Mira Filzah Julia Evans Emma Maembong Bergurau Tanpa Fikir Perasaan Saya Kata Zizan


“Tiada soalan mengenai Mira Filzah dan Jennie Blackpink,” demikian pinta pelawak, Zizan Razak yang ditemui selepas majlis sidang media program The Masked Singer.
Malah, pelakon filem Polis Evo itu enggan mengulas usikan netizen berhubung sekeping gambar memaparkannya bersama tiga pelakon wanita, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah yang pernah dikaitkan dengannya dan kini sudahpun mendirikan rumah tangga.
“Tak mengapa, saya tidak mahu terbabit,” kata Zizan memberi jawapan ringkas, enggan mengulas perkara berkenaan.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata, dia kini bercelaru dan risau memikirkan keadaan nenek sedang uzur. Justeru, meminta semua pihak memahami keadaan emosinya.
Kata Zizan, ramai yang suka bergurau dengannya tanpa mengambil kira perasaannya disebabkan seorang pelawak. Sedangkan, dia juga manusia biasa dan berharap masyarakat memahami perasaannya.
“Buat masa ini, saya tak fikir mengenai kahwin atau apa sahaja ke arah jodoh. Saya tiada masalah mengenainya kerana banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian. Saya menjaga ibu dan keluarga saya.
“Ditambah pula keadaan nenek sedang sakit, jadi ia agak merisaukan. Saya sudah kembali sibuk dengan kerja, nenek pula dalam keadaan uzur. Saya bimbang tidak dapat pulang ke kampung jika berlaku apa-apa kerana tidak mahu menyusahkan produksi.
“Sebab itu, emosi saya sedikit terganggu kerana kesibukan kerja dan memikirkan keadaan nenek. Sejujurnya, saya tidak mendapat rehat yang cukup selepas pulang ke kampung menziarahi nenek, baru-baru ini.
“Saya mendapat berita nenek sakit pada jam 2 pagi, saya pula baru pulang penggambaran The Masked Singer. Saya terus bersiap pulang ke Dungun dan tiba jam 9 pagi. Saya langsung tak tidur dan hingga kini, belum dapat rehat yang mencukupi,” katanya kepada BH Online.
Zizan berkata, emosinya mudah terusik dan terganggu apabila tidak cukup rehat.
Bagaimanapun, tidak semua orang faham apa yang sedang dilalui.
“Nak tak nak, saya terpaksa memujuk hati sendiri. Ada kala, saya penat memikirkan bila orang nak faham keadaan saya.
“Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya kuat untuk diri sendiri. Orang ingat bila bergelar seorang pelawak, saya boleh bergurau setiap masa. Jadi, saya harap semua faham kenapa hari ini saya tidak berapa okay.
“Lagipun, nenek bukan sakit biasa, doktor mengesyaki nenek menghidap kanser. Setakat ini, belum dapat dipastikan kerana mereka masih melakukan ujian. Jika soal lain saya tak kisah, tetapi apabila membabitkan nenek, hati saya berkecamuk.
“Nenek pula bukan sakit biasa seperti demam yang diberi ubat boleh sembuh. Dia pun sudah berusia lebih 80 tahun, ia menambahkan kerisauan saya dan keluarga,” ” katanya.
Menerusi program The Masked Singer, Zizan dilantik sebagai juri tetap sebanyak lapan episod di samping juri lain seperti Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Ella, Raja Azura, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.
Zizan berkata, dia juga sibuk menjalani penggambaran telefilem dan supertele, selain bakal kembali beraksi menerusi filem Baik Punya Along di samping Datuk Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak. BH
The post Mira Filzah, Julia Evans, Emma Maembong : Bergurau tanpa fikir perasaan saya, kata Zizan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/10/mira-filzah-julia-evans-emma-maembong-bergurau-tanpa-fikir-perasaan-saya-kata-zizan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 614 hits
BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terlvka dengan dirinya Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman 27 menerusi Instagram iaitu beb...
Ramai Suka Bergurau Tanpa Kira Perasaan Saya Zizan Risau Nenek Disyaki Hidap Kanser

Ramai Suka Bergurau Tanpa Kira Perasaan Saya Zizan Risau Nenek Disyaki Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 352 hits
Tak mengapa saya tidak mahu terbabit demikian kata pelawak dan pelakon Zizan Razak yang enggan mengulas usikan netizen berhubung sekeping gambar memaparkannya bersama tiga pelakon wanita Juliana Evans Emma Maembong dan Mira Filzah yang pern...
Mira Filzah Nikah Malam Ini

Mira Filzah Nikah Malam Ini

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 758 hits
Teka teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datin Mastura Mohd Yazid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Cent...
Mira Filzah Wan Emir Sah Sebagai Suami Isteri

Mira Filzah Wan Emir Sah Sebagai Suami Isteri

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 619 hits
Pelakon dan pengacara Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair il Anuar 30 di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara hari ini Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira...
Gambar Akad Nikah Mira Filzah

Gambar Akad Nikah Mira Filzah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 1217 hits
Assalamualaikum wbt Gambar Akad Nikah Mira Filzah Alhamdulillah akhirnya pelakon dan pengacara kesayangan ramai Mira Filzah akhirnya selamat dinikahkan pada malam ini 3 September 2020 Pelakon heroin Lelaki Kiriman Tuhan ini memilih Wan Emir...
Momen Majlis Mira Filzah Kahwin Curi Tumpuan Ramai

Momen Majlis Mira Filzah Kahwin Curi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 1060 hits
Pelakon jelita bernama Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz dalam satu majlis sebentar tadi Majlis Mira Filzah kahwin ini yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur itu tadi dihadi...
Bermula Dengan Pm Tepi Kepada Ibu Mira Filzah Kongsi Kisah Pertemuan Dengan Bakal Suami

Bermula Dengan Pm Tepi Kepada Ibu Mira Filzah Kongsi Kisah Pertemuan Dengan Bakal Suami

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 714 hits
Mungkin ramai yang sudah mengetahui pelakon dan pengacara Mira Filzah bakal melangsungkan perkahwinannya malam ini di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara Tetapi mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana jejaka pilihannya Wan Emir Ast...
Pernikahan Mira Filzah Dan Wan Emir Secara Live

Pernikahan Mira Filzah Dan Wan Emir Secara Live

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 1631 hits
Beberapa hari lepas lebih kurang seminggu lepas Majlis khatam Al Quran Mira Filzah dan adiknya Lahh ingatkan Mira Filzah yang nak bernikah dah Sekali rupanya majlis adik Mira Filzah Teaser sangat kan Credit googlePlan bernikah bulan Oktober...
Wan Emir Astar Dedah Cabaran Pikat Mira Filzah Kena Reject Banyak Kali

Wan Emir Astar Dedah Cabaran Pikat Mira Filzah Kena Reject Banyak Kali

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 1045 hits
Semua sedia maklum kini pelakon Mira Filzah sudah pun bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz malam semalam Bercerita detik memikat suami Mira mendedahkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh pelakon Bidadari Kirim...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit