Isu Rehatkan Kp Sprm Dibawa Kepada Pm Wan Junaidi


Oleh OMAR ZIN AZAM BAKIKUALA LUMPUR: Isu sama ada wajar untuk merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk merehatkan Azam, namun berjanji membawa perkara itu kepada Perdana Menteri.
“Saya tidak ada kuasa untuk merehatkan sesiapa, tetapi saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri. Macam mana kita boleh fikirkan secara adil kepada semua pihak, bukan sahaja kepada SPRM tetapi juga kepada Yang Berhormat dan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab celahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) berhubung cadangan untuk merehatkan Azam supaya tidak berlaku sebarang campur tangan dalam kes tiga orang pegawai kanan SPRM yang didakwa terlibat dalam salah guna kuasa dalam penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan yang pernah disiasat oleh SPRM.
Dalam pada itu, Wan Junaidi turut menjelaskan mengapa SPRM merupakan badan paling sesuai menyiasat kes yang melibatkan pegawai kanan SPRM.
“Pemulaan siasatan oleh SPRM adalah berdasarkan first information report (FIR) yang diterima oleh SPRM yang mana SPRM mempunyai kebertanggungjawaban undang-undang yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29(1) Akta 694 untuk membuat aduan berhubung pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta 694 agar penyiasatan dapat dijalankan dengan menggunakan segala kuasa penyiasatan di bawah Akta 694 dan Kanun Tatacara Jenayah sebagaimana diperuntukkan lanjut di bawah Seksyen 29(3) Akta 694.
“Selain itu, Seksyen 67 Akta 694 memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan di bawah Akta 694 adalah terpakai ke atas SPRM bagi suatu ‘kesalahan ditetapkan (prescribed offence)’ yang antaranya merangkumi
beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.
Justeru, katanya, penetapan kesalahan-kesalahan yang disiasat oleh SPRM berhubung kes itu adalah di bawah bidang kuasa SPRM sebagaimana agensi-agensi penguatkuasaan lain.
“Oleh itu, kes ini turut disiasat oleh SPRM bagi kesalahan di bawah seksyen 403 (berhubung salahguna harta secara tidak jujur) dan seksyen 409 (berhubung pecah amanah jenayah) Kanun Keseksaan (Akta 574) di mana kesalahan–kesalahan tersebut merupakan kesalahan ditetapkan (prescribed offence) di bawah Akta 694.
“Tidak terhad kepada Akta 694 dan Akta 574, siasatan kes ini juga akan turut mempertimbangkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613),” katanya.
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFARMalah, Wan Junaidi berkata, prosedur operasi standard (SOP) SPRM menetapkan kesegeraan yang munasabah diberi kepada pelaksanaan penyiasatan kes ini.
“Sehubungan itu, SPRM telah pun mengambil tindakan segera memulakan penyiasatan kes ini dan menangkap ketiga-tiga pegawai berkenaan termasuk menahan reman mereka bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.
“Siasatan kes ini masih berjalan dan SPRM akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan profesional serta tiada kompromi untuk melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah.
“Bukan menjadi suatu perkara yang luar biasa bagi sesuatu agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap pegawainya sendiri asalkan ia termaktub di bawah bidang kuasa agensi masing-masing,” katanya.
Tambahnya, apabila maklumat diterima oleh SPRM, adalah menjadi kewajipan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa kelengahan.
“Dalam tempoh siasatan bermula sehingga reman tamat, tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak.
“Hanya selepas isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, barulah ada pihak yang membuat laporan polis,” katanya.
Beliau turut mempertahan SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasa undang-undang yang turut tertakluk kepada prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dalam pelaksanaan fungsi-fungsi yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
“Oleh itu, semua pihak harus mempunyai keyakinan berterusan ke atas kewibawaan SPRM dalam mengendalikan kes ini,” katanya.
Wan Junaidi berkata, SPRM mempunyai mekanisme semak dan imbang melalui tiga Jawatankuasa Pemantau Bebas iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Aduan (JKA) dan Panel Penilaian Operasi (PPO) bagi memastikan pelaksanaan penyiasatan kes yang dijalankan oleh SPRM dilakukan secara telus, bebas dan profesional.
“Semua pihak perlu bersabar dan perlu yakin kepada SPRM dalam siasatan kes ini supaya kertas siasatan yang lengkap dapat dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk kajian serta keputusan dan mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/isu-rehatkan-kp-sprm-dibawa-kepada-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pegawai Sprm Ditahan Azam Baki Wajar Direhatkan Sementara Kata Ph

Isu Pegawai Sprm Ditahan Azam Baki Wajar Direhatkan Sementara Kata Ph

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON September 23 2021Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki wajar direhatkan buat sementara waktu dari tugas tugas beliau Ini...
Sprm Siasat Isu Sistem Ucustoms Yang Gagal Disiapkan

Sprm Siasat Isu Sistem Ucustoms Yang Gagal Disiapkan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 262 hits
Azam Baki berkata siasatan menjurus kepada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCUSTOMS bernilai RM397 43 juta yang dibangkitkan dala...
Kita Usaha Laksanakan Undi18 Daftar Pemilih Automatik Wan Junaidi

Kita Usaha Laksanakan Undi18 Daftar Pemilih Automatik Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 169 hits
Kita usaha laksanakan Undi18 daftar pemilih automatik Wan Junaidi Kerajaan akan berusaha yang terbaik dalam melaksanakan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjelang 31 Dis tahun ini seperti yang telah diputuskan Mahkamah Tingg...
Sprm Apa Yang Kita Boleh Harapkan

Sprm Apa Yang Kita Boleh Harapkan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 160 hits
BOB KELANANG Semenjak dua menjak ini kredibiliti SPRM dilihat jatuh menjunam dari kes suspek lompat pagar SPRM la sampailah pembebasan kes kes rasuah yang fakta dan buktinya jelas tapi kalah di Mahkamah sama ada dari segi teknikal mahupun k...
Apa Sudah Jadi Sprm

Apa Sudah Jadi Sprm

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 189 hits
HAMZAH RIE NAAduh apa sudah jadi SPRM Duit yang jadi bukti kes hilang Sekarang salah seorang dari tiga pegawai kanan yang didakwa terlibat itu ditangkap kerana didakwa miliki dadah dan pistol Berita penuh Yb Fahmi Fadhil
Kp Sprm Patut Direhatkan Ph

Kp Sprm Patut Direhatkan Ph

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 127 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengikuti dan meneliti isu penahanan reman tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 14 sehingga 19 September 2021 atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan di dalam urusan kes terh...
Laporan Polis Dan Butir Butir Rampasan Kes Sprm

Laporan Polis Dan Butir Butir Rampasan Kes Sprm

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 271 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraYDH Tuan KJSJYDH Tuan Tim KJSJ YDH Tuan Tim KJSJ YDH Tuan PT D5Update Rampasan Senjatapi Dan Amunisi Oleh Pegawai SPRM PutrajayaButiran Repot BBST 5294 21Tarikh 21 09 2021 1923hrsSek Seksyen 8 Seksyen 36 ...
Hujan Panas Di Sprm

Hujan Panas Di Sprm

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 196 hits
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menangkis dakwaan bahawa kehilangan barang kes berjumlah USD6 juta itu sepatutnya dilakukan polis bukannya SPRM Kata Wan Junaidi SPRM sudah melengkap
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Tuai Nenas Md2 Belakang Rumah

Mee Goreng Mamak Udang Galah Lempeng Kelapa Gula Merah Di Hotel Tamu

Anwar Bentuk Atmosfera Baru Politik

Pengalaman Jaga Anak Bersunat Kaedah Laser

Lirik Lagu Seribu Setia Siti Nordiana

Selamat Jalan Pak Jokpin