Mooncake Festival Bertema Moonlit Splendour Di Dorsett Grand Subang
Mooncake Festival Bertema Moonlit Splendour Di Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum semua.. Guyss, Mooncake Festival akan diraikan pada 17 September 2024 nanti. Walaupun perayaan Kuih Bulan ini disambut oleh kaum Cina tetapi keenakan mooncake ataupun kuih bulan ini juga menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Bagi yang beragama Islam, jika ingin mencari kuih bulan yang Halal, boleh baca entri ini sehingga habis ye.
Bersempena dengan Perayaan Kuih Bulan ataupun Mooncake Festival pada tahun ini, Dorsett Grand Subang turut menawarkan pelbagai jenis mooncake dengan bertemakan Moonlit Splendour. Kali ini, sekali lagi Dim Sum Chef Chan of The Emperor Chinese Restoran sekali lagi menjadi tumpuan utama dengan pelbagai variasi kuih bulan buatan tangan yang sesuai untuk dihadiahkan dan untuk meraikan majlis yang meriah ini bersama keluarga dan rakan-rakan
Untuk pengetahuan semua, kuih bulan Dorsett Grand Subang adalah buatan tangan sendiri tau dan bahan yang digunakan adalah premium, tanpa bahan pengawet dan pewarna. Paling penting, kuih bulan disahkan HALAL dan dijamin kesegarannya serta mempunyai rasa yang luar biasa. Ha, boleh la menikmati keenakan kuih bulan tanpa rasa was-was
Untuk pilhan mooncake di Dorsett Grand Subang ni ada 2 seleksi iaitu :
1) Classic Mooncake ✅ White lotus paste with double yolk @RM55 setiap satu;✅ White lotus paste with single yolk @RM46 setiap satu;✅ Pure white lotus paste @RM43 setiap satu;✅ Pandan lotus paste with single yolk @RM46 setiap satu;✅ Pure red bean paste @RM38 setiap satu✅ Six coarse grains paste @RM46 setiap satu
2) Snow Skin Mooncake✅ Signature Dorsett Blue Mooncake @RM46 setiap satu✅ Lychee paste with red dragon fruit snow skin @RM43 setiap satu✅ Pandan lotus paste with single yolk snow skin mooncake @RM46 setiap satu✅ Honey lemon paste with single yolk snow skin mooncake
@RM46 setiap satu✅ Premium musang king durian snow skin mooncakes @RM68 setiap satu
Selalunya kuih bulan ni bukan sahaja untuk dimakan sendiri tetapi ada juga yang beli untuk dijadikan sebagai hadiah kan. Untuk yang mencari kuih bulan sebagai hadiah boleh la beli Set Celestial Gift Box dengan pilihan sama ada 4 Classic Mooncake atau 4 Snow Skin Mooncake. Set Celestial Gift Box ni berharga RM220 nett untuk Classic Mooncake dan RM182 nett Snow Skin Mooncake (tidak termasuk durian musang king premium)
Aha, sekarang ada promosi istimewa untuk menikmati penjimatan yang lebih besar. Bagi yang buat tempahan kuih bulan sekarang boleh nikmati diskaun 20%. Promosi ini sah sehingga 15 Ogos 2024. Bagi tempahan korporat 10 hingga 29 kotak, diskaun 20% akan diberikan. Tempahan 30 kotak dan ke atas akan menikmati diskaun 25% dalam satu resit
Untuk pesanan individu, log masuk ke www.dorsettbooking.com atau e-mel ke
[email protected]Untuk pesanan korporat, sila e-mel ke
[email protected] atau hubungi +603 5031 606o
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2024/07/mooncake-festival-moonlit-splendour.html