Mohon Dr Maszle Dapat Bantu Aiman Masuk Mrsm


Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan baharu di negara ini akan bermula.

Persiapan juga kini semakin rancak dilaksanakan setiap ibu bapa untuk memastikan kelengkapan dan yuran anak-anak mereka disediakan dengan secukupnya.

Bagaimanapun, seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini masih gagal ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP).


Muhammad Aiman Afiq Mohd Basri, 12, yang memperoleh keputusan 6A memohon untuk meneruskan pengajian di peringkat menengah dengan memasuki MRSM atau SBP di negeri ini.

Namun, permohonannya ditolak hingga memaksa dia ditempatkan di sekolah harian biasa terlebih dahulu.

Anak sulung daripada dua beradik itu satu-satunya murid yang memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai dan mempunyai impian memasuki sekolah lebih baik bagi membantu keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu pula suri rumah dan keluarga kami bukanlah senang seperti orang lain.

“Saya belajar sungguh-sungguh kerana nak bantu ibu dan ayah dengan harapan dapat memasuki sekolah lebih baik namun tidak ada rezeki lagi,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail dan komuniti setempat di rumahnya di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, semalam.

Ibunya, Rashidah Ali, 45, berkata, anak sulungnya yang mesra disapa dengan panggilan Aiman sering menyatakan hasrat untuk memasuki MRSM atau SBP jika memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.

“Aiman pada mulanya bimbang kerana tahu ayahnya tidak mampu membiayai kos pendidikan sekiranya dia ke sekolah itu, tetapi melalui caranya bersembang, saya tahu dia teringin sangat nak masuk ke sekolah berkenaan.

“Keinginannya itu membuatkan dia bersungguh-sungguh memberi tumpuan di sekolah yang akhirnya memperoleh keputusan cemerlang, tetapi sayangnya permohonan masuk ke MRSM atau SBP ditolak hingga membuatkan saya sedikit kecewa,” katanya.

Katanya, suaminya, Mohd Basri Abdul Manas, 45, hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan dan perlu menyaranya serta dua anak mereka.

“Buat sementara waktu, Aiman akan belajar di sekolah harian biasa terlebih dahulu dan sebagai ibu saya berharap keputusan rayuan yang dibuat untuk Aiman ke MRSM atau SBP akan diterima secepat mungkin.

“Saya bukan nak kata sekolah harian biasa tidak bagus tetapi saya mahu Aiman lebih menumpukan pelajarannya dengan keadaan persekitaran persekolahan selesa dan makan minumnya terjaga dengan baik sekali gus menjadi anak harapan keluarga bagi membantu kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Mohd Norhiesam berkata, beliau sudah menyuarakan situasi yang berlaku terhadap Aiman untuk perhatian Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun melalui aplikasi Twitter.

“Selain itu, saya turut menyatakan permasalahan ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka meminta Aiman berdaftar dahulu di sekolah harian biasa sebelum keputusan rayuannya keluar.

“Pada masa sama, pelbagai pihak juga kini tampil dalam membantu dan menghulurkan sumbangan kepada Aiman antaranya Zakat Pulau Pinang (ZPP) termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kini dalam proses menimbang bantuan sewajarnya,” katanya.

Dalam program lawatan berkenaan, Mohd Norhiesam turut menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan dan alat tulis untuk kegunaan Aiman serta adik perempuannya berusia lapan tahun.

Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/mohon-dr-maszle-dapat-bantu-aiman-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mrsm Sedia Skim Budi Bantu Pelajar B40 Kata Menteri

Mrsm Sedia Skim Budi Bantu Pelajar B40 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 168 hits
MRSM sedia Skim Budi bantu pelajar B40 kata menteri Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 31 Dec 2018 5 42
Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk Mrsm

Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk Mrsm

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 583 hits
Oleh Tulisan aku ini untuk perhatian ibu ayah kumpulan M40 dan T20 yang sekarang sedang huru hara sebab anak anak UPSR 6A 5A bla bla tidak terpilih untuk kemasukan SBP MRSM panggilan pertama Ya anak aku pun salah seorang daripada anak anak ...
Checklist Khair Nak Masuk Darjah 1

Checklist Khair Nak Masuk Darjah 1

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 374 hits
Tak sampai seminggu lagi untuk Khair enjoy cuti sekolah Lepas ni akan masuk zaman sekolah rendah pulak Jujurnya bagi aku yang kali pertama anak masuk sekolah rendah terasa macam terlebih excited pun ye jugak bila hari hari fikirkan persedia...
Harga Tiket Masuk Ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kedah

Harga Tiket Masuk Ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 868 hits
Tengah mengosongkan dompet dengan segala macam jenis resit harini Resit beli roti air keropok segala kat Caltex Resit isi minyak Resit beli Topup Celcom RM10 sebab takut kena terminate nombor tu dengan Celcom sebab dah dekat 2 bulan tak top...
Subhanallah Rupanya Sebelum Awie Masuk Hospital Ini Yang Dia Buat

Subhanallah Rupanya Sebelum Awie Masuk Hospital Ini Yang Dia Buat

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 895 hits
Subhanallah Rupanya Sebelum Awie Masuk Hospital Ini Yang Dia BuatSubhanallah Rupanya Sebelum Awie Masuk Hospital Ini Yang Dia Buat
Dah Nak Masuk Tahun 2019 Netizen Makin Gila

Dah Nak Masuk Tahun 2019 Netizen Makin Gila

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 416 hits
Mengikut Wikipedia Istilah netizen adalah singkatan dari perkataan Internet dan perkataan The post appeared first on
Jadwal Android Pie Masuk Smartphone Samsung

Jadwal Android Pie Masuk Smartphone Samsung

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 232 hits
Samsung mulai merilis Android Pie untuk Galaxy S9 dan S9 meski pembaharuannya baru tersedia di beberapa negara Selain Galaxy S9 dan S9 Samsung juga akan merilis OS terbaru itu untuk varian ponsel lainnya
120 Warga Samarinda Candu Narkoba 3 Orang Masuk Rumah Sakit Jiwa

120 Warga Samarinda Candu Narkoba 3 Orang Masuk Rumah Sakit Jiwa

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 268 hits
Siti menerangkan diperlukan observasi hingga 2 bulan untuk memastikan para pengguna menjalani rehabilitasi hingga direhab dan diputuskan untuk diinapkan di rumah sakit gangguan jiwa
Jangan Biar Anak Gigit Atau Masuk Wayar Dalam Mulut Risiko Bibir Melecur Boleh Bawa Maut

Jangan Biar Anak Gigit Atau Masuk Wayar Dalam Mulut Risiko Bibir Melecur Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 551 hits
Hati hati mak ayah bila mengecas handphone sebab anak anak ni diorang bukan tahu pasal bahaya Bagi mereka semua benda boleh di gigit Itu yang wayar soket pun dia nak kunyah Sila ambil iktibar Pada 28 september 2017 satu kejadian buruk telah...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1