Misi Bantuan Muslim Volunteer Malaysia Relief Ramadan Syria Kami Datang


hai assalammualaikum

Muslim Volunteer Malaysia Relief Misi Bantuan Ramadan - Korang biasa dengar Muslim Volunteer Malaysia atau MVM ni? Hah, mereka adalah sukarelawan yang membantu rakyat  dalam Malaysia atau luar Malaysia yang memerlukan bantuan tidak kira dari segi apa pun. Mereka merupakan badan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang berpengalaman dalam melakukan aktiviti sukarelawan ni. Nad selalu nampak aktiviti Muslim Volunteer Muslim ni dekat instagram. Seronok tengok sebab banyak aktiviti diaorang buat.

Nad baru tau, banyak juga rupanya aktiviti Muslim Volunteer Muslim ( MVM ) ni lakukan mengikut program yang berbeza, antaranya MVM Hope, MVM Unity, MVM Touch, MVM Reach dan MVM Relief. Tapi kali ni nad nak cerita lebih berkenaan MVM Relief bulan Ramadan iaitu bantuan untuk mereka di Syria.
Muslim Volunteer Malaysia ( MVM ) ReliefSebelum tu, meh nad bagitau apa itu MVM Relief. Untuk pengetahuan korang, MVM Relief ni merupakan program bantuan kecemasan bencana yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa, merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.


Selalu kita dengar, tengok di berita, baca di suratkhabar, media sosial mengenai bencana di Malaysia seperti banjir, ribut semua tu la. Bencana seperti ini telah memusnahkan rumah mereka dan harta benda mereka rosak. Di luar negara pula, pergolakan dunia yang tidak habis-habis. Kesian tengok hidup mereka yang serba kekurangan dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jadi, Muslim Volunter Malaysia ( MVM ), datang memberikan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.

Banyak dah program  MVM Relief yang telah dilaksanakan, ni adalah antaranya:

MVM Relief Malaysia :
1. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
2. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
3. Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
4. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)

MVM Relief Antarabangsa :
1. Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
2. Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria,
Greece (2017)
3. Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
4. Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
5. Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
6. Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
7. Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
8. Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere
(2018)

Bagi menjayakan program MVM Relief Antarabangsa ni, pada tahun 2016, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk bekerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.


Program MVM Relief Antarabangsa bermula sejak tahun 2017 dan sehingga sekarang, telah masuk tahun ke-3 Muslim Volunteer Malaysia melaksanakan tanggungajwab dan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta.



Kenapa Perlu Menghantar Bantuan Ke Luar Negara?

Sebagai saudara Islam, kita mesti taknak tengok sesama saudara kita susah dan menderita di luar sana. Rakyat Malaysia ni, hati dia suci, mudah tersentuh, kalau boleh nak pergi ke sana turun sama-sama membantu, tapi mungkin ada perkara yang menghalang. Mereka hanya mampu menyumbang sahaja kepada pihak NGO yang menguruskan semua ni. Sebab itu, MVM berasa bertanggungjawab terhadap keprihatinan rakyat Malaysia yang mengambil berat terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam memikul amanah rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam di luar negara yang berada dalam kesusahan.

Misi Bantuan Ramadan : Syria Kami Datang 3.0Ramadan kali ni, MVM akan menghantar misi bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.




MVM menyasarkan dana bantuan keseluruhan pada kali ini adalah sebanyak RM500,000 untuk menghantar bantuan Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan ( barangan asas dapur dan Beg keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya. Dianggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini.

Ini adalah antara lokasi bantuan yang MVM akan pergi untuk menghantar bantuan :
1. Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2. Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3. Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo



Untuk Misi Bantuan Ramadan : Syria , Kami Datang 3.0 kali ini, MVM telah bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi menghantar bantuan ke sana. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019 untuk menghantar sumbangan dan dana rakyat Malaysia, bagi memberi sinar harapan kepada mereka di Syria.

Setiap hari, ada je kita baca mengenai pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria. Dari dulu sehingga kini, masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bila semua benda dimusnahkan, dirampas, bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukup. Dengan keadaan seperti itu, keperluan seperti ini amat diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian. Sedih bila tengok, anak-anak kecil, warga tua, terpaksa menahan lapar, sakit yang dialami.




Mereka hidup dalam kedaifan,hilang rumah, hilang orang tersayang. setiap hari pasti mereka sedih, tapi mereka simpan je dalam hati dan teruskan kehidupan.

Dikatakan, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian disempadan Turki dan Syria, namun bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.

Dengan keprihatinan ini MVM bersama NGO-NGO dari seluruh dunia, turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka.




Jom korang sama-sama sumbang. MVM beri peluang untuk korang sama-sama membantu rakyat Syria dengan memberi sumbangan seikhlas mungkin atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. Dengan bantuan ini, dapat meringankan beban mereka.

Maklumat bantuan yang diperlukan MVM
- 1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu.
- Jenis Bantuan :
1. Pek Iftar dan Sahur
2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.




Bantuan yang korang berikan, walaupun sedikit, cukup buat mereka gembira dan senyuman mereka terpancar dengan penuh rasa kesyukuran.

Kalau korang nak menyumbang untuk Ramadan Syria ni, korang boleh membuat sumbangan dengan cara
- Online di bit.ly/ramadanmvm ATAU https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-3-0/
- Boleh juga hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: [email protected]

Sekiranya, ada yang sudi menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang besar iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai untuk anda. Boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan lanjut.

Untuk tau lebih lanjut berkenaan Muslim Volunteer Malaysia ( MVM ) ni,korang boleh ikuti mereka di sosial media :
Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my
Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/06/misi-bantuan-muslim-volunteer-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Sucikan Rezeki Dengan Misi Bantuan Ramadan Syria Kami Datang 3 0

Cara Mudah Sucikan Rezeki Dengan Misi Bantuan Ramadan Syria Kami Datang 3 0

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 559 hits
CARA MUDAH SUCIKAN REZEKI DENGAN MISI BANTUAN RAMADAN SYRIA KAMI DATANG 3 0 Rezeki bila sebut rezeki terbayangkan duit atau gaji Rezeki yang kita ada atau duit yang kita dapat bukan semuanya milik kita Rezeki yang kita dapat tu adakah halal...
Muslim Volunteer Malaysia Ngo Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria

Muslim Volunteer Malaysia Ngo Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 466 hits
Muslim Volunteer Malaysia NGO Terbaik Dalam Usaha Membantu Syria Assalamualaikum Di pagi hari ni Amni suka untuk ajak pembaca blog Amni untuk buat refleksi diri Amni paling suka waktu pagi sebab inilah waktu paling sesuai di mana masa ni mi...
Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia

Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 256 hits
Bercakap tentang Pertubuhan Sukarelawan di Malaysia pasti panjang senarai nama nama persatuan yang terbabit Tidak kisahlah siapa individu di sebalik persatuan ini mereka patut diberi pujian kerana melakukan kerja amal tanpa kepentingan Jika...
Aplikasi Islamik Arah Kiblat Tilawah Solat Ramadan Lain Lain Untuk Muslim

Aplikasi Islamik Arah Kiblat Tilawah Solat Ramadan Lain Lain Untuk Muslim

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 361 hits
Berikut adalah aplikasi islamik yang mungkin berguna dan bermanfaat untuk kita semua Insya Allah Aplikasi arah kiblat tilawah solat ramadan dan lain lain untuk kegunaan muslim Muslim Pro Aplikasi yang ada arah kiblat waktu solat doa ayat ay...
Muip Agihkan Rm10 Juta Untuk Bantuan Ramadan Aidilfitri

Muip Agihkan Rm10 Juta Untuk Bantuan Ramadan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 248 hits
KUANTAN Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan bantuan zakat berjumlah RM10 juta kepada keluarga asnaf fakir dan miskin sebagai bantuan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Abdul Wa...
Pinjaman Koperasi Wawasan Malaysia Berhad Di Sabah

Pinjaman Koperasi Wawasan Malaysia Berhad Di Sabah

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1612 hits
Pinjaman Koperasi Wawasan Malaysia Berhad Di Sabah Berita baik untuk warga Sabah Koperasi Wawasan Malaysia Berhad atau KOWAMAS kini dalam tempoh promosi untuk tahun 2019 Koperasi yang telah ditubuhkan dan beroperasi dibawah Akta Koperasi 19...
Sebenarnya Cukup Bukti Atau Tak Ada Bukti Sampai Terpaksa Serbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia Wahai Tuan Peguam Negara

Sebenarnya Cukup Bukti Atau Tak Ada Bukti Sampai Terpaksa Serbu Ibu Pejabat Deloitte Malaysia Wahai Tuan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 545 hits
Sehari dua ini cerita tentang Tommy Thomas kembali hangat diperkatakan di celah celah kehangatan dan kemarahan rakyat terhadap kenaikan tarif elektrik yang diterjemahkan dengan bil elektrik yang tinggi oleh TNB serta penjelasan TNB yang han...
Kit Siang Says Mahathir S Financial Scandals Cost Malaysia Rm100 Billion

Kit Siang Says Mahathir S Financial Scandals Cost Malaysia Rm100 Billion

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 351 hits
In February 2013 Lim Kit Siang said Tun Dr Mahathir Mohamad s financial scandals cost Malaysia RM100 billion and that if Pakatan captures Putrajaya then a RCI must be set up to investigate Mahathir s financial scandals in his 22 years as Pr...
Eugene Levy S Toronto

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Staycation Di Flemington Hotel Taiping

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra

Jom Heboh Edisi Raya Putrajaya

Sussurro House By Davide Adracco Architetto In Sao Miguel Do Gostoso Brazil

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Ex Manager S Jail Term Set Aside Fined Rm100 000 For Deposit Taking