Mitos Sekolah Cina Bagus




Mengapakah murid Cina hampir tiada di Sekolah Kebangsaan? Satu kajian mesti dilakukan
Mungkin ia disebabkan taburan penduduk mengikut bangsa kini semakin tidak seimbang. Mana tidaknya, ada yang malah ingin membina projek perumahan yang sudah tentu akan didiami oleh Melayu-Islam sahaja, dengan serba-serbi fasiliti Islami, bertemakan “berjiran dengan enta sampai ke syurga”
(Baca: “Jiran enta di sebelah bukan Cina, jadi tiada bau minyak masakan babi hinggap di seluar dalam yang tersidai di luar; dan tiada salakan anjing meningkah azan.”)Asalkan Awang seorang Muslim, tak mengapalah meski Awang memelihara kucing yang berak tiga kali sehari di laman rumah enta
Kita ambil contoh Bandar Baru Bangi, di mana jumlah penduduk Cinanya amatlah terhad (jangan-jangan sifar). Sekolah Kebangsaan di sini tiada kelihatan anak Cina
Penempatan sekolah berdasarkan alamat kediaman. Jika ramai penduduk taman perumahan berbangsa Melayu, maka di sekolah terdekat akan dominan anak Melayu
Jadi, masalah kita lebih besar dari itu. Jika satu-satu kaum berkumpul di satu-satu tempat tanpa imbangan, ia akan mendorong kejahilan terhadap kaum yang lain dengan serius. Ini kerana tiada dialog berlaku
Pun, saya difahamkan itu juga bukan kesnya
Di kawasan yang jumlah penduduk Cina, India dan Melayu hampir seimbang pun, kita tidak menemukan anak-anak Cina di Sekolah Kebangsaan
Jadi ada kemungkinan besar bangsa Cina memboikot Sekolah Kebangsaan. Ada juga yang berhujah anak-anak Melayu turut bersekolah di Sekolah Cina. Saya berpendapat, kecilnya jumlah Melayu dan India di Sekolah Cina tidak dapat dihujahkan bahawa Sekolah Cina lebih multikultur dari Sekolah Kebangsaan
Begini, ada satu mitos: Sekolah Cina lebih bagus. Kerana bahasa Mandarin itu maha penting. Atau lebih canggih alasannya, Sekolah Cina lebih berdisiplin. Selain itu, kononnya senang mendapat pekerjaan
Tukang cat rumah saya, Ah Leong, memberitahu yang dia tidak mahu anaknya ke Sekolah Kebangsaan kerana guru akan mendorong anaknya masuk Islam. Dia takut anak lelakinya belajar sama dengan budak perempuan Melayu. Juga, di Sekolah Kebangsaan kononnya terdapat rasisme. Seolah-olah di Sekolah Cina tiada perkauman
Saya tanyakan dari manakah dia beroleh kecurigaan ini. Beliau menjawab: media sosial dan dorongan dari tokoh pendidik bangsa Cina
Ah Leong berpendapat tak mengapa anaknya tidak boleh berbahasa Melayu. Anak-anaknya masih kelak boleh mendapat pekerjaan mudah, lagi pun bahasa Mandarin ada nilai ekonomi. Ah Leong berani menceritakan ini semua kerana ternampakkan pelekat magnet lambang parti DAP di peti sejuk dapur rumah saya
Prasangka liar terhadap Sekolah Kebangsaan ini dapat difahami. Padahal PIBG ada kuasa menentukan pendekatan yang diambil sekolah
Pokoknya, kalau anda lantang dalam mesyuarat PIBG, segala yang salah boleh dibetulkan
Di sebuah mesyuarat PIBG yang saya hadiri, di sebuah Sekolah Kebangsaan yang majoritinya Melayu, seorang bapa, Awang (bukan nama sebenar) ada mengusulkan agar diwajibkan sembahyang berjemaah di sekolah untuk waktu Zohor dan Asar
Mujur, guru besar waras dan tegas mengatakan, “Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Abim atau sekolah Ikram atau sekolah agama. Jika ingin solat berjamaah, hantar anak kalian ke sana. Sekolah ini Sekolah Kebangsaan, ada pelbagai bangsa dan agama.”PIBG medan anda sebagai warganegara untuk turut serta dalam membuat keputusan bersama. Jika anda malas menghadiri mesyuarat PIBG, anda tidak berhak melolong kemudian hari mengenai hal-hal fundamental yang sudah menjadi bubur kerana tidak ditangani ketika ia masih nasi
Sukar untuk kita memahami sikap kumpulan pendidik Cina. Kita boleh mengambil contoh terdekat untuk diukur
Di Singapura, Kamsiah Abdullah menulis sebuah makalah ilmiah mengenai nasib dan pengalaman sekolah vernakular Melayu dalam tulisan bertajuk “Sekolah Menengah Melayu di Singapura 1959-1987”
Kamsiah dari Nanyang Technological University menulis bagaimana perpisahan Singapura dan Malaysia mendorong kepada pendidikan dengan falsafah berteraskan “multilingualism” dan meritokrasi
Akhirnya 2 sekolah Melayu terakhir di negara itu, Sekolah Sang Nila Utama dan Sekolah Tun Seri Lanang, terpaksa ditutup demi menjayakan falsafah pendidikan sebuah negara baru
Akan tetapi, apakah yang kumpulan pendidik Cina lakukan di Singapura
Mereka membina tembok lain. Mereka masuk ke dalam satu daerah sendiri, menceraikan masyarakat sekeliling dan mendirikan tembok besar
Mereka mendirikan Sekolah “Special Assistance Plan” atau SAP yang tujuannya untuk membangunkan kemahiran 2 bahasa bertunjangkan nilai-nilai Cina: “effectively bilingual students that are inculcated with traditional Chinese values”
Yang dimaksudkan 2 bahasa itu tentulah bahasa Mandarin, dan bahasa Inggeris. Jadi SAP itu Sekolah Cina
Apakah kesannya? Sebuah laporan yang baik untuk menjelaskan bahana ini tulisan Ethel Pang berjudul “As Long As SAP Schools Exist, Chinese Elitism in Singapore Will Exist”
Dalam laporan yang cukup objektif itu, Pang melaporkan bagaimana beberapa pelajar Melayu atau India yang bersekolah di Sekolah SAP ini mengalami rasisme
Bukan itu sahaja, pelajar Cina di SAP dikesani tidak dapat membezakan mana satu India dan Melayu, serta hanya kenal nilai Cina (dan bukan nilai Singapura yang kosmopolitan)
Tentu tidak adil menghujahkan Sekolah Cina di Singapura dengan Sekolah Cina di sini. Tetapi, adil atau tidak, kita harus mendengar keluhan teman-teman Cina dari etnik Hakka betapa pemaksaan bahasa Mandarin sebagai dialek tunggal bangsa Cina menjadikan dialek mereka mengakis
Adakah Sekolah Cina bagus? Saya tidak tahu siapa memulai mitos ini
Saya terlupa bertanyakan Ah Leong. Dia tukang cat sahaja, tetapi nampak dia serba tahu. Ini kerana pedomannya ada pada Facebook, manakala Confuciusnya Whatsapp
Sekolah-sekolah kebangsaan terbaik di Selangor adalah Sekolah Kebangsaan Jalan 3; Sekolah Kebangsaan Sri Petaling; Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong; Sekolah Kebangsaan Taman Megah; Sekolah Kebangsaan Saujana Impian; Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam
Ikut serta dalam senarai ini sebuah Sekolah Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick Hung, yang juga Sekolah Berprestasi Tinggi di SS19, Subang Jaya
Jadi, kita dapat melihat di Selangor, dan kebanyakan negeri lain, Sekolah Kebangsaan juga kompetitif. Hanya di satu dua negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang sahaja Sekolah Kebangsaan ketinggalan
Sudah tentu kita mengharapkan sekolah yang baik adalah sekolah yang baik; tidak perlu dikotakkan atas mana-mana bahasa atau aliran
Tambahan pula, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil paling tertinggal dalam semua kelompok sekolah ini. Hal ini, nasib anak-anak India satu lagi kepedihan tidak terungkapkan. Padahal kita perlu berlaku adil kepada semua anak-anak
Semuanya bangsa Malaysia yang mahu mencapai bermacam-macam kemajuan di masa akan datang. Kita belum pula bincangkan anak Orang Asli dan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
Sudah tentu saya sebagai seorang liberal akan bersetuju jika sekolah vernakular Cina ditutup, maka semua sekolah atau institusi pendidikan yang khas untuk Melayu seperti MRSM, atau UiTM juga eloklah dikatup
Bahkan, kita boleh tutup sama semua sekolah tahfiz. Kita beritahu kepada ibu bapa supaya masuk syurga dengan kapasiti sendiri, bukan menunggang anak-anak menjadikan mereka hafiz
Lagi pun, berapa banyak masalah moral di sekolah-sekolah agama? Hal liwat meliwat lain, hal keselamatan sehingga hangus terbakar lagi lain, dan hal merekrut Islam jalur keras satu lagi masalah yang tiada penghujung
Kepada golongan liberal yang anak atau cucunya tidak ke Sekolah Kebangsaan (bahkan menghantar anak ke sekolah antarabangsa/swasta), kemudian bertutur bahasa Melayu jauh-jauh, atau sama sekali kurang arif bidang pendidikan; saya dengan rasa rendah diri menasihati – tidaklah usah masuk terjun dalam arus yang kurang anda kenali – memandangkan sudah ada gerakan liberal yang baik-baik perjuangannya menjuarai wanita seperti Sisters in Islam; atau mendorongkan Islam Progresif seperti Islamic Renaissance Front, atau dalam bidang pendidikan ada pula Parent Action Group for Education (PAGE)
Buatlah kerja dalam bidang yang belum diterokai dan bukan merampas kerja-kerja orang sebelum kalian. Jadi bergabung dan majulah bersama-sama mereka
Wong Tai-Chee tokoh pendidikan Cina dihormati, ada menulis sebuah artikel yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul “Makna Kewarganegaraan dan Diaspora Pada Hari Ini”
Beliau menyerukan Cina Malaysia agar menghayati makna kewarganegaraan yang tidak lagi nostalgik dan terikat oleh ikatan budaya dan darah
Kata beliau: “Memandangkan orang Cina Malaysia memiliki kewarganegaraan Malaysia, secara langsungnya mereka kehilangan hak kewarganegaraan China yang ditinggalkan oleh nenek moyang dan bukan lagi diaspora Cina
“China bukan lagi tanah air mereka. Definisi baharu bagi tanah air tidak lagi bergantung pada bukti tradisional seperti budaya dan ikatan darah, tetapi berdasarkan pengiktirafan dan perasaan kekitaan dalam konsep kewarganegaraan.”Beliau seterusnya berpesan kepada generasi Cina Malaysia yang lebih berusia agar lebih membumi dan memahami realiti semasa, sambil mengambil kira “kesedaran tempatan”
Di samping itu beliau secara halus mengingatkan rasa kedekatan dengan kemakmuran China itu hanyalah satu ilusi dan bukan kenyataan:“Warga Cina Malaysia yang lebih berusia menaruh perasaan mendalam terhadap China, jauh berbanding mana-mana gunung dan laut di tanah airku, Malaysia.”Beliau seterusnya menambah, “Sesetengah orang Cina mencari jalan keluar secara rohani dengan menjadikan kejayaan China sebagai peristiwa yang menggembirakan diri sendiri. Galakan rohani ini sebenarnya ilusi, sebaliknya perjuangan hak mereka melalui kesedaran tempatan barulah praktikal.”Mungkin saya patut bertanyakan kepada Profesor Wong Tai-Chee, siapa yang beliau maksudkan dengan “warga Cina Malaysia yang lebih berusia menaruh perasaan mendalam terhadap China, jauh berbanding mana-mana gunung dan laut di tanah airku, Malaysia”
Jika kita tidak membetulkan semua ini hari ini, dalam sedekad umat Melayu yang takutkan tanglung, dan umat Cina yang menggeletar ternampak tulisan Jawi, akan kian bertambah
Tatkala itu, saya tidak dapat membayangkan mitos apa lagi yang akan dicipta. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/01/mitos-sekolah-cina-bagus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+T

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpm Menteri Lawat Sekolah Terima Aduan Perhiasan Melampau Tahun Baharu Cina

Tpm Menteri Lawat Sekolah Terima Aduan Perhiasan Melampau Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 548 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi melawat dan memberi sokongan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong 1 di Selangor selepas sekolah itu menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hi...
Apa Sebenarnya Isu Hiasan Raya Cina Di Sekolah Di Puchong

Apa Sebenarnya Isu Hiasan Raya Cina Di Sekolah Di Puchong

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 552 hits
BERITATimbul satu lagi isu yang berisiko melaga lagakan rakyat Malaysia iaitu perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong Selangor Kalangan yang mengikuti perkembangan sosiopolitik di Malaysia pasti maklum akan kenyataan...
Tindakan Disiplin Jika Polis Arah Sekolah Puchong Turunkan Hiasan Tahun Baru Cina

Tindakan Disiplin Jika Polis Arah Sekolah Puchong Turunkan Hiasan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1200 hits
Hiasan bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina itu di SMK Pusat Bandar Puchong I yang didakwa Putra bersifat keagamaan PETALING JAYA Polis sudah memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan berhubung sepucuk surat mengkritik hiasan sa...
Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong Apa Sebenarnya Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 698 hits
Dikala asap panas kontroversi tulisan Jawi kini timbul satu lagi isu yang berisiko melaga lagakan rakyat Malaysia iaitu perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong Selangor yang memaksa menteri turun padang Kalangan yang...
Ancaman Sebenar Sekolah Cina Orang Melayu Makin Tak Percaya Sekolah Kebangsaan

Ancaman Sebenar Sekolah Cina Orang Melayu Makin Tak Percaya Sekolah Kebangsaan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 406 hits
SJKC continue to attract parents of all races good alternative to national schools18 7 of pupils in Chinese schools non Chinese 521 053 pupils enrolled in 201997 466 of them non Chinese77 537 bumiputra14 072 Indian 5 807 other racesmarks an...
Puchong Utama Sekolah Kebangsaan Cina Dibina Senyap Senyap Atas Rezab Sekolah Kebangsaan

Puchong Utama Sekolah Kebangsaan Cina Dibina Senyap Senyap Atas Rezab Sekolah Kebangsaan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 835 hits
PENDUDUK Puchong Utama terkejut apabila mengetahui kerajaan cuba membina sekolah jenis kebangsaan Cina di satu tanah rizab yang dikhaskan bagi sekolah kebangsaan di situ Wakil penduduk Salihin Hajah memberitahu The Malaysian Insight mereka ...
Sekolah Tun Fatimah 20191231 Back To School 2020

Sekolah Tun Fatimah 20191231 Back To School 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 430 hits
Sekolah Tun Fatimah 20191231 Back To School 2020 Iqa jadi orang pertama yang kembali ke sekolah Dah nama pun duduk kat asrama kan So Dari pagi lagi dah sampai ke sekolah Orang dah ramai seawal jam 7 45 pagi kat sini Tepat jam 8 pagi pendaft...
Makan Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina Ini

Makan Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 473 hits
Hi Korang Makan makan lagi kan hehehehe What I love bila festive season ni memacam menu makanan yang unik unik akan keluar dan akan jadi rebutan especially kaki kaki makan ni yelah memasing nak mencuba dulu then give a feedback samada sedap...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri