Momen Bersama Kak Wan


 
Selamat Datang Oktober. Alhamdulillah. 
MOMEN BERSAMA KAK WAN ❤️


Saya telah berkongsi momen bersama Kak Wan dalam beberapa coretan saya di FB sebelum ini. 


Apabila saya diminta untuk nyatakan apa yang terlintas dalam hati dan fikiran saya mengenai seorang wanita, yang saya, antara ramai diminta memanggil dirinya, Kak Wan, perkara pertama yang saya wajib lakukan ialah jujur dengan diri sendiri. 


Kak Wan seorang insan, seorang ibu, seorang wanita seperti saya dan wanita-wanita lain yang saya kenali. Kecekalan, kesabarannya sangat dikagumi, namun ada saja wanita diluar sana juga yang sangat sabar dan cekal melalui ujian kehidupan dan mereka tidak dikenali. Bersama mengharungi liku-liku kehidupan bersama seorang lelaki bergelar suami.


Saya juga pernah berbulan-bulan, berseorangan membesar anak-anak ketika suami berada di luar negara, tapi suami Kak Wan dianiaya dipukul, diterajang, dipenjara!


Saya juga pernah berjimat, mengekang nafsu kerana suami bergaji kecil, TAPI Kak Wan suaminya Timbalan Perdana Menteri Malaysia!


Saya juga pernah ditipu wang ringgit, difitnah, seperti insan lain dalam urusan dunia, TAPI Kak Wan menjadi mangsa oleh mereka yang memegang kuasa. 


Lalu bagaimana saya mahu menggambarkan Kak Wan? Saya pernah membaca tentang bagaimana Saidatina Khadijah, isteri kepada Rasulullah s.a.w. seroang insan paling mulia, kekasih Allah. Saya menghayati bagaimana seorang wanita mulia berjiwa besar seperti Saidaitina Khadijah meyakini pengalaman Jibril a. s. menemui suaminya di Gua Hira. 


Bagaimana beliau menyelimuti tubuh suaminya yang menggigil, tidak mentertawakan atau mempersenda pengalaman suaminya. Beliau malah membantu menemukan Baginda s.a.w. dengan ayah saudaranya yang mengesahkan kerasulan dan beriman dengan Baginda s.a.w. sehingga ke hujung nyawa. Dari seorang wanita yang kaya di kota Mekah habis hartanya dibelanja untuk perjuangan suaminya. Sentiasa disamping suami memberi kekuatan, tatkala Baginda s.a.w. dicerca, dihina, difitnah sebagai ahli sihir dan orang gila! Sedikit tidak luntur keyakinan dan kasih beliau terhadap suaminya. 


Saya menghayati cerita Saidatina  Khadijah, mengagumi dan mencemburui peluang yang dianugerah Allah kepadanya, ibu kepada seluruh Muslimah. Namun saya sedar bahawa Allah SWT memberi ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya. 
Saya hanya mengenali Saidatina Khadijah melalui pembacaan saya dan ia meruntun jiwa ini dan saya menyayanginya. 


Allah memberi peluang kepada saya dalam hidup ini mengenali Kak Wan melalui perjuangan suaminya yang didokong saya sekeluarga. Walau tidak tinggal bersama Kak Wan tetapi momen bersamanya saya abadi sebagai pengalaman berharga. Kenapa saya dan wanita lain sebolehnya meluangkan masa untuk bersamanya setiap malam Jumaat, membaca Yasin dan solat hajat semasa suaminya di penjara? Adakah kerana kami ingin memberi kekuatan kepada Kak Wan?  TIDAK! 


Kamilah wanita-wanita yang ke sana menyedut aura kekuatan, kesabaran, kecekalan, keluhuran seorang wanita yang bernama Kak Wan, yang istiqamah menyokong perjuangan murni suaminya. Yang menggenggam keyakinan, yang tidak mengkhianati amanah yang dianugerah Allah kepadaNya. 


Lalu bagaimana saya mahu menjelaskan apa yang terlintas dalam hati dan minda saya mengenai Kak Wan ketika saya pernah bersama walau seketika? Tubuh kecilnya, yang apabila saya peluk, penuh berhati-hati takut saya menyakiti, al maklum saya sudah membesar! 😅   


Tatkala ada cerita-cerita dongeng yang berkata pemenjaraan Anwar hanyalah sekadar wayang, dan bilik penjaranya istimewa. Setiap minggu saya melihat wajah Kak Wan tenang, tidak sugul, menceritakan bila berjumpa suami, tidak boleh bersentuhan, hanya melalui cermin dan berkomunikasi menggunakan telefon. Hey Anwar Ibrahim tu bunuh siapa ya? Setiap kali berjumpa di mahkamah di kawal ketat, Anwar nak cakap pun ada pegawai penjara antara mereka! 


Suami yang difitnah jijik sehingga menjadi banduan kemudian menjadi bahan tohmahan sebagai lakonan dan kepura-puraan? Tiada had kekejaman demi memuaskan nafsu yang dipengaruhi syaitan? Sehingga ada yang melempar kejian, "anak perempuan ramai, siapalah nak meminang mereka nanti?"  Kak Wan cerita selamba, tiada kebencian di wajahnya. Tiada memek muka, atau terasa sedih kerana penghinaan kepada keluarganya! 


Lalu apa gambaran yang wajar saya berikan kepada wanita bertubuh kecil, apabila senyum, berbaris gigi putih bersih dan menjadi kecil matanya kerana terbit senyuman dari hatinya? Tiada ketawa sinis atau angkuh menjaga statusnya sebagai Presiden parti atau selepas itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. 


Pernah semasa Kak Wan berada di atas pentas semasa menyambut kemenangan DS Anwar Ibrahim di Port Dickson, saya dan rakan-rakan di bawah, melambai-lambai, Kak Wan membalas lambaian apabila nampak kami dan apabila saya membuat isyarat tangan 'love', dari atas pentas Kak Wan juga buat yang sama! 


Lalu hanya satu perkataan yang muncul dalam hati saya, LUHUR. Kak Wan  ibarat air yang mengalir, membersihkan segala keladak dan sampah yang dibaling ke dalamnya sehingga jernih dan terus mengalir memberi manfaat. Kak Wan yang terlintas dalam jiwa saya adalah seorang insan yang luhur. Ia tidak mudah namun ia memberi manfaat dan harapan kepada yang mendambakannya.


Keluhurannya yang saya rasai, sewaktu bersamanya memberi saya peluang untuk memperbaiki diri sendiri sehingga apabila terasa sempit, saya teringat Kak Wan yang dihimpit, apabila sesak, saya teringat Kak Wan yang dihenyak. Apabila terasa kecewa, teringat Kak Wan yang berhati waja. 


Keluhuran Kak Wan adalah satu inspirasi, sesuatu yang sangat diperlukan diwaktu dan ketika ini dimana hipokrasi telah membentuk peribadi insan teramai demi mencapai impian peribadi. Kak Wan ibarat lilin yang akan dicari dan diperlukan saat terputusnya bekalan letrik dan ruang menjadi gelap. 


Keluhuran Kak Wan adalah harapan kepada insan yang dilanda ketidakadilan, bingkas bangun dengan harapan dan keyakinan bahawa dalam kesulitan pasti ada kesenangan yang dijamin Tuhan.


Coretan Kak Ida Abdullah
1.10.2021




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/momen-bersama-kak-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Besi Denies Helping Sajat Escape To Thailand

Wan Besi Denies Helping Sajat Escape To Thailand

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 343 hits
An individual known as Wan Besi has denied that he was involved in helping cosmetics entrepreneur Nur Sajat escape to the neighbouring country through Padang Besar Lawyer Zuhair Ahmad Zakuan who is representing the 51 year old man claimed t...
Dituduh Jadi Dalang Pembolosan Nur Sajat Wan Besi Tampil Beri Penjelasan

Dituduh Jadi Dalang Pembolosan Nur Sajat Wan Besi Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 233 hits
Baru baru ini terbongkar identiti individu yang dikatakan menjadi dalang pembolosan usahawan kosmetik Nur Sajat ke negara Thailand Berdasarkan siasatan pihak berkuasa mengesyaki individu yang dikenali sebagai Wan Besi telah menyusun penyelu...
Isu Rehatkan Kp Sprm Dibawa Kepada Pm Wan Junaidi

Isu Rehatkan Kp Sprm Dibawa Kepada Pm Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 149 hits
Oleh OMAR ZIN AZAM BAKIKUALA LUMPUR Isu sama ada wajar untuk merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Di Jabatan Perda...
Lirik Ibarat Ranting Tak Berdaun Wan Parau

Lirik Ibarat Ranting Tak Berdaun Wan Parau

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 343 hits
terlalu hina aku dimatamuhingga diriku sering kau gunjingkanbermanis kata engkau didepankudibelakangku kau jatuhkan akubermanis kata engkau didepankudibelakangku kau jatuhkan aku apa pernah
Govt To Amend Critical Legal Provisions In Ma63 Wan Junaidi

Govt To Amend Critical Legal Provisions In Ma63 Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 183 hits
The government with assistance from the Attorney General s Chambers will be looking at amending several critical legal provisions in the Malaysia Agreement 1963 to reinstate the rights of the people in Sabah and Sarawak as per the agreement...
Ezlynn Dah Kahwin Dua Minggu Lalu Dengan Wan Hafizam Terb0ngkar Suaminya Bukan Calang Calang Org

Ezlynn Dah Kahwin Dua Minggu Lalu Dengan Wan Hafizam Terb0ngkar Suaminya Bukan Calang Calang Org

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 909 hits
Awalnya kami berdua kawan saja tiada perancangan untuk kahwin pun Tapi sudah jodoh kami untuk bersama kata penyanyi Ezlynn Ariffin 39 yang mengesahkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail 45 Ezlynn a...
Wan Besi Dalang Aktiviti Penyeludupan Sajat Ke Thailand

Wan Besi Dalang Aktiviti Penyeludupan Sajat Ke Thailand

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 317 hits
Menurut laporan dari Skuad Khas Metro Harian seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Besi yang kini mendapat gelaran pengkhianat negara kerana dia merupakan dalang disebalik aktiviti penyeludupan usahawan terkenal Muhammad Sajjad Kamaruz Z...
Sajat Wan Besi Dalang Lolos

Sajat Wan Besi Dalang Lolos

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 381 hits
Harian Metroam hmetro com myKuala Lumpur Pengkhianat negara Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih di...
Shah Alam Umno S Wan Indra Putra Dies Of Heart Complications

Shah Alam Umno S Wan Indra Putra Dies Of Heart Complications

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 248 hits
Wan Indra Putra Ahmad is survived by his wife Hawa Omar 63 and daughter Wan Natasha Farhana 17 SHAH ALAM Shah Alam Umno division vice chief Wan Indra Putra Ahmad died at his home near here at about 5 30am today due to heart complications he...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024