Misteri Sumpahan Pulau Gaiola


Terletak di Teluk Naples, Itali, Pulau Gaiola merupakan salah satu kawasan yang dilindungi di kawasan Taman Bawah Laut Gaiola. Persekitarannya yang cantik dan terletak hanya 30 meter dari kaki pantai menjadikan ia salah satu pulau tumpuan pengunjung sewaktu musim panas.


Pulau Gaiola merupakan sebuah pulau kecil dan terletak bersebelahan pulau lain, iaitu Pulau Euplea. Kedua-dua pulau ini disambungkan dengan sebuah jambatan kecil.

Namun, sebuah vila misteri yang tidak berpenghuni yang terdapat di Pulau Gaiola lebih popular telah diperkatakan sejak dahulu lagi. Kononnya, sesiapa yang membeli vila itu akan ditimpa nasib malang.

Ramai yang mengaitkan vila tersebut dengan sumpahan yang kononnya masih menghantui kawasan kepulauan Gaiola sehingga ke hari ini.

Sejarah mengatakan Pulau Gaiola pertama kali didiami oleh seorang petapa yang juga dianggap sebagai ahli sihir oleh penduduk tempatan pada kurun ke 19.

Mengikut cerita, siri sumpahan bermula sekitar tahun 1920an. Waktu itu, Pulau Gaiola dimiliki oleh seorang lelaki Swiss bernama Hans Braun. Dia ditemui mati dibunuh dalam keadaan mayat dibalut dengan permaidani.

Tidak lama selepas kejadian tersebut, isterinya pula ditemui mati lemas di dalam laut tidak jauh dari pulau tersebut. Punca kematian tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.

Pemilik vila seterusnya ialah seorang lelaki Jerman, juga meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berada di dalam vila tersebut.

Nasib serupa melanda pemilik vila yang baru, Maurice-Yves Sandoz. Dia yang merupakan pengusaha bidang farmasi akhirnya membunuh diri di sebuah hospital mental di Switzerland.

Masih belum puas 'memburu' mangsa baru, pemilik seterusnya ialah seorang pengusaha kilang besi, Barol Karl Paul Langheim. Beliau dihantui oleh masalah ekonomi selepas membeli vila di Pulau Gaiola. Dia akhirnya jatuh miskin dan vila itu beralih tangan kepada Gianny Agnelli.

Namun, nasib malang mula menimpa Gianny apabila ahli keluarganya meninggal dunia seorang demi seorang.

Kemudian, vila Pulau Gaiola bertukar milik kepada seorang jutawan bernama Paul Getty. Dia turut mengalami kejadian malang selepas memiliki pulau tersebut apabila cucunya diculik.

Pemilik terakhir yang sempat direkodkan ialah Gianpasquale Grappone yang turut tidak terlepas daripada tempias sumpahan. Dia telah dipenjarakan kerana syarikat insurannya jatuh muflis.

Sehingga ke hari ini, tiada sesiapa lagi yang berani dan berminat untuk memiliki vila di pulau berhantu itu walaupun keadaan geografinya yang cantik dan menarik. Pulau Gaiola dan vila di dalamnya akhirnya kini dibiarkan sepi tanpa penghuni.

Pada tahun 2009, sekali lagi pulau ini menjadi bualan orang ramai apabila Franco Ambrosio dan isterinya Giovanna Sacco, pemilik sebuah vila yang berhadapan dengan pulau berhantu itu mati dibunuh dengan misteri.

Walaupun terkenal dengan pelbagai jolokan cerita sebagai kawasan yang disumpah, pulau ini masih menerima kunjungan pelancong daripada seluruh dunia saban hari.

Jangan risau, sumpahan tidak menimpa para pelancong yang datang menjejakkan kaki ke pulau itu.

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka

-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/08/misteri-sumpahan-pulau-gaiola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Seimbang Dap Pulau Pinang Kecewa Komposisi Kabinet

Tak Seimbang Dap Pulau Pinang Kecewa Komposisi Kabinet

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 272 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 3 2022 2 22 PMDAP Pulau Pinang menyifatkan komposisi politik kabinet yang baru diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai tidak seimbang walaupun bersetuju dengan pembentukan kabinet yang lebih kecil Pen...
Makan Steak Di Barbarian Station Bandar Perda Pulau Pinang

Makan Steak Di Barbarian Station Bandar Perda Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 274 hits
Restoran Barbarian StationRestoran Barbarian StationBarbarian Station ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang Restoran Barbarian Station ni main serve diorang ni steak la ala ala steakhouse la kalau makan disini Steak ni agak mahal gak la ...
Pulau Pinang Akan Terus Bincang Bekalan Air Dengan Perak

Pulau Pinang Akan Terus Bincang Bekalan Air Dengan Perak

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 187 hits
PULAU Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak bagi mengimport air mentah dari negeri jiran Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata k...
Prestasi Pn Buat Kerusi Melayu Ph Di Pulau Pinang Berisiko

Prestasi Pn Buat Kerusi Melayu Ph Di Pulau Pinang Berisiko

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 125 hits
Dineskumar RaguGEORGE TOWN Prestasi Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum ke 15 lalu meletakkan gabungan itu dalam kedudukan kukuh untuk merampas kerusi majoriti Melayu Pakatan Harapan di Pulau Pinang pada pilihan raya negeri akan data...
Dap Dahului Semua 7 Kerusi Parlimen Di Pulau Pinang

Dap Dahului Semua 7 Kerusi Parlimen Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 118 hits
PARTI komponen Pakatan Harapan DAP nampaknya mendahului kesemua tujuh kerusi Parlimen di Pulau Pinang Mengikut keputusan tidak rasmi DAP mendahului di kerusi Parlimen Bagan Bukit Mertajam Batu Kawan Bukit Bendera Tanjong Jelutong dan Bukit ...
Wanita Yang Sarat Mengandung Kini Dah Boleh Untuk Bersalin Di Pulau Tioman

Wanita Yang Sarat Mengandung Kini Dah Boleh Untuk Bersalin Di Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 165 hits
ROMPIN Wanita yang sarat mengandung di Pulau Tioman kini boleh bersalin di Klinik Kesihatan Kampung Tekek di Pulau Tioman berikutan klinik tersebut telah dinaik taraf Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jika dahulu ...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Kurangkan 60 Peratus Tambang Feri Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 122 hits
ROMPIN Kerajaan Pahang mengurangkan 60 peratus tambang feri ke Pulau Tioman berbanding kadar semasa RM50 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia diputuskan selepas mendengar rungutan penduduk Pulau Tioman termasuk harga tam...
Misteri Penemuan Pintu Gerbang Ke Neraka

Misteri Penemuan Pintu Gerbang Ke Neraka

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 116 hits
Jika di China ada gerbang menuju ke syurga di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki Gerbang y...
Menguak Alasan Kenapa Perempuan Kalau Nyetir Motor Tangannya Dibalik Sebuah Misteri

Menguak Alasan Kenapa Perempuan Kalau Nyetir Motor Tangannya Dibalik Sebuah Misteri

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 130 hits
Membolak balikkan tangan dan jaket saat berkendara sepertinya memang jadi sekte tersendiri di kalangan para perempuan
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone