Casa Bonita Hotel Melaka Murah Cantik Dan Ada Kolam Renang Lah


Salam dears… Orang kata rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan cara kan? Well..itulah yang Mama rasa masa bercuti ke Melaka baru baru ni, bila tanpa dirancang kitorang sekeluarga tetiba pergi menginap di Casa Bonita Hotel Melaka dan dapat bilik yang luas dan best pada harga yang Mama rasa murah, memang best!
Alkisahnya macam ni…asalnya kitorang ke Melaka tu sebab nak redeem voucher penginapan di hotel lain. Tapi, pagi tu staff hotel tu call bagitau yang air tak ada sebab masalah paip pecah. Katanya baru pagi tu pecah dan tengah repair, anggaran dalam pukul 6 petang baru ok kot. Dia tanya nak cancel ke? Atau nak check in lambat tunggu air ok?
Aisehhh masa tu kitorang dah pun sampai kat Melaka, tak kan nak patah balik KL plak. Fikir punya fikir…ok lah kita check in lambat je lah. Terasa rugi minyak lah plak kalau patah balik ke KL. Baik jalan jalan dulu kat Melaka tu kan?
Sempat pergi tengok wayang kat Mahkota Parade dulu tu haa
Dah siap pergi tengok wayang, makan makan, ronda ronda bandar Melaka semua..dalam pukul 6.30 petang kitorang pergilah ke hotel tu. Tapi rupanya air masih belum ada. Air kat tangki semua pun dah habis kering.
Alamak…kang malam malam nak pergi tandas macam mana? Tau lah ngan budak budak kan, kot nak terkencing terberak bukan boleh tahan tu. Fikir punya fikir, jom lah cuba cari hotel lain. Kalau tak dapat, terpaksa lah tidur situ juga.
Casa Bonita Hotel Melaka Murah dan Berbaloi Terus Mama Google cari hotel murah di Melaka, nak cari yang harga bawah RM100 ja. Maklumlah, benda tak siap bajet, sesak oiii kalau bajet bulan ni lari huhu. Alhamdulillah, rezeki kitorang..bukak Agoda ja tengok ada harga promosi untuk Casa Bonita Hotel Melaka.
Untuk bilik Deluxe Twin harganya hanya RM91.50 ja untuk satu malam. Walaupun tak tahu hotel tu ok ke tidak, sebab tak pernah dengar pun nama Casa Bonita Hotel ni, Mama book je lah. Sebab baca review kat Agoda, ratingnya ok. Tawakal je lah, setakat nak tidur satu malam je pun kan. Tambah plak hotel tu ada kolam renang gak. Okeh cun..terus book!
Asalnya Mama booking bilik Deluxe Twin ja kat Agoda.
Masa nak check-in kat Casa Bonita Hotel tu, Mama kena tunggu dalam 20 minit laa juga sementara staff nak confirm kan ada tempahan dan siapkan bilik semua. Tapi ok laa, Mama tak kisah sebab faham, booking last minute kan. Dapat bilik pun dah bersyukur dah, masa tu risau gak kot booking tak masuk ke apa ke kan.
Bila dapat ja kunci, rasa leganyaaa ada tempat nak tidur malam ni hahaha. Dan…sebaik saja melangkah masuk ke bilik plak, Mama terkejut! Terkesima kejap…ehh betul ke bilik ni? Sebab Mama booking Deluxe Twin, patutnya hanya ada satu single bed dan satu queen bed. Tapi yang Mama dapat tu ada dua katil Queen dan biliknya luas!
Bila masuk tengok bilik air pun luas, dan peti ais besar. Almari pun cantik, elok tak berbau. Terus buka website hotel dan tengok bilik apa yang kitorang dapat ni? Mama rasa, bilik kitorang tu ialah Deluxe Quad dan harganya dalam RM200++, tapi kitorang dapat pada harga RM91.50 je.
Bilik Deluxe Quad yang kitorang dapat ni luas, selesa dan bersih.
Luas kan? Mama suka lantai gitu, tak suka karpet sebab risau berabuk kang mudah selsema atau semput.
Ada dua katil Queen, memang selesa lah. Bantal lembut ja sedap tidur. Tu sebelah kanan tu ialah pintu bilik air.
Nak tidur rapatkan katil, memang muat elok untuk kitorang lima beranak.
Peti ais besar tu haaa. Pastu almari tu smart weh, ada jaring jaring gitu tak lah berbau.
Kopi, gula, air mineral disediakan.
Bilik airnya pun luas dan bersih, terbaik lah.
Seterika dan ironing board disediakan kat koridor di luar bilik.
Mama memang rasa cam nak joget joget ja sebab dapat bilik tu, happy sangat! Mama tak minta upgrade bilik pun tau, entah kenapa staff bagi bilik tu tapi terima kasih sangat sangat lah ye hehe. Alhamdulillah rezeki kitorang daripada risau takut tak dak tempat nak bermalam, tup tup dapat tidur dalam bilik yang cantik pada harga murah, syukur sangat
Ada Outdoor Swimming Pool, Yayyy! Lagi satu sebab Mama happy ialah kat Casa Bonita Hotel Melaka ni ada kolam renang. Walaupun outdoor swimming pool, tetap syok dan anak anak enjoy. Kolam ni terletak di level Ground, turun ke parking pastu jalan keluar sikit. Ada kat sebelah bangunan hotel tu ja, tapi masih dalam kawasan hotel lah.
Outdoor swimming pool di Casa Bonita Hotel Melaka. Kalau bawa anak kecil kena hati hati sikit yer, sebab kolam kanak kanak bersambung ngan kolam dewasa.
Amboi relaks sungguh nampak hehehe
Lokasi Strategik Casa Bonita Hotel Melaka ni terletak di Klebang Kecil, hotelnya betul betul tepi jalan je. Mama rasa lokasi hotel ni memang strategik sebab tak jauh sangat dari pekan. Jarak dalam 10 minit ja drive ke Bandar Melaka dan Pantai Klebang.
Nampak gah kan? (Pic dari Agoda.com)
Ruang reception pun luas, staff yang layan Mama semuanya mesra belaka.
Suka deko di Casa Bonita Hotel ni, moden dan ringkas tapi cantik!
Bab makan, ada kafe dalam hotel tu tapi kitorang tak makan pun kat situ. Sebab nak keluar jalan jalan cari makan kat Bandar Melaka, dan nak sarapan di kedai Roti Canai Kayu Arang yang viral tu.
Ohh yaa…kat depan hotel ni pun ada kedai makan juga kalau korang tak mau makan kat kafe hotel. So bab lokasi dan makan minum, Mama rasa tak perlu risau bila menginap kat sini.
Welcome to Casa Bonita Hotel Melaka
So..kalau korang mencari hotel murah dan cantik di Melaka yang ada kolam renang, boleh laa cuba menginap di Casa Bonita Hotel Melaka ni juga. Pandai pandai lah korang bandingkan harga kat Booking.com ka Agoda.com ka Trivago ke apa ker. Mana tau, ada rezeki dapat bilik macam kitorang gak kan?
66 total views, 3 views today
The post Casa Bonita Hotel Melaka Murah, Cantik dan Ada Kolam Renang Lah… appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2018/11/casa-bonita-hotel-melaka-murah-cantik-dan-ada-kolam-renang-lah.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Hotel Murah Di Melaka

Senarai Hotel Murah Di Melaka

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 457 hits
Melaka adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia Ia sentiasa dikunjungi pelancong tempatan terutama ketika musim cuti sekolah dan juga popular di kalangan pelancong dari seluruh dunia Di samping banyak tempat bersej...
Pakej Murah Flight Dan Hotel Di Traveloka

Pakej Murah Flight Dan Hotel Di Traveloka

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 470 hits
Akhir tahun ramai kawan kawan dan saudara mara pergi bercuti Wall socmedia di penuhi dengan kisah kisah travel mereka Seronok Tak kisahlah bercuti di dalam negara mahupun di luar negara Pastinya ia satu pengalaman baru yang menyeronokkan bu...
Mitc Hotel Ayer Keroh Melaka Ok Ke

Mitc Hotel Ayer Keroh Melaka Ok Ke

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 752 hits
Review MITC Hotel Ayer Keroh Melaka Wah soalan bukan main MITC Hotel Ayer Keroh Melaka ok ke tak Biasalah soalan tanya kat Mr Google nak tengok review ok ke tak Aku pun dah terjebak tanya soalan yang sama setiap kali outstation Aku ada upda...
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1424 hits
Beriadah bersama keluarga sememangnya aktiviti yang menarik dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesame keluarga Baru baru ini Cik iena dan keluarga serta adek beradik mak dan anak cucu mereka beriadah bersama sama di Kola...
Menginap Di Muzaffar Hotel Melaka

Menginap Di Muzaffar Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1286 hits
Selama ini kalau datang Melaka pastinya akan duduk di rumah pakcik atau makcik bibah Tapi la ni tak boleh lah nak elak Kena duduk hotel sebab datang Melaka atas urusan kerja Dok pening juga pada asalnya nak pilih hotel mana yang sesuai Tuga...
Ini Anak Dara Raja Azura Wow Cantik Cukup Pakej

Ini Anak Dara Raja Azura Wow Cantik Cukup Pakej

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 830 hits
Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi Itulah yang MH boleh katakan bila terlihat sebuah video yang dimuat naik oleh Raja Azura atau lebih dikenali sebagai kak Engku bercerita tentang puteri kesayangannya yang kini semakin meningkat ...
Bukan Sekadar Cantik Rekaan Baju Kahwin Pilihan 23 Selebriti Wanita Malaysia Ini Juga Sangat Mewah Dan Menawan Hati

Bukan Sekadar Cantik Rekaan Baju Kahwin Pilihan 23 Selebriti Wanita Malaysia Ini Juga Sangat Mewah Dan Menawan Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1622 hits
Bila bercerita tentang perkahwinan selebriti pasti ramai yang suka lihat baju perkahwinan mereka dulu kan Pasti akan ada macam macam macam kita ni pereka baju la Masakan tidak rasanya baju perkahwinan memainkan peranan penting buat mereka y...
Sebulan Bapanya Mencari Rupanya Gadis Cantik Ini Berada Dalam

Sebulan Bapanya Mencari Rupanya Gadis Cantik Ini Berada Dalam

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1016 hits
Misteri kehilangan seorang gadis cantik warga China selama hampir sebulan yang didakwa bapanya sebelum ini terjawab semalam apabila dia sebenarnya berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Zhou HanKetua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komision...
Biodata Asyalliee A K A Syasya Solero Macam Cantik Je

Biodata Asyalliee A K A Syasya Solero Macam Cantik Je

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 2223 hits
Asyalliee Makeup a k a Syasya Solero adalah seorang gadis yang pernah viral suatu masa dahulu disebabkan video Macam cantik je Macam comel je Disebabkan video tersebut nama beliau menjadi trending dan sebutan rakyat Malaysia sehinggakan ban...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game