Mismis Ubat Gigi Halal Jenama Mismis Tanpa Fluorida Semulajadi
Mencari yang Halal adalah suatu kewajipan bagi seorang Muslim. Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai barang makanan, minuman dan barang gunaan menuntut kita berwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangan tersebut kerana masalah halal dan selamat. Justeru itu, kewajipan menggunakan makanan dan barangan halal lagi baik amatlah penting dalam kehidupan kita seharian
Pada hujung minggu lepas, mama berkesempatan menghadiri satu event MISMIS Day 2019 bersama Dr. Siti, Blogger dan Instafamous di Klinik Pergigian Nurul Akmar, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Dalam event tersebut banyak Dr. Siti berkongsi mengenai penjagaan gigi yang betul dan juga tahniah kepada MISMIS kerana berkolaborasi dengan Klinik Pergigian Nurul Akmar. Sebenarnya inilah pertama kali mama mengetahui produk MISMIS di pasaran. Sebelum ini memang mama tidak tahu langsung kewujudan produk penjagaan gigi dari MISMIS
Untuk pengetahuan semua, MISMIS adalah dibawah syarikat iaitu NFA Technologies Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 2014 lagi. Syarikat ini adalah untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi berasaskan polifenol koko yang pertama bersama bahan semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. Ia telah mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua linkungan umur untuk seisi keluarga dari kanak-kanak sehingga dewasa.
Untuk jenama MISMIS ini telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi ini. Bagi jenama MISMIS ini telah dikilangkan dan disahkan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard)
Antara produk terbaharu MISMIS adalah Ubat Gigi Premium Pudina Koko dengan kerjasama penyelidikan dari Lembaga Koko Malaysia. Produk ini menggunakan bahan aktif polifenol - tannin yang telah terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S.Sanguis yang penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Jadi penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya oleh Vitamin E dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada masalah kaviti mulut
Dalam perkongsian tentang penjagaan gigi yang betul bersama oleh Dr. Siti, mama telah menerima satu kesedaran mengenai penjagaan gigi untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Jadi kepada ibu bapa di luar sana wajiblah bawa anak-anak untuk buat pemeriksaan gigi 2 kali setahun bagi penjagaan gigi yang baik. Malah dengan penjagaan gigi dengan produk gigi dari MISMIS juga sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara tips yang Dr. Siti kongsikan kepada kami semua pada hari tersebut adalah :-Bagi yang suka minum kopi boleh mencuba minum kopi melalui straw untuk mengurangkan masalah gigi kuning.Untuk gigi anak seharusnya diberus apabila mereka mempunyai gigi dan penggunaan ubat gigi fluorida hanya perlu digunakan pada peringkat yang dibenarkan.Dapatkan pemeriksaan gigi untuk anak-anak sebanyak 2 kali setahun bagi mendapatkan gigi yang sempurna.Penjagaan gigi wajib kepada semua peringkat umur dan jika ada sakit pada bahagian dalam mulut cepatlah dapatkan rawatan sebelum ia merebak kepada yang tidak ingini.
Antara produk penjagaan gigi keluaran MISMIS yang telah berada di pasaran adalah seperti Ubat Gigi terdapat 2 kategori bagi kegunaan dewasa dan juga kanak-kanak yang tidak mengandungi Paraben, SLS dan fluorida. Kesemua ubat gigi MISMIS berasaskan bahan semulajadi dan tidak lupa juga aroma koko yang mengharumkan, menyegarkan nafas sepanjang masa.
Selain itu, ubat gigi MISMIS mempunyai Extra Cool Mint yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. Ia juga diformulasikan tanpa bahan paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik serta diperbuat dari bahan pembuatan makanan "food grade" dan selamat jika termakan semasa memberus gigi terutamanya untuk kanak-kanak
Antara produk MISMIS yang berada di pasaran
MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dengaan warna warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru mengikut warna kegemaran anda dan keluarga. Diperbuat dari nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Ia selamat untuk anda dan keluarga dan kini anda boleh memberus gigi tanya ragu. Berus gigi MISMIS yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan melindungi gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan plak
Ubat gigi kanak-kanak
Produk MISMIS yang terbaharu adalah buat gigi MISMIS just for kids. Terdapat dalam 2 perisa, Chocolata dan Bubble Gummy. Ia amat sesuai kepada keluarga yang inginkan produk yang bebas dari flourida dan selamat jika tertelan. Buih ubat gigi juga menggunakan dari sumber kelapa. Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa mengembara dan Mismis ubat kumur Minty Leaf (mouthwash) yang akan dipasarkan tidak lama lagi
Untuk harga ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga diantara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit di seluruh negara. MISMIS boleh juga didapati menerusi online di Watson, Airasia (Rokki.com), Shopee, Lazada dan di semua online e-commerce
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : www.mismis.com.myFacebook : www.facebook.com/mismistoothpasteInstagram : www.instagram.com/_makeitsmile
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2019/12/mismis-ubat-gigi-halal-jenama-mismis.html