Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan


Pada usia hanya 10 tahun, Abeer Widad Muhammad Hizal mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kategori sekolah rendah dalam Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) 2025.
Lebih membanggakan, Abeer merupakan puteri kepada qariah tersohor negara, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman, yang juga juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun 2009. Kejayaan ini bukan sekadar mencuri perhatian ramai, malah menjadi bukti betapa pendidikan awal yang berteraskan al-Quran mampu membentuk jiwa anak sejak kecil.
Rezeki Abeer Sudah Tertulis Menerusi satu hantaran di Instagram, Sharifah Khasif berkongsi rasa syukur atas kejayaan anak kesayangannya itu:
“Alhamdulillah, syukur atas izin-NYA anakanda Abeer berjaya menjadi johan kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia pada usia 10 tahun. Rezeki Abeer sudah tertulis. Yang lain tak kurang hebatnya. Insya-ALLAH semoga legasi al-Quran tetap terus berkembang sehingga ke akhir hayat. Takbir!”
 
View this post on Instagram  
A post shared by S H A R I F A H K H A S I F ™ (@sharifahkhasif_official)

Kejayaan Abeer ini menjadi simbol harapan agar legasi al-Quran dalam keluarga mereka dapat diteruskan ke generasi akan datang.
Didikan Santai, Tapi Berkesan Menurut Sharifah, sejak kecil Abeer telah diajar untuk dekat dengan al-Quran. Namun pendekatannya tidak pernah bersifat memaksa atau menekan. Sebaliknya, beliau lebih gemar menggunakan gaya pembelajaran santai, fun dan penuh kasih sayang.
“Saya aturkan kelas khas untuk Abeer bersama kanak-kanak lain supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran al-Quran. Tapi caranya mesti seronok. Itu juga pendekatan di ASQA (Akademi of Sharifatuna Quranic Arts). Syaratnya mudah – tak boleh ponteng kelas!”
Sharifah khasif dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak. Cita-Cita Ibu: Anak Solehah yang Berilmu dan Terdidik Sharifah turut mengakui bahawa beliau mengimpikan agar Abeer menjadi lebih baik daripadanya.
“Kalau boleh saya nak Abeer menjadi seorang insan yang bukan sekadar cantik, tapi juga cerdik, setia dan terdidik. Bebas memilih kerjaya, tapi asasnya mesti jadi ahli al-Quran. Itu mutiara paling berharga di sisi Allah SWT.”
Sebagai ibu, beliau percaya bahawa ilmu dan al-Quran adalah dua perkara yang akan memandu anak dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Bakat Semula Jadi, Disokong Dengan Disiplin Bakat Abeer mula kelihatan sejak kecil. Suaranya lembut, tapi jelas. Makhrajnya bulat dan tepat. Bacaan pula menyentuh hati.
“Saya dah nampak kelebihan dia. Skill dah ada. Tinggal nak asah dan terus pupuk. Tapi paling penting, saya mahu dia cinta al-Quran, bukan hanya pandai baca.”
Kejayaan Abeer bukan sahaja menjadi kebanggaan buat keluarganya, bahkan menjadi sumber inspirasi buat semua ibu bapa di luar sana. Dibesarkan dengan al-Quran, diasuh dengan kelembutan dan cinta, Abeer Widad membuktikan bahawa anak kecil yang dididik sejak awal mampu melakar kejayaan besar.
Semoga Abeer terus mekar sebagai permata al-Quran negara dan menjadi penyambung legasi mulia ibunya.
Sumber: Instagram, Nona
The post ‘Moga Jadi Penyambung Legasi’– Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/moga-jadi-penyambung-legasi-anak-sharifah-khasif-muncul-johan-tilawah-al-quran-peringkat-kebangsaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 222 hits
Mendidik anak anak dengan nilai agama memang bukan tugas mudah lebih lebih lagi bila ia melibatkan perkara asas seperti adab terhadap Al Quran Namun apa yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta Maryam Y...
Setiap Pagi Dalam Kereta Saya Akan Baca Al Quran Ahsan Dinobatkan Juara Tilawah Al Quran

Setiap Pagi Dalam Kereta Saya Akan Baca Al Quran Ahsan Dinobatkan Juara Tilawah Al Quran

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 107 hits
Rutin harian mengaji al Quran di dalam kereta menjadi kunci kejayaan luar biasa buat Muhammad Ahsan Mohd Masnawi 11 tahun apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah al Quran Lelaki Sekolah Rendah sempena Mahrajan al Quran Sekolah Sekolah Peri...
Kuantan City Juara Ping Pong Liga Sukan Komuniti Negeri Pahang 2025 Bersedia Ke Peringkat Kebangsaan

Kuantan City Juara Ping Pong Liga Sukan Komuniti Negeri Pahang 2025 Bersedia Ke Peringkat Kebangsaan

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 127 hits
KUANTAN Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pahang 2025 yang berlangsung meriah di Kompleks Rakan Muda Daerah Maran baru baru ini menyaksikan pertandingan hebat merangkumi tiga acara utama iaitu Ping Pong Berpasukan Campuran Sepa...
Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 150 hits
Di saat majoriti kanak kanak zaman kini lebih terpesona dengan dunia digital dan gajet di tangan muncul satu figura kecil yang mematahkan stereotaip itu dengan tindakannya yang cukup menyentuh hati Sebuah video yang dimuat naik oleh penggun...
Baru Cerai Lee Siyoung Umum Sedang Hamil Anak Kedua

Baru Cerai Lee Siyoung Umum Sedang Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 206 hits
Lee Si young kini sedang hamil anak kedua dan bapa kepada anak tersebut ialah bekas suaminya yang baru baru ini diceraikan Artikel Berkaitan Menurut laporan media Lee Si young kini sedang menjalani rawatan pranatal Bapa kepada anak dalam ka...
Tepati Janji Jaga Anak Abang Luahan Sayu Adik Mangsa Tragedi Lemas Kuat Demi Putri Qisya

Tepati Janji Jaga Anak Abang Luahan Sayu Adik Mangsa Tragedi Lemas Kuat Demi Putri Qisya

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 174 hits
Moga Allah terus beri kekuatan untuk saya demi satu satunya anak abang yang masih ada Putri Qisya Itu luahan penuh sebak Nur Adliah Syuhada Ishak 26 adik kepada arwah Mohamad Azim Izat 32 yang terkorban bersama isterinya Nurul Hidayah Khadi...
Anak Dan Bapa Ditahan Terbabit Kes Bunuh Pemandu E Panggilan

Anak Dan Bapa Ditahan Terbabit Kes Bunuh Pemandu E Panggilan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 159 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua beranak ditahan kerana disyaki terbabit kes bunuh seorang lelaki yang juga pemandu e panggilan di Taman Pandan Perdana Ampang bulan lalu Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima pangg...
Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 204 hits
Mama Papa bila anak kita kelihatan tak beri tumpuan di sekolah sering menyalin nota salah atau tidak catch up dalam kelas pasti terlintas di fikiran Anak aku ni malas ke Tak fokus langsung Tapi tahukah Mama Papa rupa rupanya ramai anak yang...
Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 264 hits
Tular sejak semalam video pasangan suami isteri mempromosikan gerai roti canai mereka di TikTok kini bertukar menjadi berita duka Pasangan itu bukan sahaja mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana keikhlasan berniaga tetapi juga kerana mere...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 6 Ogos

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Dak Adik Tinggal Aku Balik

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pok Park Kanto Pok Mon Theme Park To Open In 2026

Jenis Anak Lelaki Yang Menyusahkan Ibunya

Learning From Failed Startups

Petua Kurangkan Batuk

Aaron Wooi Yik Mahu Hadiah Emas Merdeka Buat Rakyat Malaysia Berita Harian

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor