Mn Pn Perlu Diperkasa Demi Kuasa Politik Islam Majlis Syura


agendaily.com30/12/2021
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin.
Demi kepentingan penyatuan umat Islam, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian agar perlunya Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) diperkasakan bagi mengelak sebarang perpecahan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata hanya dengan langkah penyatuan tersebut kuasa politik umat Islam dapat dipertahankan demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

“Perundingan kerusi antara parti-parti Melayu-Islam perlu dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Majlis Syura terdahulu mengadakan muzakarah yang berlangsung semalam bagi membincangkan hala tuju taawun siyasi dan misi PAS bagi PRU-15.

Untuk rekod PAS sebelum ini mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui MN dan menyertai PN yang diterajui Bersatu yang membentuk kerajaan selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Umno dalam perhimpunan agung tahunan sebelum ini membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, UMNO bersendirian menentang PN dan PH sekali gus berjaya menguasai negeri itu.

Sementara itu, Hashim berkata semangat taawun siyasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu-Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak dari menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” katanya.

Untuk rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini sekali lagi mengumumkan mereka akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada PRU-14 lalu.

Anak murid Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga berkata tidak akan berkompromi pembahagian kerusi dengan PN, malah menyatakan keyakinan akan menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi parti itu.

Zahid juga berkata Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya berbentuk sementara sahaja dan akan bertukar apabila UMNO kembali menjadi dominan nanti di Putrajaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/mn-pn-perlu-diperkasa-demi-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Larang Jual Arak Di Kawasan Majoriti Penduduk Islam

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Larang Jual Arak Di Kawasan Majoriti Penduduk Islam

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 527 hits
Jualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam di Kuala Kangsar masih dibenarkan dengan beberapa syarat PETALING JAYA Selepas Majlis Daerah Selama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar menjadi pihak ber...
Hamtramck Bandar As Pertama Miliki Kerajaan Islam

Hamtramck Bandar As Pertama Miliki Kerajaan Islam

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 293 hits
Datuk Bandar Hamtramck Amer Ghalib menjadi pemimpin bukan berketurunan Amerika Poland pertama dalam sejarah bandar itu CNNHAMTRAMCK MICHIGAN Bandar Hamtramck di negeri Michigan akan diumumkan sebagai bandar pertama di Amerika Syarikat yang ...
Telemovie Mache Fusion Lakonan Izzue Islam Zara Zya

Telemovie Mache Fusion Lakonan Izzue Islam Zara Zya

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 645 hits
Tonton telefilem Mache Fusion pada 15 Disember 2021 Rabu jam 9 00 malam di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV JUDUL Mache FusionWaktu Siaran Rabu 5 Disember 2021 9 00 malamRangkaian Awesome TVSkrip Adza Emie AdenanPengarah M...
Putrajaya Bertanggungjawab Naikkan Had Minimum Usia Perkahwinan Bagi Gadis Islam Kata Kumpulan Hak Asasi

Putrajaya Bertanggungjawab Naikkan Had Minimum Usia Perkahwinan Bagi Gadis Islam Kata Kumpulan Hak Asasi

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 257 hits
MALAYSIA NOW LFL berkata kerajaan tertakluk kepada tanggungjawab untuk melaksanakan perjanjian antarabangsa dan tidak boleh membenarkan negeri buat keputusan berhubung perkara itu Perkahwinan di bawah umur menjadi adat sebahagian masyarakat...
Video Dap Terima Islam Sebagaimana Termaktub Dalam Perlembagaan

Video Dap Terima Islam Sebagaimana Termaktub Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 332 hits
MEREKA DUKUNG AKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA MAKA DIA MENYOKONG ISLAM SEBAGAIMANA YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN JIKA KITA LIHAT DI PULAU PINANG FITNAH DAP MELARANG ISLAM AZAN DAN SEBENARNYA SUBOH DI AZAN 2 KALI MANA ADA MASJID YANG TIDAK DIB...
Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna Bank Islam

Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna Bank Islam

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 643 hits
Assalamualaikum kali ni Abe nak share dengan korang cara mudah untuk bayar zakat secara Online guna Bank Islam Semuanya dihujung jari korang je Sebelum tu Abe share dulu info pasal zakat Sekadar untuk refresh balik pengetahuan kita bersama ...
Sebenarnya Mak Mak Yang Excited Sambut Birthday Anak Meriah Majlis Raissa Walaupun Di Rumah

Sebenarnya Mak Mak Yang Excited Sambut Birthday Anak Meriah Majlis Raissa Walaupun Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 276 hits
Meriah sungguh majlis sambutan hari jadi anak kepada usahawan terkenal dan ahli politik Datin Vie Shantie Khan dan Datuk Seri Rahman Dahlan yang diadakan di kediaman mereka Kemeriahan majlis anak perempuanya iaitu Vie Raissa yang kini mence...
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 347 hits
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 31 Disember 2021 KEGAGALAN KERAJAAN DALAM BENCANA BANJIR BESAR PM PERLU JELAS DI PARLIMEN DAN TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA Majlis Presiden Pakatan Harapan ingin mengucapkan jutaan terima kasih bua...
Cef Riz Kahwin Kali Ketiga Tak Sangka Ini Kata2 Chef Wan Saya Berikan Wang Tunai Yg Banyak Utk Majlis Ini

Cef Riz Kahwin Kali Ketiga Tak Sangka Ini Kata2 Chef Wan Saya Berikan Wang Tunai Yg Banyak Utk Majlis Ini

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 359 hits
Anak kepada cef selebriti Datuk Chef Wan Cef Riz telah selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama pasangan yang dikenali sebagai Nurul Berita gembira itu telah dikongsikan Chef Wan sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pad...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan