Motivasi Hidup Dan Matematik Sifir X 7
Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca bloq yang dirahmati Allah swt selalu,dah agak lama juga bloq Apeyop ini menyepi dan bersarang labah labah juga lah kan. Yop seperti orang lain,punya kehidupan dan perlu menjalaninya juga seperti orang lain. Manusia keseluruhannya mempunyai kewajiban tanggungjawap masing-masing untuk ditunaikan, baik pada agama,keluarga , masyarakat, bangsa dan negara.
Hari ini Apeyop ingin mengajak para pembaca bloq yop dan memotivasikan diri kita semua berkenaan Hidup kita ini bersangkutan dengan Matematik.
Semua umum mengatahui, matematik adalah sangat penting dalam memainkan peranannya dalam urusan kehidupan
Dari segala lapangan,matematik jua yang akan kita hadap sama ada mahu atau tidak
Motivasi kali ini. Yop ingin mengajak kita semua berfikir tentang erti sifir kali 7
Bila kali terakhir kume orang baca sifir ?
Ada yang jawap,masa tingkatan 5 untuk ingat ingat balik sembang sembang kantin sebelum masuk dewan peperiksaan. Ada pula yang memberikan jawapan,akhir sekali menghafal sifir ni masa Darjah 6,sebab dah masuk sekolah menengah kira pejam mata pun dah expert la. Sonang bai.
Mesti para pembaca Apeyop tertanya-tanya, kenapa Yop ajak kami semua baca sifir 7 ni ? apa masalahnya Yop ?.Jawapannya,bukan masalah tapi mengajak kita semua berfikir tentang logiknya angka jawapan dalam sifir 7 ini. Apa logiknya Yop ?. Haa jom kita sama-sama rungkai jawapannya
7 x 1 = 7
Hidup umur manusia ini tak ubah seperti dalam jawapan sifir 7 . Mengapa? , ini kerana pada 7 x 1 = 7 . Pada umur manusia diusia 7 tahun yang bersifat kanak-kanak,bermain adalah sangat penting dari melakukan perkara lain yang bermanafaat. Ayah dan Ibu suruhlah apa pun,dalam pemikiran kita pada usia 7 tahun. Bermain dengan rakan sepermainan adalah lebih penting bila tiba masanya,tidak kira masanya pagi petang dan adakalanya sampai malam nak bermain sehingga ada satu tahap, Ayah dan Ibu panggil balik dan bawa rotan.. Itu stail zaman dulu lah. Degil,bukan kena rotan pun tapi rotan tu umpama simbolik la bagi mewujudkan perasaan takut dan silalah balik sebelum rotan hinggap kalau degil juga. Memang berbirat la dan sakitnya Nauzubillah.
7 x 2 = 14
Berpindah pula pada jawapan dalam sifir 7, yakni 7 x 2 = 14. Pada usia 14 tahun , manusia remaja pada ketika ini kebanyakkannya merasakan kebebasan adalah sangat penting dalam menyuarakan kehendak . Maka , tampa remaja itu sedar. Kita diusia remaja ini kerap rasa ingin mencuba suatu kelainan dari kebiasaan rutin. Sudah pandai melepak sampai lewat lewat malam dan ada yang lebih teruk dari itu,sudah mula terjebak dengan dadah dan jenayah seperti mencuri serta samseng jalanan bagi menunjukkan kehebatan diusia remaja. Bagi yang masih dalam kawalan, radio fm Ayah Ibu selalu buka siaran.Maka mungkin terbatas sedikit namun sikap ingin kebebasan itu sememangnya ada dan kerap disuarakan keinginan di dalam jiwa yang memberontak
7 x 3 = 21
Hidup ini makin bertambah usianya, acapkali tiba hari kelahiran bagi yang sering diraikan dengan tiupan lilin saban tahun. Pada usia di 21 tahun ini, kita marasakan bahawa pendidikkan dan penguasaan ilmu itu sangat penting bahkan sebelum sampai di usia 21 ini bagi remaja yang selalu diperingatkan melalui Ayah dan Ibu , Guru dan masyarakat dipersekitaran yang hampir akan mengingatkan sebelum mencapai usia di 21 tahun ini ilmu perlu diperkasa bagi menjamin masa depan yang lebih cerah jika ingin berjaya dalam hidup. Bagi yang masih dalam keseronokkan Cinta monyet dan sebagainya sebelum usia 21 ini,apabila sampai. Mereka merasakan betapa terkincitnya tercicir berbanding rakan sebaya yang berjaya ke menara gading. Akibat ingin berseronok sahaja. Pada usia 21 tahun ini, zaman mencari kerja sudah bermula. Jika tak juga mula cari kerja, mendengarlah selalu siaran radioAyah dan Ibu hingga di satu tahap merasakan rimas dan panas berada di rumah.. Umpama kata remaja sekarang, bernanah telinga,cair najis telinga bila kena letiran orang dipersekitaran. Rasa menyesal pulak tak belajar rajin rajin dan ke menara gading
7 x 4 = 28
Dari mengecap daerah cinta monyet remaja yang setiap remaja rasai beralih pula pada zaman berdarah panas. Bukan selama sebelum ini darah itu sejuk,tidak. Perumpamaan darah panas ini sekitar usia 23 tahun hingga 28 tahun atau lewat sedikit 29 tahun. Di mana,pada usia ini remaja sudah berada di tahap separa matang kedewasaan. Cinta remaja dahulunya bolehlah dianggap sebagai perkara enteng
Cinta,keinginan untuk berkeluarga. Beranak pinak, pengukuhan ekonomi dan kewangan adalah sangat penting. Rata ratanya sudah pandai menunding jari bila berdiskusi dalam bahasa indon atau dalam bahasa melayu pasarnya berbincang,jika lebih dalam lagi bahasa Malaysia kebangkuannya menara gading adalah berdebat membicarakan tentang soal ekonomi dan kewangan. Kiranya sudah pandai kira cucur atap kata orang tua tua kerana udah gatei nk menikah..kira jer pandai..susun atap belum tentu lagi
7 x 5 = 35
Beralih pada usia 35 tahun, umur pada tahap ini sudah berada tahap penting. Di mana,usia pada tahap ini semangat membuak buak keinginan untuk membina empayar sendiri. Bukan kena buka dan bina perniargaan,tidak. Empayar sendirian berhad ini adalah keinginan untuk pengukuhan kekeluargaan, tambah keanggotaan dalam barisan anggota keluarga,anak ler senang ceritanya. Yang gila sikit,tambah cawangan sebab mampu dan keinginan yang extrem. Keinginan memiliki aset seperti rumah,kereta,gajet dan baanyak lagi keinginan yang tak terbatas
7 x 6 = 46 ?
Selalunya manusia,pada unur 46 tahun mereka merasakan betapa ketinggalan dalam arus masa. Manusia keinginan meningkatkan pengumpulan harta sebanyak mungkin. Oleh itu, pada usia sebegini,manusia rakus dalam mengejar masa walaupun masa tidak merasakan ingin berlumba dengan manusia. Masa senangtiasa akan menang tampa perlumbaan. Manusia senantiasa rugi mengejar waktu melainkan mereka yang tahu
7 x 7 = 49
Pada saat ini , kita baru menyedari bahawa betapa kekayaan yang kita ada , cawangan yang kita miliki atas kekuatan nafsu , barisan keanggotaan ( anak anak ) dalam keluarga yang kita banggakan adalah tidak penting jika kesihatan tidak kita jaga.
Di zaman ini , kebanyakkan penyakit sudah mula mengintai kekasih untuk di lamar menjadi pasangan. Antara penyakit itu adalah kencing manis,darah tinggi,penyakit sendi dan kurang daya tahan badan melawan penyakit. Mula timbul kekesalan kita ketika sihat remaja dahulu tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam. Kebanyakkan masa kita , kita penuhi dengan kerja,makan,penat,tidur
7 x 8 = 56
Rata-rata kebanyakkan manusia yang berjaya. Pada usia ini, mereka sudah puas dan telah memiliki semua yang ada. Rumah,keluarga yang bahagia dan kewangan yang kukuh. Namun,ada juga yang kurang bernasip baik dan masih lagi mencari bagi mencukupkan keinginan.
Begitupun,apalah yang diertikan dengan kecukupan semua itu andai nikmat kasih sayang yang kita harapkan di usia emas ini kesepian dan kekosongan jiwa. Kekayaan tidak boleh membeli kasih sayang yang sejati / orignal.
7 x 9 = 63
Hidup mesti mau terus. Kesepian dan kekurangan kuderat tidak lagi sama seperti pada berdarah panas dahlu. Dalam kesepian itu , kembali manusia mengira cukupkah bekal amal yang akan dibawa ke sana kelak kerana pada tahap usia ini merupakan bonos buat manusia.
Rata-rata pada usia melakaui 60 dan ke atas banyak yang sudah menetap di kediaman gerenti milik abadi dan rumah mampu milik menyatakan pergi
7 x 10 = 70
Jika masih teguh berdiri namun akal manusia belum tahu lagi.
7 x 11 = 77
Patah sayap bertongkat pauh , usia yang meninggi perlu di daki jua dengan bantuanMasyarakat Persekitaran
7 x 12 =
Jika panjang umur,masih mempunyai kuderat yang kuat.Bertuahlah hidupuntuk melakukan perkara amal makruf
Namun rata rata di usia ini, jika panjang pun umur berbekalkan betery hayat
Beringatlah. Manusia tidak boleh menongkatkan langit buat selamanya.
Begitulah kitaran manusia dalam sifir 7.
Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan beralih meningkat kedewasaan serta paling akhir kita ini zaman warga emas.
Hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata.
Dunia juga penting untuk kelangsungan hidup namun Yop peringatkan jua diri sendiri dan para pembaca yang Yop kasihi
Akhirat adalah tempat abadi yang akan kita tempuhi.. Perbanyakkanlah amal bakti dan amalan yang soleh agar beroleh bekal kita untuk hari yang kita sendiri tidak mengetahui nasip untung dan baiknya kita
di padang mahsyar Allah sst..
Semoga perkongsian ini bermanafaat
buat pembaca Apeyop
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://apeyop.blogspot.com/2019/10/motivasi-hidup-dan-matematik-sifir-x-7.html