Modal Tak Sampai Rm10 Aktiviti Simple Menarik Untuk Anak Kuatkan Ingatan
Selain menonton televisyen dan belajar dengan medium asas yang lain sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk kuatkan ingatan anak-anak dengan cara yang lebih jimat dan menyeronokkan. Bukan setakat untuk anak gembira tapi boleh meningkatkan kemahiran dalam diri mereka.
Bagi sesetengah ibu bapa yang mampu mereka mungkin boleh menghantar anak-anak ke kelas tertentu untuk merangsang deria anak-anak. Namun bagi yang tak berkemampuan anda tetap boleh memberikan yang terbaik pada anak asalkan ada usaha dan rajin.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain mengenai aktiviti yang dilakukan untuk membantu menguatkan ingatan anak sangat menarik dan boleh dicuba bersama anak anda.
Seorang mak whatsapp saya, bagaimana set Bacalah Anakku boleh buat anak dia pandai membaca. Dan mak ini luahkan kerisauan kerana anaknya payah nak ingat apa yang mak dia ajar.
Saya rujuk pada kawan yang memang ada lesen mengajar phonics ni. Dan dia cakap anak itu kena banyak buat aktiviti messy-play.
Main playdoh buat huruf
Main water colour
Menulis pada garam atau pasir
Dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh kuatkan ingatan anak.
Kebetulan saya memang nak main homemade playdoh dengan anak-anak hari ini. Saya kongsikan caranya.
Lihat gambar ya.
Cari 1 kotak besar.
Buka kotak dan jadikan alas untuk messy-play. Dan bersedia untuk mop lantai. Sekali sekala nak.
Gunakan bekas kuih raya hari tu. Jimat besen mak.
Bahan homemade playdoh 1. tepung 2. garam halus 3. air suam 4. Minyak masak 5. Pewarna makanan
Cawan untuk sukat
1 cawan tepung Suku cawan garam halus 3/4 cawan air suam Minyak masak 1 sudu Pewarna suku sudu Gaul je semua sekali. Saya buat ni 2 cawan tepung dalam 1 bekas.
Bagi anak gaul ye. Aktiviti ni boleh kuatkan otot tangan. Membantu perkembangan motor halus anak
Yeay dah jadi doh
Siap 3 doh untuk 3 orang anak.
Bagus untuk kuatkan ingatan anak
Cara mengajar anak membaca suku kata secara sambil main
Ulat yang ilmiy buat.
Mengeja namanya sendiri. Main la sampai puas. Nanti lepas anak main simpan semula doh dalam bekas kuih tadi. Boleh main selagi tak mengeras. Selamat mencuba!
Sumber: Aminah Binti Hussain
ARTIKEL MENARIK [Ibu Termarah Anak Tu Normal. Cuma Biarkan Anak Terpinga-Pinga Tu Yang Silap]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Kuat Sebab Anak-Anak. Genap Setahun Covid, Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Modal Tak Sampai RM10, Aktiviti Simple & Menarik Untuk Anak Kuatkan Ingatan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/modal-tak-sampai-rm10-aktiviti-simple-menarik-untuk-anak-kuatkan-ingatan/