pernah dengar atau terbaca di mana-mana.
Bila kita kejar dunia, dunia akan lari dan apabila kita mengejar akhirat dunia akan mengikuti kita.
Adakah kita terfikir kenapa kita sukar untuk mendapatkan duit ?
Kerana duit itu adalah sesuatu yang berada di dunia ini.
Jadi jika kita kata perlu kejar duit untuk hidup kaya atau bahagia ianya adalah satu konsep yang salah dan berlawanan dengan konsep kehidupan yang sebenar.
Mungkin benar kita akan dapat duit tersebut tetapi kita pasti kepenatan kerana kita pasti akan kehilangan sesuatu yang lain.
Atau mungkin kita sudah perolehi duit tersebut namun akhirnya hilang dan hanya bersama kita untuk seketika.
Kita andaikan duit itu umpama rama-rama.
Selama ini kita diajar untuk kita menangkap rama-rama tersebut kita perlu menyediakan jaring, dan seterusnya kita perlu mengejar rama-rama tersebut.
Kebarangkalian hasil yang diperolehi ialah pertama, kita gagal untuk mendapatkan rama-rama tersebut dan kedua, kita dapat menangkap rama-rama tersebut tetapi mungkin rama-rama tersebut akan terbang semula apabila dapat melepaskan diri dari jaring.
Tetapi bagaimana sekiranya kita menggunakan konsep yang berbeza.
Kita sediakan sebuah taman yang penuh dengan bunga, sudah pasti rama-rama tersebut akan datang ke taman yang kita bina malah rasanya bukan sekadar seekor tetapi mungkin ianya mengundang lebih banyak rama-rama lagi.
Begitu juga dengan konsep rezeki, taman yang kita maksudkan itu ialah hati atau jiwa kita.
Sekiranya hati kita positif , tenang dan bahagia rezeki itu sendiri yang akan datang kepada kita.
Yang menjadi penghalang ialah kita memiliki hati yang tidak bahagia, penuh dengan kemarahan, kekecewaan dan sentiasa berfikiran yang negatif.
Jadi sentiasalah berusaha untuk menjaga hati supaya memiliki kebahagiaan dan kekayaan yang diinginkan. Seperti firman ALLAH
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (QS. Al-Qashash: 77)
Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami..(QS. 42: 52)
Persoalannya siapa hamba hambaNya yang dikendakinya itu?
Mari kita lihat ayat seterusnya:
......Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)
Ayuhlah kita mengubah diri menjadi lebih baik agar terus umat manusia dilimpahkan dengan rezeki yang lebih dahsyat supaya dapat membantu saudara saudaranya yang lain.
Wahai jiwa yang Merdeka ( tenang), kembalilah kepada ROBBmu dengan hati yang Redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU (Al-Fajr : 27-30).
Semoga kita benar-benar bebas dari dijajah selainNYA dan meletakkan ALLAH sebagai pergantungan total. Itulah kemerdekaan dan kebahagiaan yang sebenar bagi seorang hamba.
Apa yang anda terima saat ini adalah ujian.
Jika anda bersyukur, maka akan ditambah nikmatnya.
Jika tidak bersyukur, maka anda kembali diberi ujian yang sama.
Kredit : @pendidik4u
Moral of the story:
JANGAN TERLALU KEJAR DUIT, KERANA KITA TAK AKAN PERNAH PUAS...
TAPI LAKUKAN APA YANG BOLEH MENJEMPUT REZEKI TANPA KITA PERLU PENAT MENGEJARNYA... ITULAH REZEKI YANG LEBIH INDAH.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2018/11/motivasi-rezeki.html