Tu diaa…bukan main ramai pengunjung! Masa ni sekitar pukul 8 pagi, cuaca mendung dan hujan gerimis yang halus. Selepas meletakkan kereta di ruangan parkir (sebelah kanan dalam gambar), kami pun menyertai pengunjung lain untuk ke bahagian atas di mana terletaknya Empangan Mengkuang. Laluan untuk ke bahagian atas ni perlu mendaki dan agak jauh jugak
Sampai di atas, ada semacam dataran. Kemudian ada pilihan laluan ke kanan dan ke kiri. Terpulanglah kita nak mulakan arah mana satu dulu
Pemandangan dari atas - luas kawasan parkir yang disediakan. Tandas ada berhampiran pintu masuk ke kawasan ini, berhadapan dengan pos kawalan polis bantuan
Di bahagian atas ni, kita boleh menikmati pemandangan Empangan Mengkuang yang menenangkan. Ada tembok keselamatan, tak boleh turun ke kawasan berbatu tu tau. Malah sebenarnya ada papan tanda melarang pengunjung naik/duduk di atas tembok. Tapi ramai je yang duduk atas tembok untuk berfoto, bahaya kalau terjatuh
Saya dan encik suami sekadar melakukan aktiviti morning walk. Kami mulakan laluan ke kiri, kemudian kembali ke tengah (kawasan semacam dataran tadi) dan selepas tu ke laluan kanan pulak. Memang kebanyakkan pengunjung cuma berjalan kaki sambil berbual dan menikmati pemandangan. Ada juga yang berjoging, tapi tak begitu ramai. Masa kami di sini, angin bertiup agak kencang. Jadinya terasa nyaman je, tambahan pulak masa ni masih mendung
Nun di hujung sana, ada pagar menandakan pengakhiran laluan rekreasi. Pagar begini ada di kedua-dua hujung laluan - kanan dan kiri
Waktu operasi dan peraturan di sini
Alhamdulillah selesai aktiviti morning walk kami yang pertama di Empangan Mengkuang. Jarak keseluruhan dari titik mula (gambar pertama) sehingga tiba semula di titik yang sama adalah sejauh 6.45 km. Saya rekodkan guna Samsung Galaxy Watch. Fuh, pecah rekod sendiri untuk tahun 2022 ni! Dapatlah hampir 10 ribu langkah untuk pagi ini. Alhamdulillah! Gitulah kan…orang tak biasa buat morning walk, joging memang jauh sekali. Sekali dapat jalan sejauh ini pun dah rasa cukup seronok 🤭
Dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah makan di Restoran Fauzan. Pertama kali kami makan di sini. Ingatkan menu sarapan sebab baru pukul 10 pagi. Tapi rupanya kat sini jual nasi campur. Makanya teruslah kami brunch (breakfast + lunch). Semuanya panas-panas, berselera sungguh kami makan. Lepas tu konon tak mau minum manis, eh kalah pulak bila nampak mango coconut shake 😅|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |