Mohon Pengampunan Diraja Bukan Bermakna Seseorang Itu Tidak Bersalah Anwar


satuberita.my
By Admin
-June 16, 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan pengampunan diraja yang dikemukakan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara bukan bermakna beliau tidak bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

“Apabila anda memohon pengampunan, ia bukan bermakna anda menganggap diri anda tidak bersalah,” kata Anwar, yang turut dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja pada 2018 atas sabitan dan hukuman atas kesalahan meliwat, dalam satu wawancara bersama program 101 East Al Jazeera semalam.

Anwar berkata, beliau percaya mahkamah yang mensabitkan Najib bersalah bertindak bebas.

“Saya menyokong keputusan mahkamah. Dan saya percaya mahkamah bebas,” tambahnya.

Najib, yang disabitkan pada 2020 atas kesalahan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa ke atas dana SRC International, mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada Ogos tahun lalu.

Pada Mac, Mahkamah Persekutuan menolak semakin kehakiman yang difailkan Najib atas sabitan dan hukumannya, sekali gus meneruskan kempen penyokongnya dalam Umno untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Pada April, Anwar mengakui bahawa beliau akan menjadi sebahagian daripada anggota Lembaga Pengampunan yang ditugaskan untuk memutuskan pengampunan untuk Najib.

Anwar berkata, tidak wujud konflik kepentingan dengan beliau yang terlibat dalam proses pengampunan bagi seorang pemimpin daripada parti yang membentuk sebahagian daripada kerajaan campurannya.

“Ada proses, dan saya menghormati proses itu.

“Sesiapa sahaja, mana-mana banduan, berhak merayu kepada Agong dan memohon pengampunan.

“Mengapa menafikan hak Najib? Biarkan proses itu berjalan,” katanya.

Awal bulan ini, perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO, ketika Anwar menjadi tetamu jemputan, berdiri menyokong gesaan untuk mendapatkan ‘keadilan’ bagi Najib.

Perwakilan membawa sepanduk mendesak agar beliau dibebaskan, manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta keluarga Najib supaya bersabar.

Penganalisis menegaskan gesaan untuk mendapatkan pengampunan Najib adalah sebahagian daripada ganjaran politik yang dituntut UMNO sebagai pertukaran kepada langkah parti itu untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri tahun lepas.

Mereka juga memberi amaran Anwar boleh hilang segala-galanya jika pengampunan diraja tidak dapat dicapai.

Rakan sekutu Anwar DAP dan Amanah setakat ini menjauhkan diri daripada kempen UMNO untuk membebaskan Najib, dengan mengatakan ia bukan pendirian kerajaan.

Pemimpin utama dalam kedua-dua parti itu juga secara terbuka mengutuk sebarang tindakan untuk memberi pengampunan kepada Najib, yang menjadi sasaran serangan mereka dalam dua pilihan raya umum lepas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/mohon-pengampunan-diraja-bukan-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pengampunan Diraja Saya Tak Boleh Dicabar

Anwar Pengampunan Diraja Saya Tak Boleh Dicabar

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 185 hits
Bernama KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan Sanusi Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada presiden PKR itu lima tahun lepas Permohonan tersebut ...
Lra Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya

Lra Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 548 hits
KOTA BHARU PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk bagi pembinaan Loji Rawatan Air Tok Bali bukanlah projek baharu sebaliknya hanya meneruskan projek sedia ada dengan menukar nama saja Timbalan Presiden ...
Sanusi Mohon Perintah Mahkamah Tentukan Skop Pengampunan Anwar

Sanusi Mohon Perintah Mahkamah Tentukan Skop Pengampunan Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 227 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah memfailkan permohonan kepada mahkamah sivil untuk menentukan jika pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meliputi kedua dua hukuman dan sabit...
A Half Truth Is An Absolute Lie Says Anwar About Penang Kedah Tiff

A Half Truth Is An Absolute Lie Says Anwar About Penang Kedah Tiff

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 226 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim speaking on controversial claims about Penang belonging to Kedah said a little knowledge is dangerous GEORGE TOWN The country s leaders must be well read and speak with knowledge when making statements on any is...
Anwar Directs Small Projects Supervised By Pwd To Be Handed Over To Other Departments

Anwar Directs Small Projects Supervised By Pwd To Be Handed Over To Other Departments

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 176 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim has instructed small projects such as school renovations and dilapidated clinics under the supervision of the Public Works Department to be transferred to other departments or the district offices BERNAMA picPUTRAJA...
No Pardon For Najib Hints Anwar

No Pardon For Najib Hints Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 196 hits
The prime minister says those who plunder the people s wealth will be put in jail regardless of party or status Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday called for a stop to the plundering of the people s wealth saying those who steal will be...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations