Modenas Pulsar Rs200 After Market Exhaust
Assalamualaikum guys.
Saya berkongsi sedikit sebanyak untuk menukar after market exhaust untuk Modenas Pulsar RS200
Kebiasaanya pemilik motorsikal 'sportbike' pasti ingin motorsikal mereka bunyi yang padu. Walaupun hanya 250cc kebawah mesti mahu exhaust yang setaraf big bike yang lain...
So... saya kongsikan beberapa component yang saya pakai dan sebab-sebabanya :)
Muffler Akrapovic (seken) + db killer (bende kecik sbleh muffler)Permilihan Muffler akan menentukan jenis bunyi motorsikal anda... Ada rider yang berminat dengan cutting exhaust motogp (muffler pendek).. hahaha.. bunyinya sangat perang (kuat)~ bagi saya tak berapa minat...
Saya nak yang bunyi padu sesedap rasa tak kuat sangat sampai pekak telinga bila ride jauh. Dan juga bunyi yang mesra dengan kesejahteraan kejiranaan.. hahaha~
Exhaust cutting motogp
Muffler + dB killerSo apa function dB killer?dB killer function dia sama seperti powerbomb iaitu sebagai rintangan untuk menhasilkan back pressure pada asap exhaust yang lalu dalam piping..
Apabila kita tukar aftermarket exhaust, segala ringtangan system exhasut asal telah hilang seperti dalam catalyzer, silencer dalam muffler... Aftermarket exhaust akan jadikan asap tu free flow tiada pressure...
Kesan daripada free flow ini ialah dapat menigkatkan torque/pickup... tapi akan menurunkan topspeed pada high rpm disebabkan tiada back pressure... (hasil daripada beberapa penelitian testimoni exhaust free flow)
Powerbomb dalam dia ada 'sarang' dan di-welding tengah2 piping exhaust
So effect powerbomb dan dB killer ini untuk kembalikan back pressure untuk kekalkan topspeed motorsikal anda... beza dia adalah harga~ powerbomb lebih mahal sebab nk welding pada piping tetapi db killer kita masukkan sahaja dalam muffler...
Kita kasi sunat sekali alang2 musim sunat hujung tahun :DInsha'Allah saya akan kongsikan perubahan daripada penukaran aftermarket exhaust ini.. dari segi performance dan juga fuel efficiency...
Akhir sekali... kita belanja bunyi exhasut :D
Kita share sikit video Akrapovic kat bawah... antara sebab saya tukar exhaust... triggered tengok video ney.. hahaha~
Sekian article kali ini...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://zeck-anythingscool.blogspot.com/2018/12/modenas-pulsar-rs200-after-market.html