Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia Oleh: yieMEGA
AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin kerana kesibukkan tugas penulis menyebabkan penulis kesuntukkan masa dan tidak mempunyai masa untuk menulis, akhirnya hari ini Allah tuhan seru sekian alam memberi sedikit masa terluang pada penulis bagi membolehkan penulis mengemaskinikan entri terbaru blog penulis ini. 
Hari ini penulis memilih untuk membicarakan "Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia".  Umum sudah mengetahui salah seorang pemimpin UMNO dari Kelantan telah belot dan pengkhianat kepada parti dan akar umbi. Orang itu adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Tok Pa. Dimulakan dengan pengumuman Tok Pa untuk keluar UMNO menjadi Ahli Parlimen Bebas dan tak berapa lama selepas itu beliau mengumumkan untuk menyertai Bersatu kerana katanya pada masa ini Bersatu lebih relevan berbanding UMNO. Maklum sahaja Bersatukan salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang berjaya menjajah Malaysia pada PRU14 yang berlalu pergi. Dengan erti kata lain, peluang untuk menjadi Menteri Kabinet yang sebelum ini terhenti seketika memandangkan UMNO khasnya dan BN amnya sudah bertukar posisi menjadi pembangkang dan tidak mungkin seorang ahli Parlimen Pembangkang akan dipilih menjadi Menteri Kabinet. Pelahap jawatan macam Tok Pa harus ada di dalam Bersatu bagi merealisasikan Impian Utama Mahafiraun eh silap Mahathir

Penyertaan Tok Pa ke dalam Bersatu membuatkan kerusi Parlimen Bersatu bertambah lagi satu, dan sekaligus membuatkan Pakatan Harapan mendapat kerusi sulung Dewan Undangan Negeri Kelantan. Mungkin selepas ini semakin ramai "Pelahap Kuasa"di dalam UMNO akan murtad menjadi Ahli Bersatu. Dengan semakin meningkatnya bilangan kerusi Bersatu di Parlimen akan menjadikan Bersatu semakin lebih berkuasa di dalam KERAjaan Malaysia, pada waktu itu kemungkinan telah terlambat bagi Parti komponen PH yang lain seperti PKR, DAP untuk menangani apakah kemungkinan yang akan timbul sekiranya Bersatu makin kuat, PKR boleh lupakan impianya untuk menobatkan Anwar Ibrahim dan DAP pula boleh lupakan hasratnya untuk membina Malaysia untuk Malaysia kerana apabila Bersatu sudah kuat, berkemungkinan kedua-dua parti ini akan ditendang keluar sepertimana BN menendang Keluar PAS suatu ketika dulu


PKR dan DAP sememangnya perlu berhati-hati mulai sekarang, ingatlah Mahathir bukan pemimpin yang biasa-biasa, dia adalah luar biasa dan juga dia merupakan seorang pemimpin licik, untuk mencapai cita-cita peribadi dia boleh lakukan apa sahaja. Perlu diingat kita sukar membaca apa yang terlintas di benak fikiran pemimpin yang bertaraf Mahafiraun ini. Rakyat pernah tertipu dengan tangisanya sebelum ini, tidak mustahil selepas ini PKR dan DAP menangis kerana tertipu dengan manusia bernama Mahathir seorang tua yang tak sedar diri yang rumah sudah kata pergi kubur sudah kata mari yang masih kemaruk kuasa untuk meninggalkan legasi keluarganya di dalam Pemerintahan KERAjaan Pakatan Harapan

Penulis menasihatkan kepada DAP dan PKR baik beringat sebelum kena ianya bersesuaian dengan satu pepatah Melayu yang berbunyi "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian nanti tiada gunanya". Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tergadah. Jangan pula lepas ini kalau terjadi apa-apa pada mereka kata penulis ingatkan mereka, penulis sudah menunaikan tanggungjawab penulis untuk memberi amaran kepada mereka

Sebenarnya mungkin ramai di luar sana tidak mengetahui sebenarnya Bersatu adalah Jelmaan dari UMNO, oleh sebab itulah mereka berhempas pulas mendapatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang kononya bersih walhal mereka sebenarnya pemimpin yang Pelahap Kuasa, maklum sahajalah sebelum ni mereka ada dalam kerajaan dan berkuasa, apabila Allah tuhan seru sekian alam uji mereka sedikit dengan menarik kuasa daripada mereka menjadi tak tentu arah bagaikan kera kena belacan

Untuk Rekod, sebelum ini Mahathir pernah menubuhkan UMNO baru selepas UMNO asli telah diharamkan kerana beberapa ahli UMNO asli tidak berpuashati dengan beberapa tindakan beliau di dalam Pemilihan UMNO telah mengheret UMNO ke Mahkamah sehingga akhirnya UMNO diharamkan. 
Misi BERSATU sekarang ialah menghapuskan UMNO dan memperkuatkan Bersatu dengan memgambil peranan untuk mengantikan UMNO. Inilah yang penulis panggil UMNO Baru 2.0. Adalah lebih baik PKR, DAP dan Amanah mencari jalan untuk menendang keluar Bersatu daripada PH sebelum mereka menjadi kuat dan menganggu kedudukan parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan. 
Ayuh bertindak segera PKR, DAP dan Amanah sebelum nasi menjadi bubur, sebelum Kerajaan Pakatan Harapan diruntuhkan dari dalam oleh Bersatu yang mungkin satu masa nanti akan menjadi Gunting dalam lipatan Pakatan Harapan. 
Ingatlah kemasukkan ahli-ahli UMNO di dalam PH melalui Bersatu boleh diibaratkan seperti Kuda Trojan yang dihantar musuh untuk meruntuhkan Pakatan Harapan dari dalam. Kalau ini berlaku Kuda Trojan tersebut boleh memporak perandakan Pakatan Harapan. Ayuh bertindak sekarang usirlah mereka keluar dari Pakatan Harapan ketika mereka masih belum kuat ini, jika sesudah mereka kuat baru kita nak usir ianya tidak bermakna lagi silap-silap mereka yang mengusir PKR, DAP dan Amanah dan membuat gabungan dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tidak mustahil satu masa nanti akan terpahat di dalam lipatan sejarah politik tanah air kita bahawa Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang hanya mampu bertahan dalam masa yang singkat sahaja

Ayuh mari bersama kita bertindak sebelum terlambat. Bersatu perlu di usir keluar daripada Pakatan Harapan dengan seberapa segera, mungkin kita boleh meminta bantuan daripada pembangkang dengan membentuk gabungan dengan mereka. Perkara ini kalau tak dibendung mulai sekarang dikhuatiri semakin ramai Pemimpin Pelahap Kuasa menyusup masuk ke dalam Pakatan Harapan melalui Bersatu untuk meruntuhkan pemerintah Kerajaan Pakatan Harapan dari dalam. 
Akhir kalam, mari bersama kita sekat "Pemimpin Pelahap Kuasa" daripada terus menyelinap masuk ke dalam Pakatan Harapan sebelum mereka berjaya meruntuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dari dalam. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaragenerasimuda.blogspot.com/2018/10/misi-rahsia-parti-pribumi-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Saja Lambang Bulan Di Melaka Tuan Ibrahim Beritahu Parti Berbalah Umno Bersatu

Guna Saja Lambang Bulan Di Melaka Tuan Ibrahim Beritahu Parti Berbalah Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Tuan Ibrahim Tuan Man bertindak mencadangkan barisan parti pemerintah menggunakan lambang PAS pada Pilihan Raya Negeri Melaka nanti memandangkan dua parti yang berbalah Umno dan Bersatu masing masing mahu bersama parti Islam i...
Bahtera Parti Islam Se Malaysia

Bahtera Parti Islam Se Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 148 hits
Inilah bahtera PAS Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama PKR bahtera lain DAP bahtera lain kena faham Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan ada kekurangan jangan bocor dan rosakkan bahtera ini PasMa ni iba...
Zuraida Bakal Ketuai Parti Bangsa Malaysia

Zuraida Bakal Ketuai Parti Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 168 hits
Zuraida bakal ketuai Parti Bangsa Malaysia Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin bakal mengetuai sebuah parti baharu yang dikenali Parti Bangsa Malaysia Menurut sumber parti berkenaan sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada ...
Sedikit Rahsia Tentera Malaysia

Sedikit Rahsia Tentera Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 307 hits
Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia angkatan tentera Malaysia yang ramai tak tahu 1 Percaya atau tidak jika dikatakan Komando komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA Suatu ketika pernah dicatatkan d...
Dpim Akan Bantah Jika Parti Baharu Guna Nama Bangsa Malaysia Shahir

Dpim Akan Bantah Jika Parti Baharu Guna Nama Bangsa Malaysia Shahir

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 253 hits
Shahir Adnan KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Ikatan Malaysia akan membuat bantahan secara formal kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan sekiranya benar desas desus mengatakan sebuah parti baharu mahu menggunakan ideologi Bangsa Malaysia Ini kerana i...
Yang Marah Sangat Dengan Bersatu Apa Hal Kalau Rasa Kuat Lawan Je Lah Yg Takut Sangat Dengan Parti Nyamuk Apa Hal

Yang Marah Sangat Dengan Bersatu Apa Hal Kalau Rasa Kuat Lawan Je Lah Yg Takut Sangat Dengan Parti Nyamuk Apa Hal

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 229 hits
Bila rasa kuat sombong Dulu bila lemah menyondol sokong sekongkol langkah pengkhianatan Yang nak hilang wang pertaruhan adalah BERSATU yang nak membebel lebih kenapa Melaka akan lebih maju job ka PH yang uruskan
Juno Misi Membongkar Rahsia Planet Musytari

Juno Misi Membongkar Rahsia Planet Musytari

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 431 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPlanet Musytari merupakan planet terbesar dalam sistem suria Dengan jarak kira kira 7778 3 juta KM dari Matahari planet ini mengambil masa 11 tahun dan 9 bulan untuk membuat satu peredaran lengkap mengelil...
18 Ketua Cawangan Dan Ahli Bersatu Arau Ugut Keluar Parti Macam Cerita P Ramlee Daaaaa

18 Ketua Cawangan Dan Ahli Bersatu Arau Ugut Keluar Parti Macam Cerita P Ramlee Daaaaa

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 269 hits
October 30 2021 Seramai 18 ketua ketua cawangan termasuk sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Arau membantah pelantikan Timbalan Ketua Bahagiannya Megat Hashirat Hassan memangku jawatan ketua Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau yang j...
Prn Melaka 95 Ahli Bersatu Isytihar Keluar Parti Sertai Umno

Prn Melaka 95 Ahli Bersatu Isytihar Keluar Parti Sertai Umno

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 214 hits
Di Sungai Udang seramai 95 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta merta Menurut Rosjihan Abdul Rahman 62 yang juga Pengerusi Tetap Bersatu Cawangan Kampung Bertam Hulu tindakan itu diambi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri