Misi Tawan Gunung Kinabalu Part 1
Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 1] | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang. Entri kali ni Murni hanya berkongsi perjalanan Murni dari Lahad Datu ke Sandakan & beberapa aktiviti yang sempat dilakukan bersama-sama dengan sahabat sebelum bergerak ke Ranau bagi memenuhi misi utama kami iaitu Menawan Puncak Gunung Kinabalu.
Misi Tawan Gunung Kinabalu [Part 1]Sebelum ni Murni ada kongsikan di blog kalau diikutkan plan sebenar nak mendaki Gunung Kinabalu pada bulan 10/2022, tapi sayangnya slot masa tu dah penuh & diganti dengan slot bulan 11/2022 pula. Murni ambil cuti kerja selama 5 hari, 8-12/11/2022. Sebelum bertolak ke Sandakan, Murni sebenarnya berada dalam dilema sikit, mana taknya terlalu memikirkan nak pergi Sandakan tu nak naik bas ataupun kapal terbang.
Sehari sebelum bertolak waktu petang tu Murni tutup mata saja beli tiket kapal terbang Maswing, penerbangan dari Lahad Datu ke Sandakan, total lost dalam RM151 jugaklah huhu. Murni beli pun sebab tak nak rasa penat almaklumlah nak mendaki Gunung Kinabalu perlu tenaga yang mencukupi. Kalau Murni naik bas ampun boleh sakit pinggang duduk lama perjalanan makan masa 3 jam, kalau naik kapal terbang 35 minit saja.
08/11/2022 Murni bertolak ke Sandakan jam 9:25 pagi. Sampai di Lapangan Terbang Sandakan Murni teruskan perjalanan dengan menaiki Grab ke tempat kerja sahabat Murni sebab nak drop luggage sebentar. Masa ni Murni sempat juga singgah ke tempat kerja lama Murni, jumpa ex colleauge sekali.
Dalam jam 12:30 tgh hari, Murni dengan sahabat yang lain keluar untuk makan tengah hari di sebuah gerai (lupa nama) berdekatan Penjara Sandakan. Terubat sangat rindu nak berkumpul makan ramai-ramai macam ni dengan sahabat Murni. Kami berpisah atas tuntutan kerja & dalam masa yang tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan. Usai makan, kami singgah ke Harbour Mall mencari ubat-ubatan & makanan yang nak dibawa semasa pendakian.
Selesai buat pembelian, kami pulang ke rumah & kami plan hiking di Bukit Sim Sim dalam jam 4 lebih, tapi macam biasa sampai di destinasi jam 5 jugaklah hihi. Sebenarnya Murni dah 3 bulan gantung kasut, last hiking di [+] Tumunong Hallu Peak di SCCA Lahad Datu Murni jarang sangat pergi hiking bila dah pindah ke Lahad Datu, sebelum ni tinggal di Sandakan tiap hujung minggu masuk hutan kerjanya. Lain sungguh perasaannya bila dapat hiking semula dengan sahabat lama huhu.
Hiking di Bukit Sim Sim ni, kiranya last trainning untuk kami berlima sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Kami mula hiking dalam jam 5 petang & keluar pun selepas maghrib dah gelap pun. Jarak pendakian dalam 2.7km, kalau ikut pace Murni masa pendakian dalam 1 jam 20 minit. Alhamdulillah hiking di Bukit Sim Sim Murni tidak pewai & pernafasan Murni pun lebih baik dari sebelum ini.
Dalam jam 8:30 malam, kami lepak di restoran D'Rasa yang terletak di IJM. Berbulan dah Murni tak lepak di sini, rindu yakmat. Kalau lepak sini Murni mesti akan order Nasi Putih Ikan Bahulu Tanpa Tulang & Nescafe Naiping. Dapat jumpa kawan lama lagi nikmat huhu sedih apalah lepas pindah ke Lahad Datu.
Usai makan, rasa tak nak balik dulu kawan sempat meracun pergi karaoke haha. Bila kau dah susah sangat nak jumpa kawan selepas berpindah, memang termakanlah racun mereka. Murni nikmati setiap moment bersama-sama sahabat, terima kasih semuanya sebab selalu hiburkan hati ni.
Jam 11 malam kami balik ke rumah, sebelum tidur kami packing barang-barang yang perlu dibawa naik ke Panalaban & asingkan barang-barang yang perlu di bawa ke Kota Belud. Siap packing semua barang, maka tidurlah kami dengan nyenyaknya. Nanti Murni sambung cerita di Part 2 ya, terima kasih korang sudi baca entri ini 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2022/11/misi-tawan-gunung-kinabalu-part-1.html