Moq Pula Vaksin
Hari Khamis lepas,Giliran si Moq pula cucuk vaksin Covid dos pertama
Jadual tulis jam 10.30 pagi
Tapi cikgu suruh datang pukul 9 - 10
Cikgu siap call sehari sebelumnya untuk ingatkan ibu bapa..
Malamnya tu whatsapp lagi sekali..
Terima kasih cikgu..
Esoknya... jam 9 pagi kami dah sampai ke dewan tempat PPV
Tapi, macam abang hari tu..
Ibu bapa tak dibenarkan masuk
Cuma kali ni,Disuruhnya mak bapak tinggalkan handphone yang ada daftar mysejahtera anak tu diberi kepada anak,Heh.. memang tak la.
"Tak boleh puan, memang kena bagi mysejahtera tu untuk anak scan"
"Sorry tak boleh bagi. Pandai pandaila petugas kt dalam tu nak buat macam mana. Saya dah sign surat kebenaran. Lagi pun mana boleh bagi handphone mak bapak pada anak. Privacy."
Lagipun kita kenal karektor anak anak..
Yang mana cuai... yang mana teliti..
Jadi, MY tak bagi pun handphone MY kat anak
Dia bawa handphone PDPR dia je. MY tak install MY Sejahtera kat handphone anak anak sebab kalau keluar rumah,Anak anak tak dibenarkan bawa handphone pun selalunya
Selesai cucuk, pukul 11.40 pagi. Haa... boleh pun cucuk tanpa mysejahtera. Janganlah assume semua pelajar ada handphone dan kredit. Korang kat Pontian je kot..
Lainlah kat Bangsar ke, kat Bukit Antarabangsa ke kann...
Walaupun panas... tapi ada khemah dan kerusi.
Ok sikitla..
Abang hari tu 2 jam beratur tanpa khemah dan kerusi,Ni dah ada penambahbaikan sikit la kot
Tapi sibuk nak mysejahtera pula.
Wey..
Anak MY tinggalkan botol air termos kat PPV tu
Sayang wei... termos tu tahan lama air panas/sejuk dalam tu
Mahal gak beli..
Kalau MY bagi handphone MY hari tu,Haruslah dengan handphone tu sekali dia cicirkan...hehehe..
Abang Moq sado macam atok atok jantannya
Kulitnya pun ireng macam abah MY. Abah mentua pun sama...ireng juga
Tapi rasanya.. ni sebab masa mengandung Moq,MY selalu betul bergaduh dengan workers Bangladesh kat site dalam UTM dulu. Ada sumpahan agaknya... hahaha..gurau je
Dah baka nya gelap gelap..
Mana datang anak yg putih bak kapas kannn.
Lepas ni..
Tunggu untuk dos kedua pula.
Mudah mudahan semuanya baik baik aje..
Aminnn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2021/10/moq-pula-vaksin.html