Mohamad Nafi Umno Dalam Dilema


Oleh Mohd Amin Jalil

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.Foto/ NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

SEREMBAN: UMNO tidak berada dalam dilema susulan penyertaan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata UMNO tidak pernah menyertai PN kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

"Hubungan UMNO dengan PN hanyalah satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan (PH).

"Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH.

"Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN)," katanya.

Mohamad berkata, kerjasama UMNO dan PAS diurus secara rasmi melalui Piagam MN dan sudah melalui pelbagai proses sumbang saran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO sebelum piagam  berkenaan dimeterai.

"UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang mengikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui BN," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau memberikan kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam suatu saluran media dalam talian semalam.

Kian Ming dilaporkan berkata, UMNO mungkin menghadapi dilema dalam PN yang mana kemungkinan parti Melayu itu akan meninggalkan PN dalam pilihan raya akan datang.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat.

Beliau berkata, matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah gabungan (coalition).

"Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjasama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi. Kerjasama ini diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.

"Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam PN, malah ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya.

Mohamad berkata, penyertaan UMNO dalam kerajaan PN adalah atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin sebagai Perdana Menteri, untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO ketika ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam MN dan BN.

"UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar di negara ini dan insya-Allah, parti ini akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.

"Bagaimana UMNO ingin melakukannya? Itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN," katanya.

Katanya lagi, sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisionalnya dan kerusi yang sangat berpotensi untuk menang.

Mohamad juga berkata, kekuatan UMNO adalah di kawasan 'the Malay heartland' dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan terbabit.

Beliau berkata, menerusi dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi.

"Menerusi pendekatan itu, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin kerajaan seperti sebelumnya," katanya.

Dalam pada itu, tegas beliau lagi, UMNO sangat mengalu-alukan kerjasama, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN.

"UMNO sangat menghargai setiakawan rakan," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/mohamad-nafi-umno-dalam-dilema.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Umno Dalam Kerajaan Pn

Dilema Umno Dalam Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 418 hits
Ong Kian Ming Sudah lebih dari sebulan sejak kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020 Setiap parti politik dalam gabungan ini menghadapi cabaran politik unik mereka tersendiri sebagai sebahagian daripad...
Tulahan Ppbm Dalam Dilema Umno Dan Pas Ke Arah Mana

Tulahan Ppbm Dalam Dilema Umno Dan Pas Ke Arah Mana

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 424 hits
Assalam Timbalan Presiden Umno menyatakan dengan jelas bahawa Umno tidak menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar Maksudnya Perikatan Nasional adalah satu entiti poltik yang cukup rapuh...
Tok Mad Umno Tak Pernah Dilema Dalam Perikatan Nasional

Tok Mad Umno Tak Pernah Dilema Dalam Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana ia bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional dan kedudukan parti Melayu itu tidak pernah tergugat Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan men...
Panas Umno Perak Didakwa Tuntut Bermacam Macam Kepada Peja

Panas Umno Perak Didakwa Tuntut Bermacam Macam Kepada Peja

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 300 hits
IPOH Perak Today melaporkan Menteri Besar Perak Dato Seri Ahmad Faizal Azumu sedang dihimpit di dalam kerajaan Perikatan Nasional Perak Laporan tersebut mendakwa Umno Perak ketika ini menuntut bermacam macam perkara kepada Ahmad Faizal term...
Pelantikan Noh Beri Impak Besar Pada Umno Selangor

Pelantikan Noh Beri Impak Besar Pada Umno Selangor

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 240 hits
Rizam memuat naik kenyataan di Facebook beliau malam tadi SHAH ALAM Pemuda UMNO Selangor yakin pelantikan Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor baharu mampu memberikan impak besar kepada parti itu di negeri ini Ketuanya Rizam Ism...
Sentimen Bangsa Agama Produk Jualan Umno Pas

Sentimen Bangsa Agama Produk Jualan Umno Pas

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 453 hits
Tulah Melayu tak habis2 dengan tamak dan irihati f bkHarga minyak jatuh ke negatif Habis lah Rileks harga minyak mentah sedunia memang jatuh teruk tapi yang jatuh 306 jadi 37 63 setong tu cuma harga bagi West Texas Intermediate keluaran US ...
A Puppet Pm Umno Pas Will Continue Blackmailing Muhyiddin Including To Drop All Criminal Charges On Najib Zahid

A Puppet Pm Umno Pas Will Continue Blackmailing Muhyiddin Including To Drop All Criminal Charges On Najib Zahid

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 427 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has appointed Tiong King Sing as the Special Envoy to China with ministerial rank Effectively the already bloated 70 ministries Cabinet is now consisting of an eye popping 72 ministers including the recent pr...
Noh Omar Returns To Helm Selangor Umno

Noh Omar Returns To Helm Selangor Umno

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 253 hits
After more than a year of his resignation as the Selangor Umno liaison committee chairperson Noh Omar is back to helm the party s state chapter The Tanjong Karang MP took over the position from Mat Nadzari Ahmad effective yesterday This was...
Macc Yet To Return Money To Kedah Umno And Habib Jewels

Macc Yet To Return Money To Kedah Umno And Habib Jewels

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 245 hits
The Kedah Umno liaison committee and Habib Jewels Sdn Bhd s monies amounting of RM1 05million and RM100 000 respectively which were seized by the Malaysian Anti Corruption Commission have not been returned to both entities pending the stay ...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba