Motac Mahu Semula Kuasa Kawal Selia Bas Persiaran


 Kementerian berkata nahas maut 15 penuntut UPSI jejas program pelancongan menarik pelawat asing jika tiada jaminan keselamatan pengangkutan.
Motac berkata kesan nahas bas persiaran membawa penuntut UPSI menyebabkan banyak unit kerjasama dan institusi pelancongan menilai semula rancangan mereka. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berkata nahas bas persiaran meragut 15 nyawa penuntut  universiti mengundang kebimbangan antarabangsa terhadap mekanisme jaminan keselamatan pengangkutan negara
Dalam kenyataan Motac berkata, justeru pihak kementerian meminta kawal selia pengangkutan pelancongan termasuk bas persiaran dikembalikan sepenuhnya bawah bidang kuasanya bagi memulihkan keyakinan awam.
“Mereka yang terlibat dalam program pelancongan dan pertukaran pelajar dari Asean, Timur Tengah, China, Jepun, dan Korea telah menyatakan kebimbangan serta kurang yakin terhadap mekanisme jaminan keselamatan pengangkutan pelancongan negara kita.
“Lebih membimbangkan, banyak unit kerjasama dan institusi telah menilai semula rancangan asal mereka,” katanya sambil menambah lebih 500 pelajar pertukaran antarabangsa dijadual datang ke Sabah pada penghujung Jun hingga Ogos ini.
Motac turut meluahkan kebimbangan terhadap kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan serantau bakal terancam, sekiranya gagal menjamin keselamatan pengangkutan pelancongan.
Menurutnya, pihaknya pernah memegang kuasa penyeliaan berkenaan di seluruh negara mengikut Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594) suatu ketika dahulu.
“Namun, kuasa tersebut kemudian telah dipindahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan kini kementerian hanya mengekalkan kuasa untuk Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, dan Sarawak.
“Selepas pemindahan kuasa ini, tiada rangka kerja pengawalseliaan menyeluruh serta memenuhi keperluan keselamatan pelancong dan piawaian antarabangsa tidak dapat diwujudkan. Hal ini menyebabkan situasi ‘kelompangan pengawalseliaan’ pada masa ini,” katanya.
Katanya, sungguhpun cadangan mengenai penambahbaikan kualiti pengangkutan pelancongan awam pernah dikemukakan antaranya had lapan jam pemanduan harian dan ujian air kencing, ia masih gagal dilaksanakan sepenuhnya kerana ‘di luar kuasa’ kementerian.
“Motac menyeru semua kementerian termasuk Kementerian Pengangkutan memandang serius kesan berantai daripada kelompongan pengawalseliaan ini dan mempercepatkan proses mengembalikan kuasa sebagaimana termaktub dalam undang-undang.
“Dengan ini, kita dapat membina semula imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan setara dengan piawaian antarabangsa,” katanya.
Seramai 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas bas dinaiki melanggar Perodua Alza, sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, dekat Tasik Banding, awal pagi 9 Jun. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/06/motac-mahu-semula-kuasa-kawal-selia-bas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 162 hits
KUALA LUMPUR Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perodua Alza di Jala...
Tragedi Jalan Jeli Gerik Bas Bawa Pelajar Upsi 15 Nyawa Terkorban

Tragedi Jalan Jeli Gerik Bas Bawa Pelajar Upsi 15 Nyawa Terkorban

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 96 hits
Hasrat pulang belajar bertukar tragedi Mereka cuma mahu pulang melepas rindu menatap wajah keluarga berkongsi cerita tentang kelas pensyarah dan cita cita Namun takdir berkata lain Di Jalan Jeli Gerik tragedi pilu meruntun jiwa rakyat Malay...
Tragedi Bas Upsi Bas Tu Sepatutnya Abah Bawa

Tragedi Bas Upsi Bas Tu Sepatutnya Abah Bawa

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 84 hits
Di sebalik tragedi yang mengorbankan nyawa dan merentap hati banyak pihak terselit satu kisah kecil kisah seorang ayah yang hampir memandu bas tersebut tetapi memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur demi anak anak Pemandu bas yang sepatutnya m...
Saya Pulang Kampus Lebih Awal Pelajar Terselamat Tragedi Bas Upsi

Saya Pulang Kampus Lebih Awal Pelajar Terselamat Tragedi Bas Upsi

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 117 hits
Mereka bukan sekadar penumpang mereka adalah anak sahabat bakal guru pembawa harapan bangsa Tapi dalam sekelip mata semuanya diragut dalam tragedi yang tak terjangka Bas yang sepatutnya membawa mereka pulang akhirnya membawa sebahagian dari...
Bas Jelas Dipandu Laju Polis Terima Bukti Penting Nahas

Bas Jelas Dipandu Laju Polis Terima Bukti Penting Nahas

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 85 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Rakaman kamera papan pemuka yang didakwa melibatkan nahas maut mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris memaparkan bas dipandu laju sehingga terbabas merempuh penghadang jalan Ketua Polis Perak N...
Polis Terima Bukti Penting Nahas Rakaman Kamera Papan Pemuka Yang Tular Bukti Jelas Bas Dipandu Laju

Polis Terima Bukti Penting Nahas Rakaman Kamera Papan Pemuka Yang Tular Bukti Jelas Bas Dipandu Laju

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 76 hits
IPOH Rakaman kamera papan pemuka yang didakwa melibatkan nahas maut mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris memaparkan bas dipandu laju sehingga terbabas merempuh penghadang jalan Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Noordi...
Tular Video Dashcam Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Allah Lajunya

Tular Video Dashcam Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Allah Lajunya

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 96 hits
Terbaru tular video dashcam daripada kereta lain yang memaparkan kejadian semasa kemalangan bas yang membawa pelajar pelajar UPSI Dapat dilihat dalam video tersebut bas berkenaan cuba memotong sebuah kereta di jalan tersebut tetapi hilang k...
Nahas Bas Upsi Apad Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat

Nahas Bas Upsi Apad Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 111 hits
KUALA LUMPUR Agensi Pengangkutan Awam Darat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding Gerik yang mengorbankan 15...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing