Penang Bon Odori Festival 2025 Tarikh Senarai Aktiviti


Penang Bon Odori Festival 2025 – Tarikh & Senarai Aktiviti
Penang Bon Odori Festival 2025 kembali lagi dengan pelbagai tarikan menarik yang pastinya akan memikat hati pengunjung dari seluruh negara!
Sekiranya anda penggemar budaya Jepun, makanan Jepun atau ingin mencari aktiviti hujung minggu yang menarik di Penang, anda boleh hadir memeriahkan festival ini!
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Penang Bon Odori Festival 2025 termasuklah tips untuk mereka yang pertama kali hadir serta hukum bagi umat Islam yang bercadang untuk menghadirinya.
BACA JUGA: 20 Hotel Murah Penang Bawah RM100 – Bajet Kecil Tapi Selesa!
Apa itu Festival Bon Odori? Buat yang tak tahu apa itu Festival Bon Odori, ia merupakan satu festival tradisional masyarakat Jepun yang diadakan bagi memperingati roh nenek moyang mereka. 
Perkataan “Bon” merujuk kepada sambutan musim panas untuk menghormati arwah keluarga, manakala “Odori” pula bermaksud tarian. 
Gabungan kedua-duanya menjadikan Bon Odori sebagai sebuah acara budaya penuh simbolik yang disertai dengan tarian tradisional, muzik, makanan dan sebagainya.
Di Jepun, festival ini biasanya berlangsung sekitar bulan Julai atau Ogos dan menjadi salah satu sambutan yang paling dinanti oleh masyarakatnya.
Ia diraikan dengan meriah di seluruh negara dengan penduduk memakai yukata (pakaian tradisional musim panas), menari secara beramai-ramai mengelilingi yagura (menara pentas), serta menikmati pelbagai hidangan dan permainan.
Sumber: The Full Frontal Berbeza pula di Malaysia, Penang Bon Odori Festival menjadi satu platform untuk masyarakat tempatan merasai sendiri pengalaman budaya Jepun melalui persembahan, makanan, pakaian tradisional, permainan, dan pelbagai aktiviti menarik.
Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai suasana sebenar perayaan Jepun tanpa perlu ke luar negara. 
Sumber: The smart local Malaysia Tarikh & Tempat, Masa & Tema  Penang Bon Odori 2025 Tahun ini, Penang Bon Odori Festival 2025 akan berlangsung pada:
Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu) Masa: Bermula 5 petang hingga 11 malam Tempat: Padang Kota Lama (The Esplanade), George Town, Pulau Pinang Tema: “Akari Bon Odori” atau Festival of Lights, menampilkan lebih 400 tanglung yang menerangi malam, melambangkan semangat perpaduan dan persahabatan. Sumber: Petace Penang Aktiviti Menarik di Penang Bon Odori 2025 1. Persembahan Salah satu tarikan utama festival ini ialah persembahan tarian Bon Odori yang penuh warna-warni dan irama, diiringi dengan paluan gendang Taiko yang bertenaga. 
Selain itu, terdapat juga pertunjukan pentas budaya lain seperti nyanyian dan demonstrasi seni tradisional Jepun. 
2. Makanan Jepun Festival ini terkenal dengan deretan gerai makanan yang menawarkan pelbagai hidangan jalanan Jepun seperti takoyaki, yakitori, mochi, sushi, ramen dan pelbagai lagi. 
Pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis makanan Jepun yang jarang ditemui di luar festiva. Terdapat juga pilihan makanan tempatan Pulau Pinang yang menambah variasi citarasa untuk semua pengunjung.
3. Cenderamata & Barangan Kraf Jangan lepaskan juga peluang untuk membeli cenderamata unik dan barangan kraf tangan Jepun yang dijual di festival ini. 
Anda boleh mendapatkan barangan seperti kipas tangan, yukata, aksesori tradisional dan hasil seni buatan tangan yang sesuai dijadikan kenangan atau hadiah buat orang tersayang.
4. Permainan Budaya Jepun Terdapat pelbagai permainan tradisional Jepun yang boleh disertai oleh pengunjung, antaranya yo-yo tsuri (memancing belon air), kingyo sukui (menangkap ikan emas mainan), dan permainan ring toss. 
Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman bermain permainan rakyat Jepun.
5. Pertunjukan Bunga Api Acara kemuncak festival adalah pertunjukan bunga api yang berlangsung di penghujung malam. Ini adalah detik yang paling dinantikan oleh pengunjung setiap tahun.
Dresscode Bagi yang tertanya-tanya nak pakai apa semasa festival ini, jangan risau. Tiada kod pakaian wajib ditetapkan. 
Tapi, kalau anda ada yukata (kimono kasual) atau kimono boleh lah pakai. Kalau nak sewa pun boleh. Sewaan kimono ada disediakan di lokasi festival ini. 
Bayaran Masuk Kemasukan ke Penang Bon Odori Festival 2025 adalah PERCUMA untuk semua! 
Anda hanya perlu membawa wang tunai secukupnya untuk membeli makanan, cenderamata, atau menyertai aktiviti yang ditawarkan.
Tips untuk Pengunjung Pertama Kali Datang Awal: Tempat duduk dan ruang terbaik untuk menonton persembahan akan cepat penuh, jadi rancang untuk tiba seawal mungkin. Parking juga mungkin akan penuh sekiranya anda datang lambat.  Bawa Air Minuman: Cuaca boleh menjadi panas kerana festival diadakan di kawasan terbuka. Bawa Wang Tunai: Tidak semua gerai menerima pembayaran tanpa tunai. Jaga Kebersihan: Gunakan tong sampah yang disediakan untuk menjaga kebersihan kawasan festival. Tarikan Berdekatan  Sambil menghadiri festival, anda boleh melawat beberapa tarikan menarik berhampiran seperti:
Penang 3D Trick Art Museum Wonderfood Museum Penang Fort Cornwallis Penang Street Art Dan, macam-macam lagi. Rujuk: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!
Hukum Umat Islam Hadiri Penang Bon Odori Festival Di Malaysia Merujuk kepada laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor, perayaan Bon-Odori yang diadakan di Malaysia adalah harus disertai oleh orang Islam seperti menghadiri program kebudayaan kaum atau bangsa lain.
Walaubagaimanapun,  orang Islam hendaklah sentiasa memastikan kewajipan terlaksana dan menjauhkan diri daripada perkara yang bercanggah dengan Hukum Syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat, memakan makanan yang haram atau syubhah serta hiburan yang melampau dan melalaikan.   
Beberapa ketetapan kriteria perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam adalah sebagaimana berikut:
Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” Umat Islam dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri festival ini sekiranya terdapat unsur keagamaan, pemujaan roh, atau ritual yang boleh membawa kepada syirik. 
Rujukan: 
https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=4961  https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=4201  https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/5287-bayan-linnas-siri-ke-254-hukum-orang-islam-menyertai-perayaan-bon-odori  Maklumat Lanjut Untuk maklumat terkini, jadual aktiviti, atau sebarang pertanyaan lanjut mengenai Penang Bon Odori Festival 2025, anda boleh rujuk:
Facebook: Petace Penang Consulate General of Japan in Penang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/penang-bon-odori-festival-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penang-bon-odori-festival-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai Sst 8 Mulai 1 Julai 2025

Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai Sst 8 Mulai 1 Julai 2025

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 316 hits
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 telah mengumumkan cadangan semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan Oleh itu hasil kutipan dari SST akan disalurkan kembali kepada rakyat melal...
Misha Omar Umum Konsert Dia 2025 Ini Lokasi Tarikh Info Tiket

Misha Omar Umum Konsert Dia 2025 Ini Lokasi Tarikh Info Tiket

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTanpa Break Misha Omar Umum 29 Nov Ini Tanggal KonsertDiA Misha Omar BAKAL TAWAN MEGA STAR ARENA KUALA LUMPUR Saat Misha Omar mengatakan beliau akan melaksanakan sebuah konsert berskala besar pada tahun 20...
Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 205 hits
17 Julai 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup YB Datuk Armizan Mohd Ali di Silk Ballroom Zenith Ho...
Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 194 hits
Sekitar Majlis Kesyukuran Doa Selamat sempena ulang tahun ke 100 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara
Boomer Steam Woman Kembali Bersinar Di Festival Automasi Steam 2025

Boomer Steam Woman Kembali Bersinar Di Festival Automasi Steam 2025

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 124 hits
Steam Melancarkan Festival Automasi 2025 dengan Diskaun Menarik Valve sedang giat menjalankan promosi hebat di platform mereka Steam yang sering menawarkan pelbagai diskaun dan jualan bertemakan Baru sahaja selesai dengan Jualan Musim Panas...
Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 177 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk GAZA anjuran Yayasan Amal Malaysia di WP Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur
Tawar Lebih 35 Aktiviti Menarik Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Bakal Meriahkan Batu Kawan

Tawar Lebih 35 Aktiviti Menarik Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Bakal Meriahkan Batu Kawan

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 181 hits
Stadium Batu Kawan Pulau Pinang bakal menjadi tumpuan rakyat Malaysia dari 17 hingga 20 Julai ini sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 yang menawarkan lebih 35 aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat Sambutan ...
Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 222 hits
CAFA Nations Cup 2025 merupakan edisi kedua kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Central Asian Football Association Kejohanan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara negara negara Asia Tengah melalui penganjuran pertandingan bo...
Kumpulan Exists Isu Viral Tarikh Konsert 2025

Kumpulan Exists Isu Viral Tarikh Konsert 2025

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 151 hits
Kumpulan Exists Perjalanan Karier Pencapaian dan Isu Viral Kumpulan Exists telah menempuh perjalanan panjang penuh warna warni dalam industri hiburan sejak era 90 an dan terus relevan sehingga kini Sejak kemunculannya pada awal 90 an nama E...
Penyanyi Terkenal Ditikam Di Stesen Minyak

Mayat Juara Olimpik Bersemadi Di Atas Gunung

Lirik Lagu Disaat Aku Pergi Dadali

Drama Empat Gol Mu Ditahan Everton 2 2 Di Premier League Summer Series 2025

Recaz Air Mineral Semulajadi Produk Cas Ligas Kumpulan Pmint Memang Terbaik Untuk Kesihatan Anda

Can Madani Deliver One Million Affordable Homes

Hafiz Suip Bangkit Buat Comeback

Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Rahasia Presentasi Steve Jobs Seni Menyihir Audiens Lewat Kata Dan Visual

Next Program Family

Tragedi Putra Heights Henti Salahkan Tanah Semata Mata Utusan Malaysia 05 08 2025

Chocolate Cake Cheese Tornado Kek Chai Sedap

Resipi Udang Masak Thai Style Letak Akar Ketumbar Memang Lain Macam Sedapnya

Resipi Campuran Salutan Berempah Rangup