Mitc Hotel Ayer Keroh Melaka Ok Ke


Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka | Wah soalan bukan main. MITC Hotel Ayer Keroh Melaka ok ke tak? Biasalah soalan tanya kat Mr. Google nak tengok review ok ke tak. Aku pun dah terjebak tanya soalan yang sama setiap kali outstation.
Aku ada update dalam fb yang aku banyak check-in hotel disebabkan kerja. Kali ini sebab kursus. Yang lepas konvokesyen kolej aku share Aeton Hotel Nilai. Jadi, why not kita share terus pasal hotel tu kan? So lets check it out.


Ada swimming pool kat luar rupanya. Serius tak keluar, padahal nampak je sign pool. 
Ciri-ciri staf  mithali memang macam ni lah kan? Kahkah. Bos hantar pi kursus, memang kursus aje lah matanya. Benda lain tak nampak dah. By the way, gambar atas ni semua dari Agoda. Gambar 'profesional' dari photographer KakSha bahagian bawah ni.
Petang lepas check-in pun dah macam rusa masuk kampung. Takde satu manusia pun yang aku kenal, entah dari poli ke kk? Aduhhh, siap doa lagi pleaselah takde roommate sebab aku sejenis tak pandai borak dengan stranger. 
Sekali memang takde roommate. Dan takde kawan kursus. Kejunglah kau mengharung 3 hari kursus.
Wallpaper cantik gila. Aku suka wallpaper dia. 



Cermin mekap ada 2. Senang tak payah berebut. Dalam drawer ada telekung. Arah kiblat ada kat atas siling.
Wardrobe moden 
Bilik aku rasa comey dah. Moden minimalis. Masuk bilik air, aik design lama? Aku syak designer room dengan bathroom lain-lain zaman. 
Tapi apadakes, asalkan hos ada, air laju. Bombastik dah rasa, haha.
Selfie senget adalah wajib.
Kursus aku mula jam 4 petang. Mula-mula nak cari dewan pun dah tersalah masuk dewan kursus lain. Kahkah. Petanda tak baik nampaknya.
Jumpa dewan yang betul, masuk dan tarraaa, jumpa juga sorang manusia yang aku kenal. Phew lega.

Plate dinner malam pertama.
Yang ni tak berapa menikmati makan sangat sebab aku makan sorang. Kawan aku orang Melaka, dia balik rumah dulu sebab datang hotel sehelai sepinggang dari kolej.
Kek dia out. Tapi kuih sedappppp. Malam pertama asam pedas ayam. Spoil sikit sebab aku terambik  ayam part daging. Nasib ikan lemon sedappp. Habis sepinggan uols. Masa terpandang ayam daging tu aku dah berzikir dalam hati.
"Tak habis la nasi macam ni"Perasan sangat macamkan tak habis nasi boleh kurus. Padahal habis jugak bedal sepinggan. 


Asam pedas perut ke tetel. Lupa. Maigod, kalau tak pikir orang belakang, dah lama aku sauk 1 periuk masuk pinggan aku.
Entah lunch ke dinner hari kedua. Tak ingat pulak. Haaaa, masa ni aku marathon makan.
Yang bestnya, kuih melayu dia sedap! Kuih cara berlauk tu ulang makan mau 6 biji? Walau rupa kurang semenggah, tapi lembut sedap. Kuih lain pun ada, sedap jugak.
Kawan aku kata dia makan banyak. Aku pun angguk, ok takpe ada geng makan. Sekali ek eleh, banyak sangat makan tu, 1 piring kuih, setengah pinggan nasi.
Langsung tak boleh celen lauk pinggan aku.  Nasi sepinggan, sup semangkuk, kuih 2 kali marathon. Memang sujud tengok pinggan aku. Heh, itu pun aku rasa aku tak cukup makan lagi? Kahkah. 
Hari kedua malam takde bengkel sebab penceramah cepatkan slot ke petang. Kiranya bagi rehat kepada peserta. Petang lepas habis kursus, lif rosak hasil hujan lebat petir-memetir. Kebetulan petang tu hujan lebat gila. Aku pandang je kereta aku dari kejauhan. Aduhai, semoga ko selamatlah kereta aku parking sebelah rumah tnb.
Mendaki tangga ke tingkat 5 memang azab sangat untuk orang kurang bersukan macam aku. Sampai tingkat 3 dah separuh nafas rasanya. Ni malam ni fikir nak turun makan, naik balik ya ampun. Sesak!


Tapi rugilah tinggal makanan sedap hotel okeh. Demi asam pedas, tangga 5 tingkat sanggup ku renangi.
Malam membawak ke esok hari nak checkout hotel instruct guna lif staf. Syukurlah nak memikirkan tetel yang berenang dalam perut nak naik tangga lagi, mau muntah belahak balik kat tangga. 
Overall, pada aku MITC Hotel just nice untuk vacation dengan family. Kedudukan pun strategik bersebelahan MITC Melaka. Dekat dengan main attraction dan stesen bas. Makanan boleh tahan. Kuih muih sedap (kecuali kek fail. Chef buatlah kek lain please). Ada pool dan playground dalam kolam. 
Antara lain kedudukan MITC Hotel bagi aku agak strategik sebab sangat berdekatan dengan tempat tarikan menarik di Melaka dan berdekatan pusat bandar. Lari dari kesesakan dan kesibukan bandar Melaka. Buat yang tak suka menempuh kesesakan mungkin boleh pertimbangkan menginap di sini.
Katanya nak diet, tapi aku manusia yang rapuh. Apabila disogok makanan, terus lupa diri 😪

MITC HOTEL MELAKAJalan Konvensyen,75450 Ayer Keroh, Melaka06-2331551

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2018/11/review-mitc-hotel-ayer-keroh-melaka-ok-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Casa Bonita Hotel Melaka Murah Cantik Dan Ada Kolam Renang Lah

Casa Bonita Hotel Melaka Murah Cantik Dan Ada Kolam Renang Lah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 649 hits
Salam dears Orang kata rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan cara kan Well itulah yang Mama rasa masa bercuti ke Melaka baru baru ni bila tanpa dirancang kitorang sekeluarga tetiba pergi menginap di Casa Bonita Hotel Melaka dan dapat bili...
Menginap Di Muzaffar Hotel Melaka

Menginap Di Muzaffar Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1286 hits
Selama ini kalau datang Melaka pastinya akan duduk di rumah pakcik atau makcik bibah Tapi la ni tak boleh lah nak elak Kena duduk hotel sebab datang Melaka atas urusan kerja Dok pening juga pada asalnya nak pilih hotel mana yang sesuai Tuga...
Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

Masakan Padang Di Melting Pot Cafe Concorde Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 426 hits
Hi Korang Lama betul tak ke Concorde KL ek Tidur sana pun dah lama tak pi Itulah bila ada orang ajak makan so apa lagi jangan lepaskan peluang kan hehehehe Melting Pot Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb N...
Turun Pakai Tower Crane 3 Pekerja Proyek Hotel Jatuh Hingga Tewas

Turun Pakai Tower Crane 3 Pekerja Proyek Hotel Jatuh Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 240 hits
Identitas tiga pekerja malang itu yakni Nasrin dan Fatkhul Mujib warga Kabupaten Grobogan serta Latifatul Asror warga Kota Bandung
Bilik Rm200 000 Di Maldives Ditaja Pihak Hotel

Bilik Rm200 000 Di Maldives Ditaja Pihak Hotel

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 305 hits
Ramai memperkatakan tentang penginapan mewah Neelofa ketika selebriti itu bercuti ke kepulauan Maldives baru baru ini Bilik hotel mewah bawah laut yang The post appeared first on
Pertama Kali Tempah Hotel Dengan Traveloka

Pertama Kali Tempah Hotel Dengan Traveloka

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 346 hits
Assalammualaikum Dunia Salam Selasa Yeee Melaka cerah pagi nie malam tadi memang ujan lebat siap dengan petir lagi Oke first step korang sign in jew jadi memberPas tue korang pilihlah tempat percutian korang Korang akak nak share pengalaman...
Grab Menerima Suntikan Dana Rm800 Juta Daripada Pemilik Perkhidmatan Tempahan Hotel Booking Com

Grab Menerima Suntikan Dana Rm800 Juta Daripada Pemilik Perkhidmatan Tempahan Hotel Booking Com

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 401 hits
Grab baru baru ini dilihat mendapat suntikan dana sebanyak 200 juta daripada Microsoft untuk mengembangkan teknologi kecerdasan buatan dan dataraya mereka Syarikat perkongsian kenderaan tersebut nampaknya telah menerima suntikan data lagi d...
Menengok Hotel Mewah Bergaya Apartemen Milik Iwan Sunito Di Sydney

Menengok Hotel Mewah Bergaya Apartemen Milik Iwan Sunito Di Sydney

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 243 hits
Pengembang properti Crown Group merambah pasar hotel di Sydney Austalia Salah satu hotelnya yaitu SKYE Suites Sydney yang merupakan hotel kedua setelah SKYE Hotel Suites Parramata
New Luxury Sky Hotel Niccolo Changsha Now Open

New Luxury Sky Hotel Niccolo Changsha Now Open

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 305 hits
Niccolo Changsha officially opened its doors on 29 October 2018Niccolo Changsha officially opened its doors on 29 October 2018 ushering in a new era of impeccable hospitality and effortless luxury in the capital city of Hunan Province In si...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa