Detik Disebalik Kumpulan The Beatles Diugut Oleh Imelda Marcos Kerana Menolak Jemputannya Serta Diserang Secara Ganas



Selepas Beatles melancarkan album Rubber Soul mereka pada akhir tahun 1965, mereka kemudian merakamkan pula album seterusnya iaitu Revolver.Ketika ini jugalah kumpulan pop paling terkenal ketika itu memutuskan untuk memulakan konsert jelajah dunia mereka.

Menurut ahli kumpulan itu sendiri, kedua-dua album ini mengandungi muzik yang agak sukar untuk dimainkan di atas pentas secara langsung. Walau bagaimanapun, cabaran itu tidaklah begitu sukar berbanding krisis yang dihadapi mereka ketika melakukan jelajah di Filipina di mana nyawa diancam dan berada dalam keadaan bahaya.


Pada bulan Julai 1966, The Beatles telah melawat Filipina dalam siri jelajah dunia mereka dan tidak sengaja menaikkan kemarahan First Lady ketika itu iaitu Imelda Marcos.

Isteri kepada Presiden Filipina yang ke-10, Ferdinand Marcos , beliau telah menjemput kumpulan The Beatles untuk menghadiri majlis sarapan pagi bersamanya di Istana Presiden di Manila, mengharapkan kugiran itu hadir tanpa berfikir panjang.

Apabila The Beatles menerima jemputan itu, mereka meminta pengurus kugiran mereka, Brian Epstein, menolak jemputan itu dengan sopan beserta penjelasan bahawa ia bukanlah polisi mereka untuk menerima jemputan "rasmi" seperti itu. Ia mungkin disebabkan pemikiran "hippies" yang dibawa oleh kumpulan itu.


Tidak lama selepas itu, barulah The Beatles menyedari bahawa rejim Marcos jarang sekali ditolak atau mendengar perkataan "tidak" dari sesiapapun. Imelda Marcos berasa berang apabila mendapati bahawa The Beatles tidak akan menjadi tetamu istimewa pada jamuan mewah yang dirancangnya melibatkan lebih daripada 200 orang tetamu itu.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila semua stesen televisyen dan radio di Filipina menyiarkan tentang penolakan jemputan yang memalukan itu. Sejurus sahaja selepas itu, pihak polis Filipina yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan The Beatles tiba-tiba 'hilang' dan ditarik balik.

Pengurus The Beatles iaitu Epstein telah meminta Chanel 5 untuk satu ditemubual di Hotel Manila agar dapat membuat pemohonan maaf secara terbuka. Akan tetapi, sejurus sahaja sebelum wawancaranya itu akan disiarkan, saluran televisyen yang dikawal kerajaan itu tiba-tiba mengalami "black-out".


Hotel di mana kumpulan itu menginap juga telah diserang oleh peminat-peminat yang marah. Oleh itu, The Beatles dan rombongan mereka telah melarikan diri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dengan sendirinya tanpa bantuan.

Dilaporkan, ketika kumpulan itu dan rombongan mereka berjalan turun daripada bilik melintasi ruang legar hotel, kakitangan hotel secara beramai-ramai telah berbaris dan berteriak dengan marah kepada mereka dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol.

Apabila mereka menghampiri terminal lapangan terbang dan cuba masuk ke dalam, sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang berada di situ telah menyerbu mereka. Kumpulan kecil itu cuba menarik dan memukul anggota The Beatles.


Mereka ditolak oleh kumpulan yang berang itu sehingga pengurus jelajah mereka, Mal Evans, mengalami beberapa kecederaan fizikal akibat dipukul dan ditendang.Salah seorang anggota The Beatles iaitu Ringo Starr mendakwa bahawa orang ramai mula meludah ke arah mereka. 

Ketika kekalutan itu berlaku, The Beatles berjaya menyertai dan bersembunyi di sebalik sekumpulan biarawati dan biarawan. Mereka kemudian mendaftar masuk penerbangan mereka secepat mungkin. Ahli-ahli lain rombongan mereka juga diserang secara fizikal dan mengalami beberapa kecederaan ringan.


The Beatles berkata bahawa mereka tidak dapat membezakan antara kumpulan penunjuk perasaan dengan pihak polis kerana pasukan keselamatan itu juga dilihat cuba menyerang mereka.Ketika ahli kumpulan dan anggota rombongannya ditarik dan ditolak, John Lennon melaporkan bahawa dia mendengar orang di sekelilingnya menjerit "Anda tidak layak menerima layanan istimewa, hanya layanan seperti penumpang biasa!". 

Lennon mengatakan, penumpang biasa yang lain pun tidak diperlakukan seteruk ini.Penyanyi The Beatles, Paul McCartney, berkata bahawa apabila mereka mula menaiki pesawat, mereka semua mencium kerusi pesawat seolah-olah telah menemui tempat perlindungan yang selamat.


Mereka sedar bahawa mereka berada di negara asing di mana semua peraturan adalah berbeza dengan tempat asal mereka. Ringo Starr yang begitu takut akan dipenjarakan ketika itu berkata, mereka akan lebih berhati-hati selepas ini ketika menjelajah ke negara asing.

Apabila rombongan The Beatles menaiki kapal terbang, dua pengurus mereka iaitu Esptein dan Evans telah diarahkan turun. Epstein telah dipaksa membayar cukai rasmi sebanyak £6,800 (RM 36,300) dan menandatangani pengesahan pertukaran bon cukai sebelum dibenarkan untuk kembali ke dalam pesawat.

John Lennon ketika ditanya mengenai pengalamannya ketika berada di Filipina menjawab "Saya mungkin tidak akan kembali ke tempat itu lagi. Sekiranya saya kembali sekalipun, saya mungkin akan membawa Bom Hidrogen bersama-sama".



Kredit: Illuminasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/04/detik-disebalik-kumpulan-beatles-diugut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ctos Pinjaman Berlesen Majoriti Syarikat Pinjaman Menolak Permohonanan Dari Peminjam Yang Disenarai Hitam Oleh Ctos

Ctos Pinjaman Berlesen Majoriti Syarikat Pinjaman Menolak Permohonanan Dari Peminjam Yang Disenarai Hitam Oleh Ctos

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 455 hits
Hai semua Hari ni Iza nak share berkaitan dengan CTOS atau senarai hitam mereka yang pernah membuat pinjaman dengan mana mana syarikat Pinjaman Berlesen tapi TAK HABIS BAYAR Untuk info semua sekiranya anda tidak membayar pinjaman nama anda ...
Comeback Dennis Lau Di Konsert The Chosen Jun Ini

Comeback Dennis Lau Di Konsert The Chosen Jun Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 431 hits
nbsp The Chosen Konsert Dennis Lau amp Friends bakal berlangsung tidak lama lagi Konsert yang akan menampilkan barisan penyanyi penyanyi hebat bersuara unik bakal menggamatkan pentas The Chosen Jun ini Antara penyanyi yang bakal muncul di p...
Off Road Driving Tips For The Toughest Of Terrains

Off Road Driving Tips For The Toughest Of Terrains

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 707 hits
Off road driving is an enjoyable for people wanting to get away from the daily grind at weekends and experience the road less traveled As off roading grows in popularity Driver Assist Technologies have also been developed along the way with...
Filem The Batman Arahan Matt Reeves Bakal Tampilkan Watak Robin

Filem The Batman Arahan Matt Reeves Bakal Tampilkan Watak Robin

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 433 hits
Akhirnya gembar gempur siapa yang bakal memegang watak Batman sudah pun terjawab Secara rasminya Robert Pattison bakal memegang watak itu selepas kali terakhir di pegang oleh Ben Affleck Namun menurut sumber dari Forbes Batman tidak akan me...
Gloomy Raya Windscreen Smashing Biker Gets 12 Months In The Slammer

Gloomy Raya Windscreen Smashing Biker Gets 12 Months In The Slammer

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM A motorcyclist will be spending this Hari Raya in jail after the Magistrate s Court here sentenced him to 12 months in prison for smashing the windscreen of a car recently Magistrate Nurshahira Abdul Salim meted out the sentence a...
The Enforcer An Xsr700 From Ironwood Motorcycles

The Enforcer An Xsr700 From Ironwood Motorcycles

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1013 hits
It s just over three years since Yamaha launched the XSR700 and sales have been slow That s almost certainly down to the awkward styling because the XSR700 is a good bike to ride and the 689cc inline twin is an absolute peach of a motor The...
The Roots Eco Resort Untuk Mereka Yang Mahu Percutian Ala Desa

The Roots Eco Resort Untuk Mereka Yang Mahu Percutian Ala Desa

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 813 hits
The Roots Eco Resort Jika mahu mencari dan merasai pengalaman percutian suasana desa maka tempat ini adalah destinasi penginapan yang sesuai untuk anda Lokasinya terletak di pinggiran bandaraya Ipoh berdekatan Chemor jauh daripada kesibukan...
I Arrived Kansai Airport At 9 45pm Can I Still Reach The Hotel In Time

I Arrived Kansai Airport At 9 45pm Can I Still Reach The Hotel In Time

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 636 hits
As a traveller one thing that makes me nervous is to pass immigration during the night flight When I came to before it was haywire and we grab a taxi which my brother paid RM600 for us to be at When I travel with a friend this time of cours...
Balik Kampung Rush For Hari Raya Continues Over The Weekend

Balik Kampung Rush For Hari Raya Continues Over The Weekend

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 896 hits
KUALA LUMPUR The Balik Kampung rush for the Aidifitri celebration continues after thousands starting the trek back to their hometowns from the end of the work week Friday The Aidilfitri celebration is expected to be on Wednesday and Thursda...
Sabah Fc Mahu Sambar Kim Pan Gon

Raikan Petang Panas Dengan Man Cendol

T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups