Miskin Bercampur Sombong Pernah Jumpa Dak 10238



Wednesday, April 22, 2020
JANGAN TERKENA VIRUS BUSUK HATI
nizam aka

Kenapa perlu DENGKI,SAKIT HATI dan CEMBURU dengan usaha-usaha murni Ustaz Ebit Lew? Sepatutnya sebagai seorang yang konon-kononnyanya ustaz dan seorang yang konon-kononnya pejuang parti suci murni,kamu menyokong dan bersama-sama dengan usaha yang dibuat oleh ustaz Ebit Lew yang buruk hati dengan usaha-usaha Ebit Lew..Kamu pun nampknya seow..
Bukannya menjadi seorang penghasut dan seorang yang kaya raya..makan mewah..melancong keluar negara,tapi punyai hati yang sangat busuk..Inikah jenis ustaz yang dipuja-puja dalam Pas?

Sumber:
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 22, 2020
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: JANGAN TERKENA VIRUS BUSUK HATI

Wednesday, April 22, 2020
AIRMATA- DALAM SEHARI BELIAU BERJAYA PUJUK UNTUK BERPINDAH
Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat...Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.. Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni. Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau. Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali. Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer. Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.

Sumber:
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 22, 2020
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: AIRMATA- DALAM SEHARI BELIAU BERJAYA PUJUK UNTUK BERPINDAH

“Saya tak pernah kenal pun dia, tapi kalau nak HUJAH boleh je” – Ustaz Abu Syafiq
By Suaraviral StaffPosted on April 22, 2020
Dalam sebuah video live yang dimuat naik oleh seorang Ustaz terkenal dengan ketegasannya dalam teguran menjelaskan beberapa perkara mengenai isu yang sedang hangat melibatkan beliau dan Ustaz Ebit Liew. Beliau menegaskan bahawa posting yang beliau buat itu adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu termasuk “Ustaz yang netizen sebutkan” 

Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan netizen menganggap Ustaz Abu Syafiq buat posting tersebut ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew kerana Ustaz Ebit Liew sering mengupload gambar dan video setiap aktiviti kebajikan beliau.
Namun isu tersebut dijelaskan oleh Ustaz Abu Syafiq sendiri di laman social beliau menerusi satu video live bagi menjernihkan keadaan“Netizen gang saya!” – Ustaz Abu SyafiqWalaupun Ustaz Abu Syafiq telah menjelaskan mengenai posting beliau namun netizen tetap emosi dan marah kepada beliau.Ekoran daripada kenyataan dalam video live beliau, Ustaz Abu menyatakan bahawa dia tak pernah kenal atau berjumpa dengan Ustaz Ebit oleh itu Ustaz Abu menafikan bahawa posting itu ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew“Buatlah benda baik, takda sapa halang tapi kena jaga aib orang” – Ustaz Abu SyafiqJadi konklusi dekat sini, Kita mengharapkan agar netizen, Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Ebit Liew dapat berdamai daripada isu-isu seperti ini kadang-kadang salah faham daripada konteks ayat dengan situasi semasa. Bukan Admin nak masuk belah mana-mana pihak sama ada Ustaz Abu, Ustaz Ebit dan Netizen(majoriti Muslim) semua satu agama jadi seeloknya perbalahan ini kita selesaikan dengan baik demi kebaikan agama Allah apa lagi sekarang diuji dengan musibah Covid-19..insyaAllah. Kita baik, Allah sayang.Terima kasih Ustaz Ebit Liew
Terima kasih Ustaz Abu Syafiq
Terima kasih netizen
Jangan lupa like dan share yer!"Saya tak pernah kenal pun dia, tapi kalau nak HUJAH boleh je" - Ustaz Abu Syafiq | Suara Viral Malaysia

Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir
SIDANG media Kementerian Kesihatan MalaysiaApr 22, 2020

SIDANG media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa sedikit berbeza dan istimewa apabila Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diberi kejutan sempena hari lahirnya yang ke-57.

Kejutan itu dibuat oleh pengamal media yang hadir sejurus berakhirnya acara itu sekitar 6.20 petang di pintu masuk Dewan Serbaguna Aras 8, bangunan kementerian itu di Putrajaya.

“KP terkejut dengan sambutan untuk meraikannya, dia senyum je,” demikian kata salah seorang pegawai KKM kepada mStar mengenai majlis ringkas itu.

Malahan, pegawai berkenaan juga mengakui Dr Noor Hisham kehilangan berat badan sepanjang tempoh mengetuai usaha untuk membendung wabak berbahaya ini.

Selain kek dan buah-buahan, Dr Noor Hisham turut diberikan beberapa kad ucapan sempena hari istimewa itu yang disusun rapi di satu sudut di dewan berkenaan.

Dalam video yang dikongsi, Dr Noor Hisham kelihatan tersenyum sambil menerima kek yang disampaikan oleh pengamal media di situ.

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas segala ucapan yang disampaikan kepadanya hari ini.

“Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

“Dan kita masih dalam perjuangan untuk memutuskan penularan Covid-19.

“Sama-sama mantapkan tindakan kita untuk pastikan dapat capai sasaran menurunkan kes,” ujarnya ringkas selepas diberi ucapan oleh seorang wakil media.

Terdahulu pada Selasa pagi, kata kunci #HappyBirthdayDGHisham turut menjadi trending di laman Twitter.

Malah, figura kesayangan ramai yang dilahirkan di Sepang, Selangor itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah atas ulang tahun berkenaan di media sosial. – mStar Online
Sumber:
Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir - MYNEWSHUB

Wednesday, April 22, 2020
Tiada jaminan PKP ditamatkan 28 April ini
By  Muhammad Azizul Osman  -  21 April 2020

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pasti samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan selepas 28 April ini.

Justeru itu rakyat di negara ini dinasihatkan agar terus duduk diam di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial yang disyorkan oleh KKM.

“Kita tidak pasti lagi PKP tamat ataupun dilanjutkan. Jadi yang pasti kita cuba elakkan perhimpunan.

“Contohnya, kita ada pelajar universiti mereka ingin kembali ke kampung mereka tetapi kita kena pastikan tiada perhimpunan ataupun kesesakan berlaku di stesen dan sebagainya. Itu yang paling penting elakkan kesesakan dan pastinya penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.

PKP fasa ketiga akan berakhir pada 28 April dengan berbaki tujuh hari lagi.

Fasa pertama PKP adalah pada 18 Mac dan berakhir pada 31 Mac dan fasa kedua adalah pada 1 April hingga 14 April dan fasa ketiga adalah pada 15 April hingga 28 April depan.

Tambah Noor Hisham, KKM masih memantau data-data yang diperoleh pihaknya bagi mengetahui samada PKP akan disambung atau tidak.

“Kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan tetapi apa yang pasti kita ada enam kriteria sebelum kita laksanakan penamatan PKP.

“Kriteria pertama adalah kita lihat kepada kawalan sempadan jadi kalau kita berhentikan kawalan sempadan besar kemungkinan mereka yang datang ke Malaysia akan membawa penyakit tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham berkata, KKM menyasarkan satu digit jangkitan kes baharu positif Covid-19 pada minggu depan.

Beliau berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan perancangan rapi yang akan dilaksanakan KKM dengan bantuan kementerian-kementerian lain.

“Kalau rakyat boleh terus duduk rumah dan KKM bekerjasama dengan kementerian lain dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan dikenalpasti, kita boleh kurangkan (jangkitan baharu) bawah 10 kes,” katanya.

Jelasnya lagi, PKP terbukti dapat mengurangkan jumlah jangkitan dalam masyarakat.

Justeru itu katanya, sekiranya rakyat negara ini mengamalkan saranan kerajaan agar duduk diam di rumah maka kebarangkalian jangkitan juga akan tipis.

“Jadi, kita lihat dengan pelaksanaan PKP 1,2 dan 3, kita berjaya mengurangkan jangkitan setempat dan hasilnya kes positif baharu di bawah 100 kes. Tidak mustahil untuk kita kurangkan kes tetapi kita perlu tingkatkan tindakan bersama.

“Ia bergantung kepada rakyat Malaysia dan tindakan barisan hadapan,” katanya lagi. 

Sumber: 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 22, 2020
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Tiada jaminan PKP ditamatkan 28 April ini

Wednesday, April 22, 2020
Kerajaan Kedah beri penjelasan isu keluarga ‘daif’ dibantu pendakwah bebas
Bernama  -April 21, 2020 10:57 PM

Gambar di FB Ebit Lew memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah hari ini memberi penjelasan berhubung isu sebuah keluarga tinggal dalam rumah usang dan kotor di Lorong Gedebang, Mukim Derga yang kisahnya dikongsikan pendakwah bebas Ebit Lew di laman Facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Tan Kok Yew berkata keluarga itu sebelum ini ditawarkan berpindah ke 2 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Mergong namun ditolak atas alasan tertentu.

“Pada awal tahun ini, keluarga tersebut sudah bersetuju untuk berpindah namun mereka berubah fikiran pada saat akhir dan enggan berpindah pula sehinggalah Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk mereka berpindah semalam.

“Mereka ini memang sudah mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak sekian lama dan kebajikan mereka terjaga, termasuk dibantu pihak masjid berdekatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, Ebit Lew yang berkunjung ke rumah keluarga itu berkongsi catatan di Facebook mengenai keluarga tersebut selain memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar.

Perkongsian di laman media sosial itu menarik perhatian netizen dan ada yang mempersoal peranan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, JKM dan LZNK selain masyarakat sekeliling dalam membantu keluarga tersebut.

Tan berkata beliau sendiri ada berjumpa dengan Ebit Lew semalam dan membincangkan isu keluarga itu serta menerangkan kepada pendakwah tersebut tentang beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi membantu mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata keluarga tersebut menerima bantuan zakat sejak 2007 dan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Makanan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Kewangan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Hari Raya Aidilfitri, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Tahunan Sekali Gus serta Bantuan Jaya Diri.

Syeikh Zakaria berkata LZNK juga sebelum ini menawarkan warga emas itu sebuah rumah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Pokok Sena namun dia sekeluarga menolak tawaran tersebut dengan pelbagai alasan.

“Kita sudah memujuk beliau sekeluarga untuk berpindah ke rumah baru sejak 12 tahun lalu,” katanya sambil menambah Masjid Al-Irfan Derga, pengurusan kampung dan jiran di Kampung Derga turut membantu keluarga itu, termasuk memberikan sumbangan kepada mereka.

Beliau berkata warga emas itu mendiami rumah tersebut bersama isterinya serta 8 anak dan 10 cucu.

“Warga emas itu mempunyai 3 anak lelaki dan 7 anak perempuan yang berumur 17 hingga 33 tahun. Ada antara anaknya yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya kini tinggal bersama-sama dengannya di rumah tersebut,” katanya.

Sumber: 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 22, 2020
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Kerajaan Kedah beri penjelasan isu keluarga ‘daif’ dibantu pendakwah bebas

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/04/miskin-bercampur-sombong-pernah-jumpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman Pn Ke Masjid Didenda Jumpa Menteri Tak Apa

Zaman Pn Ke Masjid Didenda Jumpa Menteri Tak Apa

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 186 hits
Semakin banyak netizen mengecam pengikut dan pembesar kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional yang menghukum denda rakyat bersolat di Masjid Tetapi dalam masa sama tidak mengambil tindakan ke atas menteri timbalan menteri atau penyokong me...
Menggeletar Jumpa Mayat Bayi Nampak Pasangan Naik Motosikal Tinggalkan Beg Tepi Jalan

Menggeletar Jumpa Mayat Bayi Nampak Pasangan Naik Motosikal Tinggalkan Beg Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 562 hits
Pertama kali seumur hidup jumpa bayi perempuan cukup sifat Tak dapat nak gambarkan dengan kata kata menggeletar satu badan kata pemilik akaun Facebook Salika Bakri Dia dan suaminya saksi kejadian yang menemui mayat bayi perempuan baru dilah...
April Is Cesarean Awareness Month Saya Pernah Bersalin Cesarean 10 Tahun Lepas

April Is Cesarean Awareness Month Saya Pernah Bersalin Cesarean 10 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 404 hits
April is Cesarean Awareness Month Ainul pernah bersalin secara cesarean pada 2010 10 tahun lepas Tak dinafikan penjagaan luka cesarean sedikit leceh dari bersalin normal tapi anak no 2 bersalin normal luka jahit banyak pulak hahaha so sama ...
Yovie Widianto Kenang Glenn Fredly Adik Terbaik Yang Tak Pernah Berkata Tidak Padaku

Yovie Widianto Kenang Glenn Fredly Adik Terbaik Yang Tak Pernah Berkata Tidak Padaku

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 110 hits
Yovie Widianto begitu sedih sampai kehilangan kata kata saat mengetahui kabar bahwa Glenn Fredly telah meninggal dunia Yovie sudah menganggap Glenn seperti adik dan tentu saja ia sangat kehilangan sosok Glenn yang dikenalnya sebagai pribadi...
Ph Mahu Jumpa Speaker Desak Lanjut Sidang Parlimen

Ph Mahu Jumpa Speaker Desak Lanjut Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 167 hits
April 23 2020 2 56 PMPH mencadangkan sidang Parlimen diadakan selama 2 hari bagi membahaskan isu semasa khususnya Covid 19 PETALING JAYA Pakatan Harapan akan bertemu Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof bagi menyuarakan pandangan mer...
Jumpa Di Bahagian Tangga Tingkat Bawah Kanak Kanak 4 Tahun Rentung Dalam Kebakaran

Jumpa Di Bahagian Tangga Tingkat Bawah Kanak Kanak 4 Tahun Rentung Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 408 hits
Seorang kanak kanak lelaki ditemui rentung manakala 17 yang lain terselamat dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Bukit Pasir Kampung Bukit Pasir Endau Mersing Johor Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau Penolon...
Dah 20 Tahun Tak Jumpa Aku Rindu Dia Anak Rayu Netizen Bantu Cari Ayah Yang Lama Menghilang

Dah 20 Tahun Tak Jumpa Aku Rindu Dia Anak Rayu Netizen Bantu Cari Ayah Yang Lama Menghilang

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 699 hits
Mungkin ini takdir yang perlu dilalui oleh seseorang yang rindukan pelukkan kasih sayang seorang ayah Pastinya mereka merindui bapa yang menjadi orang pertama azan ditelinga kita setelah dilahirkan di dunia Namun mereka ini mempunyai kekuat...
Tak Usahlah Mengada Ngada Jumpa Menteri Di Waktu Pkp Ini

Tak Usahlah Mengada Ngada Jumpa Menteri Di Waktu Pkp Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 338 hits
Shahbudin Husin Suatu kecenderungan yang tidak kurang bahayanya di waktu ini ialah wujudnya sekumpulan manusia yang dengan sengaja mahu melanggar arahan PKP seolah olah mereka adalah golongan istimewa Lebih malang mereka ini rata ratanya te...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas