Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung Tempat Tarikan Baru Di Pahang
Monemun Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang Assalamualaikum dan Hai. Seperti yang kita sedia maklum, Temerloh begitu sinonim dengan gelaran Temerloh, Bandar Ikan Patin. Bila sebut je Temerloh memang terus terbayang ikan patin masak tempoyak kan? Namun kini, Temerloh telah ada lagi satu gelaran iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung(TTTS).
Sumber Gambar : FACEBOOK
CR berpeluang singgah ke Monumen TTTS semasa ontheway ke Kuala Lumpur melalui jalan lama. Tapi kelihatan tempat ini masih belum dibuka untuk orang awam sepenuhnya. Cuma ada yang singgah sebentar untuk bergambar sahaja. Untuk tahun 2020 CR tak pasti sama ada sudah dibuka sepenuhnya atau belum
Kawasan TTSI agak luas juga dan sangat la cantik landskapnya. Hanya perlu singgah di tepi jalan-parking kereta- berjalan kaki sedikit untuk ke monumen tersebut
View this post on Instagram
A post shared by House of Pahang (@houseofpahang) on Aug 26, 2019 at 4:48am PDT
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Persembahan dan Taklimat dan Lawatan Titik Tengah Semenanjung pada 26 Ogos 2019 . Kebawah Duli Tuanku telah dipersembahkan taklimat mengenai monumen tersebut dan kompleks Titik Tengah Semenanjung oleh East Coast Economic Region (ECER) - sumber Instagram House Of Pahang.
6 Fakta Menarik Mengenai Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung1. Daerah Temerloh bukan sahaja terkenal dengan Bandar Ikan Patin, malah kini mempunyail kedudukan Titik Tengah Semenanjung Malaysia
2. Terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh
3. Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih utk mengambilkira kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut
4. Titik rujukan peta boleh dirujuk sebagai:
03 29 33U / 102 13 10T3.4925U / 102.219444TRSO: X 469519.6934 / Y 386358.7627
5. Titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020)
6. Mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam
Sebelum ini ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah semenanjung Malaysia tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos
Selain monumen tersebut, TTTS yang menggunakan konsep hentian sebelah menawarkan plaza komersial iaitu empat gerai, tandas, wakaf, surau, tempat persinggahan bas pelancong, kawasan rekreasi dan permainan kanak-kanak
Jika kebetulan anda ke Temerloh boleh la singgah di monumen titik tengah tersebut. Salah satu mercu tanda yang mesti dilawati oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Pahang. Untuk mencari lokasi, salin dan tampal pada search Google Map titik ni : 3.4945, 102.2198. Lokasinya senang dicari, di tepi jalan sahaja. :)
Baca ni juga.
http://renex89.blogspot.com/2015/08/kuala-gandah-lanchang.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://renex89.blogspot.com/2020/01/monumen-temerloh-titik-tengah.html