Monopoli Punca Ketidakcekapan Rfid


Ahmad Mustakim Zulkifli Pakar ekonomi mencadangkan lebih ramai pemain e-dompet dibenarkan sediakan perkhidmatan RFID, tambah nilai.

Lorong kad Touch 'n Go serta SmartTAG tetap beroperasi di semua lebuh raya dan ia hanya akan diberhentikan secara berperingkat, mengambil kira kepada kadar penggunaan RFID dan kesediaan lorong RFID. Muhammad Akmal Aminudin Baki dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi, Selangor setelah berurusan di Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.00 petang pada Isnin apabila dia menyedari sesuatu yang luar biasa berlaku.
Ribuan kenderaan di lebuh raya lingkaran tengah 2 (MRR2) seakan-akan tidak bergerak langsung.
“Saya memang kerap berulang-alik dari Bangi ke Kuala Lumpur. Kebiasaannya, dari Melawati ke tol Sungai Besi hanya setengah jam, namun pada hari itu saya terperangkap hampir dua jam,” katanya kepada MalaysiaNow.
Seperti beribu pengguna jalan raya lain, Akmal antara “mangsa” ketidakcekapan pelaksanaan RFID di tol PLUS yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
Dia yang keluar dari Melawati pukul 6.15 petang itu hanya tiba di plaza tol Sungai Besi hampir pukul 8.00 malam.
“Jika kita tiada apa-apa urusan penting, mungkin masalah tidak besar.
“Tetapi bagi mereka yang ada kecemasan, tak boleh buat apa-apa melainkan tunggu dalam kesesakan,” katanya.
Dia yang berniaga sendiri itu bercadang ingin mendapatkan pelekat RFID untuk kenderaannya, namun mahukan perkhidmatan yang lebih baik daripada pengendali sistem itu setelah mempunyai pengalaman terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Terdahulu, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan transaksi tol menggunakan RFID dilaksanakan di semua tol plazanya bermula 15 Januari lepas.
Bagaimanapun, implementasi itu hanyalah indah khabar dari rupa apabila lebuh raya mengalami kesesakan akibat kegagalan membaca pelekat RFID.
Pengendali lebuh raya itu pula mengakui kelemahan dalam mengimplementasi RFID di beberapa plaza tol PLUS baru-baru ini.
Aduan turut dibuat mengenai kualiti pelekat RFID yang didakwa mudah rosak selain harganya yang tidak masuk akal pada RM35.
Rata-rata pengguna juga tidak berpuas hati dengan pelaksanaan teknologi itu yang dikatakan tidak sehebat negara luar.
Pakar ekonomi Putra Business School, Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan wajar membenarkan pengendali e-dompet lain untuk turut menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan pembelian RFID.
“Saya fikir PLUS hendak benarkan pengendali e-dompet lain tapi mungkin ada isu dari segi kontrak atau perundangan. Isu besarnya ialah perkhidmatan ini membabitkan monopoli Touch N Go,” katanya kepada MalaysiaNow.
“PLUS, dan CIMB selaku pemilik Touch N Go perlu bekerjasama untuk pastikan pelanggan mempunyai pilihan.”
Razman berkata, harga pelekat RFID juga boleh turun dengan mendadak sekiranya ada persaingan dalam kalangan pengendali berbeza.
Ini bukan kali pertama negara menyaksikan masalah sistem pembayaran di lebuh raya.
Sebelum 2003, lapan daripada 15 operator tol di negara tidak menggunakan Touch N Go sebagai sistem pembayaran.
Lebuh raya Kesas, LDP and Sprint contohnya, menggunakan sistem yang dikenali sebagai Fastrak.
Menteri kerja raya pada ketika itu, Samy Vellu kemudian mengumumkan penggunaan satu sistem untuk semua lebuh raya.
Beberapa tahun lepas, syarikat Touch N Go dikritik kerana tidak menyediakan kemudahan yang secukupnya untuk pengguna PLUS menambah nilai kad.
Ini mengakibatkan beberapa pengguna malang terpaksa menukar laluan, atau memberhentikan kenderaan di plaza tol untuk menambah nilai di kiosk Touch N Go, atau stesen-stesen minyak.
Seorang pakar keselamatan jalan raya pula mencadangkan agar pengimbas kad Touch & Go turut disediakan di laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sebagai sokongan bagi mengelakkan kesesakan.
Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya di Universiti Putra Malaysia, Law Teik Hua berkata, langkah itu boleh diambil sementara menunggu pelaksanaan sistem RFID stabil.
“Kes kegagalan kenderaan yang mempunyai pelekat RFID untuk melepasi tol mesti direkodkan dan disiasat,” katanya kepada MalaysiaNow.
Cadangan itu senada dengan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pengguna jalan raya diberi pilihan selain RFID.
Teknologi RFID, menurut Law, sememangnya jauh lebih maju daripada pancaran infrared yang digunakan dalam Smart Tag.
Antara kelebihannya ialah ia boleh digunakan tanpa peranti dan bateri.
“RFID diimplementasi di Malaysia pada 2017. Transisi dan penambahbaikan sistem tol perlu dijalankan secara berperingkat untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik. Ini sebabnya tunai tidak lagi diterima di plaza tol.
“Bagaimanapun, tiada kajian dilaksanakan untuk menyiasat masalah teknikal yang timbul dengan pelaksanaan sistem RFID di plaza tol, terutamanya penggunaan pelekat RFID dan pengimbas sistem,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/monopoli-punca-ketidakcekapan-rfid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Rfid Banyak Kelemahan Kenapa Perlu Terburu Buru

Sistem Rfid Banyak Kelemahan Kenapa Perlu Terburu Buru

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 236 hits
Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio yang dimulakan di plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan mulai Januari 2022 dipersoalkan oleh penguna kerana terdapat beberapa kelemahan Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Johor Fi...
Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 199 hits
Isu RFID PM gesa pengguna diberi pilihan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio Touch n Go atau Smart Tag Beliau berkata tidak mahu ada tekanan diberi...
Rfid Najib Jugak Yang Nak Jadi Hero

Rfid Najib Jugak Yang Nak Jadi Hero

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 206 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pelekat Identifikasi Frekuensi Radio dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sekeping walaupun kos sebenar hanya kurang RM1 Najib menerusi kenyataan di Facebooknya ...
Harga Baharu Untuk Pelekat Rfid

Harga Baharu Untuk Pelekat Rfid

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 193 hits
Oleh Pengguna PLUS boleh menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di Plaza Tol sejak 15 januari lalu GAMBAR Abd Razak Aid HARGA pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio dijangka akan berubah memandangkan banyak...
Jangan Terlalu Drastik Laksana Rfid Kekalkan Smart Tag Dan Touch N Go

Jangan Terlalu Drastik Laksana Rfid Kekalkan Smart Tag Dan Touch N Go

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 162 hits
Oleh MOHD HAFIZ ABD MUTALIB ARAU Pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio tidak sepatutnya tergesa gesa sebaliknya memerlukan kajian lebih mendalam agar tidak menyusahkan rakyat selain menyebabkan kesesak...
Rfid Kos Rm1 Jual Sampai Rm35

Rfid Kos Rm1 Jual Sampai Rm35

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 309 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pelekat Identifikasi Frekuensi Radio dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sekeping walaupun kos sebenar hanya kurang RM1 Najib menerusi kenyataan di Facebooknya ...
19 01 2022 Fokus 4 45 Rfid Jualan Untungkan Kroni Bebankan Rakyat

19 01 2022 Fokus 4 45 Rfid Jualan Untungkan Kroni Bebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 260 hits
Kerajaan dan PLUS digesa untuk lebih fleksible dalam penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio dalam pelaksanaan transaksi tol dengan tidak memansuhkan penggunaan kad Touch n Go yang sedia ada
Keluhan Pengguna Mengenai Rfid

Keluhan Pengguna Mengenai Rfid

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 157 hits
Kenapa la bnda ni menyusahkan kata makin menyenangkan Dahla kena beli 35 hengget kredit tak ada dalam tu mahal sungguh stiker ni pastu kalau ada kereta 40 biji kena beli 40 kepingDalam guide dia utk tampal ada dua pilihan 1 kat lampu 1 lg k...
Kerana Rfid Bermasalah Pengguna Dicaj Rm38 87 Untuk Perjalanan Jalan Duta Rawang

Kerana Rfid Bermasalah Pengguna Dicaj Rm38 87 Untuk Perjalanan Jalan Duta Rawang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 193 hits
Oleh Pengguna PLUS boleh menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di Plaza Tol sejak 15 januari lalu GAMBAR Abd Razak Aid PENGENALAN kemudahan RFID yang ditunggu tunggu bertujuan untuk memudahkan pengguna lebuh raya akhirny...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah