Mlcp Jering Tua
Dah dekat-dekat nak masuk bulan Puasa, Kjee sentiasa tercari-cari lauk pauk yang menjadi favorite. Takut kempunan nanti. Maklumlah masa tu, Kjee jarang keluar rumah. Masak ada aje ada dalam fridge
Tadi lepas bekes Rava Tosei kat Gombak, ajak UP gi Chow Kit. Pakcik tu sengih-sengih tengok Kjee sebab dia tahu Kjee regular. Mesti rembat banyak-banyak
"Jering tua tinggal tiga longgok jer. Amiklah. Rm10!"
Kjee sengih suka. Murah giler tu. Aritu Kjee beli jering cambah rm25 untuk 5 longgok. Bukan untuk Kjee tapi my aunty kirim
Sampai rumah terus Kjee ke dapur. Maklumlah Kjee ni bukannya sihat sangat. Tenaga cukup-cukup jer. Lepas kul 12 tengah hari, lemau. Ehhh macam Cinderella pulak. Tapi dia lepas kul 12 mlm tukar jadi budak miskin. 😂😆😁
So rebus dulu dalam Pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Masa menunggu, Kjee siapkan perencah. Tumbuk kunyit hidup, cili padi dan ikan bilis. Ketuk serai 3 batang. Ada lagi ke serai yang UP tanam untuk bulan puasa? 🤔
Lepas itu, keluarkan jering dari Pressure Cooker. Buang kulitnya dan tumbuk manja-manja. Orang dulu-dulu kata, kalau tidak ditumbuk, nanti 'tersepit' masa nak buang air kecik. Maaf, Kjee tak faham maksud tu
Kemudian, semua jering yang siap ditumbuk, dimasukkan ke dalam periuk berisi bahan tumbuk dan santan tadi. Masak sampai mendidih. Campak juga dua helai daun kunyit dan sekeping asam Gelugor. Rasa. Oleh kerana masa tumbuk dah letak ikan bilis, hati-hati letak garam tau. Dah mendidih kuahnya, boleh padam api. Kjee guna santan kotak aje tadi. Terserahlah korang nak guna santan perah atau pati santan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2021/04/mlcp-jering-tua.html