Moral Elit Politik Makin Parah


KRISIS politik negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) belum lagi menampakkan sebarang tanda akan berakhir.

Meskipun blok-blok politik sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September lalu, namun ketegangan politik masih berlaku.

Terbaharu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali daripada blok politik yang sama sehingga menatijahkan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Keadaan itu sekali gus menyaksikan kerajaan negeri Melaka hilang majoriti, selepas hanya mempunyai 13 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hal ini menunjukkan sikap kelicikan sesetengah ahli politik yang penuh tipu daya konon berjuang atas nama rakyat.

Elit politik sudah sekian lama dianggap sebagai golongan penuh akal busuk, rencana jahat yang sering menciptakan senario menakutkan kepada rakyat bagi mewajarkan setiap tindakan tidak bermoral yang diambil.

Apa yang berlaku kebelakangan ini memperlihatkan kaburnya batas-batas moral.

Ukuran-ukuran moraliti tidak lagi menjadi pegangan sebahagian besar elit politik.

Tindakan melompat parti sehingga meruntuhkan kerajaan yang sah, persengketaan sesama rakan politik gabungan sehingga membawa kepada pertukaran Perdana Menteri dan Ketua Menteri menunjukkan negara sedang berhadapan krisis legitimasi moral.

Hal ini menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap elit politik semakin pudar.

Dalam keadaan tersebut, apa sahaja yang direncanakan oleh elit politik atau kerajaan tidak lagi dipercayai oleh rakyat.

Parlimen atau DUN yang dianggap sebagai pentas memecahkan segala kemelut masalah penduduk tidak lagi dihormati dan dipercayai oleh rakyat.

Ketidakpercayaan terhadap badan legislatif akhirnya membawa kepada ketidakpercayaan terhadap sistem pemerintahan.

Ketidakpercayaan rakyat terhadap elit politik disebabkan kelompok tersebut dilihat sering mempermainkan moraliti, tatasusila, perilaku dan akhlak.

Apa yang dilakukan oleh elit politik tidak lebih hanya sekadar suatu permainan keadilan yang sering memanipulasi kelompangan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, negara memerlukan satu generasi elit politik yang benar-benar baharu dan segar dengan menampilkan unsur kepimpinan berjiwa besar dengan menjadikan pandangan daripada ahli akademik, cendekiawan dan pakar-pakar bidang tertentu sebagai panduan mengurus tadbir dan merangka dasar-dasar untuk negara.

Tiada gunanya menjadi pemimpin agung tanpa menjadi manusia agung yang bertanggungjawab terhadap sesuatu hal yang lebih besar dan utama daripada dirinya sendiri iaitu rakyat.

DR. ILYAS ABDULLAH, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi,UiTM Pahang Kampus Raub


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/moral-elit-politik-makin-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Ahmad Maslan Cadang Gubal Akta Dana Politik

Parlimen Ahmad Maslan Cadang Gubal Akta Dana Politik

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 285 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan Akta Dana Politik dengan segara kerana menyifatkan dirinya menjadi sendiri menjadi mangsa SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub ...
Keluarga Adib Jadi Mangsa Politik Melayu Isle

Keluarga Adib Jadi Mangsa Politik Melayu Isle

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 222 hits
Ibu Adib kecewa dan sangat bersedihNORMAN RADZUANSaya sedih sgt bila melihat kedua wajah ibu bapa arwah Adib Nyata dari raut wajah mereka ini orang yg baik baik lemah lembut orangnya Isu anak mereka telah dijadikan modal utk pemimpin pemimp...
Politik Rimba Pas Kedah Akibat Berkawan Dengan Umno

Politik Rimba Pas Kedah Akibat Berkawan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 215 hits
OKTOBER 1 2021 Politik rimba Pas Kedah Penyelaras DUN Pengkalan Kundur adalah YDP Pas Kawasan Kuala Kedah beliau dikatakan telah menghalang kehadiran YB Adun Pengkalan Kundur sebagai seorang sukarelawan KKM untuk program vaksinasi di dalam ...
Suami Ahli Politik Ditahan Cederakan Anak Tiri Semasa Perbincangan Harta Pusaka

Suami Ahli Politik Ditahan Cederakan Anak Tiri Semasa Perbincangan Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 260 hits
Suami kepada seorang ahli politik ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan anak tirinya baru baru ini Menurut laporan Berita Harian lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau Melaka pada 25 S...
Tanpa Kejujuran Politik Ph Tak Sokong Belanjawan 2022

Tanpa Kejujuran Politik Ph Tak Sokong Belanjawan 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 332 hits
Kejujuran politik amat perlu untuk menjayakan memorandum kerjasama yang ditandatangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kejuju...
Halang Adun Amanah Jadi Sukarelawan Ternyata Pas Masih Amal Politik Rimba

Halang Adun Amanah Jadi Sukarelawan Ternyata Pas Masih Amal Politik Rimba

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pas menghalang Adun Pengkalan Kundur Dr Ismail Salleh dari AMANAH untuk menjadi sukarelawan di program vaksinasi ternyata parti Islam itu masih mengamalkan politik rimba demikian menurut AJK AMANAH Nasional Ridzwan...
Walaun Nak Jaja Apa Lagi Diketika Pas Didalam Kerajaan Aak Makin Subur Atau Macamana

Walaun Nak Jaja Apa Lagi Diketika Pas Didalam Kerajaan Aak Makin Subur Atau Macamana

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 253 hits
HAMZAH RIE NASejak Lebai PAS berada dalam kerajaan dan jadi Menteri Agama negara semakin cemerlang indutsri araknya sehingga menghasilkan minuman kesihatan anggur buatan Malaysia TAKDIRRR walauunn SR
Perghh Budak Chilik Ni Makin Menjadi Jadi Sejak Dapat Kaki Handal Lambung Botol Air

Perghh Budak Chilik Ni Makin Menjadi Jadi Sejak Dapat Kaki Handal Lambung Botol Air

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 297 hits
Makin menjadi jadi sejak dapat kaki Handal lambung botol air tendang bola pun padu patutlah coach bukan calang calang Malulah kalah dengan anak Sabtu 16 Oktober 2021 3 30 PMOleh SHUHANIZA SAIDKemahiran yang dimiliki Adam membuatkan netizen ...
Dari Tabung Penyu Kini Ke Tabung Emas Sikit Sikit Jadi Makin Lumayan Berbaloi Simpan

Dari Tabung Penyu Kini Ke Tabung Emas Sikit Sikit Jadi Makin Lumayan Berbaloi Simpan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 173 hits
Semua orang punya cara tersendiri untuk menyimpan Ada yang gemar menyimpan dengan membuat potongan dari gaji bulanan seperti biasa namun ada juga yang menyimpan duit dari lebihan hasil pekerjaan sampingan Macam macam cara namun semua ini di...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kesalahan Ejaan Dalam Bahasa Melayu Isu Biasa Yang Perlu Diperbetulkan

Kebun Halaman Rumah

Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast