Dr Zulkifli Sedia Jumpa Ebit Lew


Samadi Ahmad   
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersedia mengadakan pertemuan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew berikutan kontroversi pemberian bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Zulkifli berkata, pertemuan turut dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab lain itu bertujuan mencari penyelesaian terbaik berhubung urusan bantuan yang menjadi polemik rakyat, termasuk umat Islam.

Beliau berkata, pemberian bantuan boleh dilakukan secara sembunyi atau terbuka berdasarkan kepada keadaan.

"Saya mengambil kesempatan mengajak semua pihak, sahabat termasuk Ebit Lew supaya boleh bertemu dengan saya untuk berbincang ke arah lebih baik kerana perkara baik itu sudah tentu akan ada ujian dan cabaran.

"Saya harap beliau bersabar… Insha-Allah, keadaan lebih harmoni berlaku dengan sebaik-baiknya bagi semua pihak," katanya menerusi laman Facebook (FB) miliknya.

Menurut beliau, kepada yang bertanya, tak puas hati, mungkin terjadi kerana isu yang tidak kita dapat selesaikan dengan baik.

Katanya, mengambil semangat Ramadan al-Mubarak dengan hati terbuka, marilah kita bermaaf-maafan.

"Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih dengan niat untuk membantu saudara kita.

"Bersedekah atau memberi bantuan secara terbuka atau sembunyi adalah dibolehkan.

"Berkenaan dengan sedekah sama ada baik secara sembunyi atau terang, masalah ini dalam al-Quran dan nas menyebut dua perkara, sama ada bersembunyi boleh atau terang-terangan pun boleh dan yang paling penting antara kedua-duanya adalah keikhlasan," katanya.

Beliau berkata, jangan mengungkit-ungkit dan menyebabkan dia (orang dibantu) merasa malu dan rasa tidak selesa.

Menurutnya, bantuan secara terbuka itu seharusnya dilakukan dengan tujuan supaya kebaikan itu diikuti.

"Seolah-olah dengan cara pemberian secara terang-terangan ini menjadi galakan kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan.

"Maka itu adalah satu perkara yang baik. Sekurang-kurangnya pada zaman sekarang ini, dari segi integriti kerana bimbang kalau buat senyap, orang akan kata bantuan tidak sampai atau ambil duit itu sendiri atau seumpamanya.

"Jadi bila tunjuk walaupun secara umum, sekurang-kurangnya menafikan perasaan tak puas hati itu, maka di sini penting tetapi betulkan niat dan begitu juga cuba selaraskan dengan pihak bertanggungjawab supaya tidak timbul perkara (syak) wasangka," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya berhubung dengan pihak berkuasa negeri atau persekutuan bagi memastikan bantuan dapat diselaraskan.

"Kami di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sentiasa terbuka dan sedia bekerjasama dengan ruang lingkup mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika proses bantuan ini diadakan.

"Kita bimbang apa dilakukan mungkin tidak seiring dengan pihak negeri, jadi bila kita selaraskan dengan memaklumkan kepada mereka sekurang-kurangnya tindakan itu dapat diselaraskan dan bersepadu dan sasaran bantuan tidak dinafikan," katanya.

Berita berkaitan
• Keluarga daif terpaksa tolak rumah sewa Ustaz Ebit
• Ustaz Ebit Lew kembali menyumbang
• Tohmahan untuk cemar imej - MB Kedah
• Tohmahan untuk cemar imej - MB Kedah
• Polis tak halang Ebit Lew buat kebajikan
• 'Ebit Lew tak perlu simpan dalam hati'
• S'Ustaz Ebit Lew tak bersalah'
• Saya menangis beri keterangan kepada polis - Ebit Lew



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/dr-zulkifli-sedia-jumpa-ebit-lew.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Tempat Lain Tolak Temerloh Sedia Terima Ustaz Ebit Lew

Jika Tempat Lain Tolak Temerloh Sedia Terima Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 337 hits
MENGENALI penceramah bebas Ustaz Ebit Lew beliau sebenarnya seorang individu yang cukup simple dan baik perwatakannya Umum pasti mengetahui Ustaz Ebit Lew merupakan seorang mualaf yang setiap kali beliau berceramah penyampaiannya penuh deng...
Budak Cina Mahu Jumpa Ebit Lew Untuk Peluk Islam

Budak Cina Mahu Jumpa Ebit Lew Untuk Peluk Islam

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 1418 hits
Seorang kanak kanak lelaki berbangsa Cina menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew yang kini sedang sibuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook Zulhamizam Miza...
Biodata Lengkap Ustaz Ebit Lew Yang Disayangi Rakyat Malaysia

Biodata Lengkap Ustaz Ebit Lew Yang Disayangi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 2158 hits
Siapa tak kenal USTAZ EBIT LEW kan Beliau cukup popular sebagai pendakwah bebas dan kini kisah keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan pula menjadi isu bagi sesetengah pihak yang...
Norman Hakim Ambil Semangat Ustaz Ebit Lew Turun Padang Agih Sumbangan

Norman Hakim Ambil Semangat Ustaz Ebit Lew Turun Padang Agih Sumbangan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 570 hits
One man temporarily stand down there will be another man stand up for Ebit Lew Itu mukadimah aktor Norman Hakim yang sering menjadi contoh keluarga inspirasi kepada masyarakat dalam membuka perkongsian tindakannya meneruskan legasi Ustaz Eb...
Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew

Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1424 hits
Beliau cukup terkenal dengan keperibadiannya yang suka membantu orang Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam Digelar sebagai pendakwah bebas Ustaz Ebit ...
Bukan Muslim Turut Beri Sokongan Pada Ustaz Ebit Lew

Bukan Muslim Turut Beri Sokongan Pada Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 358 hits
Semalam hangat diperkatakan apabila Ustaz Ebit Lew membuat keputusan untuk berhenti daripada mengagih bantuan kepada mereka yang memerlukan buat sementara waktu selepas The post appeared first on
Biodata Ustaz Ebit Lew

Biodata Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 635 hits
Biodata Ustaz Ebit LewNama Penuh Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew Lew Yun PauTarikh Lahir 21 Disember 1984Umur 36 Tahun Asal Muadzam Shah Pahang Darul MakmurKeluarga Anak ke 3 dari 12 orang adik beradikBangsa CinaAgama IslamStatus BerkahwinPendi...
Polis Tak Halang Ebit Lew Untuk Serah Sumbangan

Polis Tak Halang Ebit Lew Untuk Serah Sumbangan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghalang pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada individu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Pengarah Jabatan Siasatan Jen...
Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya

Usah Rasa Hebat Julang Ebit Lew Tapi Tak Santuni Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 882 hits
Seorang pemimpin PAS mengingatkan orang ramai di negara ini agar tidak berasa hebat dengan menjulang usaha pendakwah Ebit Lew tetapi pada masa sama gagal bersikap santun kepada orang susah lagi tertindas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abdu...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk