Misteri Disebalik Bangunan Kellie S Castle Yang Kita Tak Ketahui
Kellie's Castle Dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang British Yang bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk binaan istana Moghul, Agra, India. Kellie Smith memula perancangannya untuk membina istana besar yang dinamakan sebagai Kellas House sempena nama rumahnya yang terletak di Scotland, namun ia juga lebih dikenali Sebagai "Istana Kellie". Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik termasuk ruangan linen, bilik bacaan, fotografi, Bilik simpanan arak dan juga bilik bawah tanah yang dilengkapi telorong rahsia berserta dengan kemudahan lif Yang pertama dibina di Tanah Melayu.
Istana Kallie merupakan istana yang tidak sempat disiapkan keran Kallie Smith meninggal dunia pada 11 Disember 1926 di pelabuhan Lisbon, Portugal kerana dijangkiti radang paru-paru. Perniagaan Smith turut juga merosot apabila terdapat 70 orang pekerjanya yang khas dibawa dari India mati akibat jangkitan Selesema Spanish. Isteri Kellie Smith iaitu Agnes terpaksa pulang ke England apabila anak lelakinya Anthony terkorban dalam pertempuran ketika dalam perang dunia pertama, manakala anak perempuannya Helen menghilangkan diri secara tiba-tiba. Kallie's Castle hanya sempat disiapkan kira-kira dalam 70 peratus sahaja.
Apa yang pasti kesemua ahli keluarga Smith tidak mati dalam istana Kellie. Mereka hanya sempat tinggal dalam rumah Kuning sahaja yang hanya terletak dibersebelahan Istana Kellie. Selain itu, rumah agam ini juga dikatakan berhantu. Sehingga kehari ini, banyak kisah misteri mengenai istana Kellie ini yang masih belum terungkai.
Difahamkan keadaan persekitarnya turut didalam istana Kellie itu sendiri dikatakan berhantu dan menyeramkan oleh disebabkab faktor penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu apabila menjadikan bangunan tersebut sebagai tempat seksaan dan pembunuhan bagi penduduk kampung. Kononnya, ramai yang telah terkorban disitu dan orang ramai berpendapat lokasi tersebut berhantu, namun keadaan itu juga dikaitkan dengan kematian keluarga Smith.
Tetapi ini hanyalah buah mulut orang dan fakta semata-mata yang tidak tepat kerana tiada seorang pum dari keluarga Smith yang mati dalam istana tersebut. Istana Kellie juga menyimpan pelbagai kisah misterinya yang tersendiri dan menyeramkan. Malah istana Kellie pernah dinobatkan sebagai istana yang menjadi antara kawasan tarikan para pelancong oleh akbar New Strait Times yang bertarikh 13 Mac 2006 yang lalu.
Sumber: m.analisadaily.com/read/kellies-castle-cinta-yang-tak-rampung/173917/2015/09/25
Antara kisah-kisah misteri yang dikatakan berlaku di Istana Kellie adalah roh William Kellie Smith dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu. Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast Enterprise, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie turut berkongsi kisah misteri ketika ditemuduga dalam satu rancangan dokumentari. Beliau merujuk peristiwa di mana sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki berbangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith. (Sumber: NST, 27 Mei 2008). Namun, misteri berkaitan bangunan ini masih belum dipastikan kebenaranya oleh mana-mana pihak.
Sumber: Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/05/misteri-disebalik-bangunan-kellies.html