Misteri Penciptaan Langit


Kesedaran keagamaan umat Islam, langit adalah suci kerana difahamkan sebagai tempat asal turunnya wahyu Allah. Kesucian langit juga jelas daripada pemahaman bahawa Allah SWT berada di atas langit.

Gambar hiasan.

Dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa Nabi Muhammad SAW membenarkan pendapat seorang wanita tua yang menyatakan bahawa Allah SWT berada di langit. Ditambah lagi kisah Mikraj, iaitu perjalanan ke langit ketujuh untuk bertemu Allah SWT yang bersemayam di atas arasy, iaitu di atas langit (rujuk al-Ra'd: 2, al-Sajdah: 4 dan al-Hadid: 4).

Pada hari kiamat, langit akan digulung seperti gulungan kertas. Setelah itu, penciptaan langit akan diulang kembali sebagaimana penciptaan pertama (rujuk al-Anbiya: 104)

Tujuh lapis

Dalam al-Quran terdapat ungkapan "tujuh (lapis) langit" (rujuk al-Baqarah: 29; al-Mulk: 3; Nuh: 15 dan al-Naba': 12). Pendapat para ulama tentang ertinya berbeza-beza. Para ahli ilmu falak klasik mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan 'tujuh (lapis) langit' ialah tujuh planet dan tujuh lapisan yang mengelilingi bumi.

Ada juga berpendapat bahawa kata 'tujuh' itu adalah bilangan sebenarnya. Planet yang kita saksikan ialah bahagian daripada langit pertama, dan di atasnya ada enam lapis lagi.

Bintang ialah hiasan langit bagi yang memandangnya (rujuk al-Hijr: 16). Di tempat lain dinyatakan bahawa bintang ialah alat pelempar syaitan (rujuk al-Mulk: 5) yang cuba mencuri dengar berita daripada malaikat (rujuk al-Hijr: 17-18).

Al-Quran juga menggunakan kata 'langit' dengan maksud 'lapisan udara yang mengelilingi bumi' seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami telah menjadikan langit itu sebagai bumbung yang terpelihara. (al-Anbiya': 32)

Hingga kini, langit dan segala isinya masih menjadi misteri dan cabaran besar bagi ilmu pengetahuan. Manusia kemudiannya mencipta teleskop untuk menyelidiki objek di langit.

Singgahsana Allah

Kata arasy banyak disebutkan di dalam al-Quran dan sering dimaksudkan sebagai singgahsana Allah SWT. Singgahsana Allah SWT meliputi langit dan bumi, sebagaimana disebut dalam firman-Nya: Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy…… (al-Furqan: 59)

Pekara itu juga ada disebut dalam firman-Nya: Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-Nisa': 131).

Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Maidah: 120)

Al-Sama'

Al-Quran memberikan makna 'langit' (Arab: al-sama') dalam erti kata yang luas. Ada kata 'langit' yang bermakna 'arah atas yang berdekatan dengan bumi', seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Tidaklah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah SWT mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimat yang baik adalah sebagai pohon yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangnya (puncak menjulang) ke langit. (Ibrahim: 24)

Kadang-kadang yang dimaksudkan dengan langit ialah kawasan yang jauh dari bumi. Seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (lautan) yang banyak faedahnya. (Qaf: 9)

Di tempat lain, kata 'langit' digunakan oleh al-Quran untuk menunjukkan planet lain, iaitu dalam firman Allah yang bermaksud: Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap. (Fussillat: 11)

Sidratulmuntaha

Nabi Muhammad SAW pernah mengunjungi sidratulmuntaha, tempat paling tinggi di atas langit ketujuh, yang terletak dekat syurga (al-Najm: 14-15). Disebabkan sidratulmuntaha berada di tempat tertinggi, maka kunjungan itu disifatkan oleh para ahli tafsir sebagai menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah sampai pada kebijaksanaan tertinggi yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Buraq

Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad SAW menaiki kenderaan seperti tangga yang bergerak naik seperti cahaya, iaitu buraq menembusi langit.

Baginda ditemani oleh Malaikat Jibrail untuk menghadap Allah SWT dekat pohon sidaratulmuntaha di atas langit ketujuh, dekat dengan syurga.

Allah SWT merperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW sebahagian daripada tanda kebesaran-Nya (al-Najm: 18)

Perjalanan menembusi langit itu sukar diterima akal, apalagi Nabi Muhammad SAW melakukannya hanya dalam satu malam. Hal tersebut hanya dapat dijelaskan melalui iman bahawa peristiwa seperti itu terjadi semata-mata kerana kehendak Allah SWT.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Fenomena Misteri Langit BerlubangJawapan Untuk Pertanyaan Di Manakah Allah?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/09/misteri-penciptaan-langit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langit Atau Bumi Mana Yang Diciptakan Dahulu

Langit Atau Bumi Mana Yang Diciptakan Dahulu

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 341 hits
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan apabila Ia berkehendak suatu maka Ia hanya berfirman kepadanya Jadilah engkau Lalu menjadilah ia Ayat di atas ingin memperlihatkan kekuasaan Allah SWT yang mana menciptakan langit dan bumi t...
Video Puing Roket Melintas Langit Ri Milik China Jatuh Di Samudera Hindia

Video Puing Roket Melintas Langit Ri Milik China Jatuh Di Samudera Hindia

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 198 hits
Sampah tersebut berupa roket bekas peluncuran modul stasiun antariksa China yang berbobot sekitar 20 ton dan berukuran 30 meter
Negarawan Dan Penyamun Itu Beza Dan Jarak Nya Macam Bumi Dengan Langit

Negarawan Dan Penyamun Itu Beza Dan Jarak Nya Macam Bumi Dengan Langit

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 198 hits
Korup makan babi tanpa taubat diterima tempatnya di neraka Berakhlak beramanah tempatnya di syurga Ukur status dan terima hakikat Jangan stress tenang
Viral Awan Jatuh Dari Langit Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Viral Awan Jatuh Dari Langit Ini Sebenarnya Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 419 hits
Viral Awan Jatuh Dari Langit 8216 Ini 8217 Sebenarnya Yang Terjadi Baru baru ini satu fenomena aneh yang berlaku di kawasan ladang kelapa sawit di Kampar Riau Indonesia telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen Menerusi video tular...
5 Potret Rizky Langit Ramadhan Anak Rossa Di La Curi Perhatian

5 Potret Rizky Langit Ramadhan Anak Rossa Di La Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 261 hits
Beberapa waktu lalu Rossa dan anaknya Rizky Langit Ramadhan berlibur di Amerika Keduanya juga mengunjungi Los Angeles Rossa membagikan potret Rizky Langit Ramadhan saat di Los Angeles Buah hati Rossa kini sudah beranjak dewasa Gaya Rizky La...
Pdip Soal Elektabilitas Ganjar Puan Bagai Langit Bumi Survei Bukan Patokan Kami

Pdip Soal Elektabilitas Ganjar Puan Bagai Langit Bumi Survei Bukan Patokan Kami

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 221 hits
Survei akan dipengaruhi bagaimana kerja politik kader partai PDIP tak jadikan survei patokan karena sangat dinamis
Telefilem Misteri Wak Leman Di Tv Okey

Telefilem Misteri Wak Leman Di Tv Okey

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 341 hits
Saksikan telefielm Misteri Wak Leman yang akan menemui penonton pada 17 Julai 2022 hari Ahad pada jam 2 30 petang di slot Layar Okey di TV Okey atau boleh strim secara online di Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Tribution Stu...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari