Minyak Kelapa Dara D Aura Lantik Dayah Bakar Sebagai Duta Dan Pelancaran Program Aurapreneur
hai assalammualaikum
Minyak Kelapa Dara D'Aura, Lantik Dayah Bakar Sebagai Duta Dan Memperkenalkan Program Intrapreneur - Produk D'Aura memang dah dikenali dan nad pasti ramai yang pernah nampak dan kenal produk D'Aura ni. Kebanyakan produk D'Aura dikenali sebagai produk untuk ibu megandung, sebab produk ni berasaskan dari minyak kelapa dara, dimana kita tau, minyak kelapa dara ni memang elok diambil wkatu mengandung tapi sebenarnya ia sesuai diambil oleh semua sesiapa pun. Macam nad sendiri, pernah ambil produk D'Aura softgel ketika mengandung. Kesannya memang sangat bagus bagi nad, buat badan nad lagi cergas, tak penat dan hb semua ok.
Minyak Kelapa Dara D'Aura Baru-baru ni, nad hadir ke majlis D'Aura di ODC Oasis Village, sempena AURAprenuer Meet & Greet Introduce dan Present D'Aura Ambassador. Paling teruja, bila dapat tau, pada haritu juga, minyak kelapa dara D'Aura melancarkan dua produk baru mereka untuk luaran dan berpantang. Apa yang paling menarik, bila nad tengok itirenary, ada satu sesi perkongsian daripada agent dan business talk. Tu yang buat nad tak sabar nak tau apa yang ingin disampaikan.
Semua orang tau D'Aura adalah jenama minyak kelapa dara no 1 di Malaysia. Pada tahun 2012, D'Aura secara rasminya telah memasuki pasaran dengan penghasilan produk OEM berasakan minyak kelapa dara yang pertama. Semua produk D'Aura dihasilkan dari kelapa segar tanpa sebarang campuran bahan luaran seeprti bahan kimia dan pencair. Ia melalui proses penyulingan pada suhu yang rendah untuk memastikan nutrien asli terpelihara. Keaslian dan ketulenan produk sangat terjamin kerana dihasilkan dari kilang sendiri.
Produk D'Aura, produk seisi keluarga, ibu mengandung, banyak sangat khasiatnya, antaranya sebagai Energy Booster dan atasi masalah gemuk, memelihara kecantikan alami yang kaya dengan antioksidan, pemeliharan kesihatan, menghindar masalah diabetes, dan banyak lagi. Produk ini telah digunakan hampir 1 juta pengguna setiap hari sehingga ke Brunei dan Singapura.
Dayah Bakar Dilantik Menjadi Duta Minyak Kelapa Dara D'Aura
Ok, nak tau tak siapa Duta D'Aura ni?
Hah, ni la dia, pengacara terkenal yang kerap ada di televisyen, Dayah Bakar. Tahniah Dayah Bakar, dipilih untuk menjadi Duta D'Aura. Memang sangat sesuai Dayah menjadi Duta D'Aura, sebab dia pun bakal menjadi ibu, bakal melahirkan cahaya mata yang pertama. Ni kali pertama nad tengok dia depan mata. Sangat ceria, rendah diri orangnya.
Dayah yang suka berinteraksi dengan peminat di instagram, berkongsi bahawa, ramai yang telah menggunakan D'Aura dengan memberikan feedback yang positif. Sebab tu, Dayah terus terima untuk menjadi Duta D'Aura.
Masa mengandung ni la, memang banyak kita kena jaga. Jadi ambil D'Aura dapat bantu mencergaskan badan kita, beri tenaga dan memudahkan urusan bersalin.
Pelancaran Dua Produk Baru D'Aura
Memandangkan Dayah bakal melahirkan anak tak lama lagi, produk terbaru D'Aura memang sangat sesuai untuknya. Ni la dua produk terbaru D'Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil ( AVCO ) dan Set Bersalin D' Aura.
Produk D'Aura yang mendapat sambut ialah D'Aura softgel dan D'Aura Gold. Kita tau, dua produk ni ialah jenis kapsul dan minuman. Kali ni, mereka membuat produk untuk ibu berpantang dan kecantikan iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil ( AVCO ) dan Set Bersalin D' Aura.
Avco sangat best digunakan untuk sapuan luaran pada kulit dan rambut, boleh juga buat sebagai makeup remover guys. Ada dua bauan, Flower Fresh dan Morning Dew. Nad ada cuba sapu dekat tangan, best juga, cepat meresap, takda rasa melekit dan berminyak walaupun teksturnya berminyak.
Korang boleh tengok kegunaan dia ni dekat gambar yang nad letak. Bagus sangat kan.
Ni pulak Set Bersalin D'Aura. Lengkap untuk ibu dan anak. Jadi pada mereka yang tengah bakal melahirkan anak, boleh cuba Set Bersalin D'Aura ni.
Program Aurapreneur
Sesi yang dinantikan iaitu business talk. Hah, sesi yang nad nak tau sangat apa yang disampaikan. Mungkin sesuai untuk korang yang suka berbisnes atau yang sesiapa yang nak jadi usahawan.
Sebelum tu, perkongsian dari agent D'Aura sendiri. Tertarik dengan salah seorang agent yang dijemput untuk berkongsi pengalamannya menyertai D'Aura dan bagaimana dia menjadi agent. Cik Shiva, belum lagi berkahwin, bekerja dari kulinari, masuk ke bidang sales dalam team D'Aura, tidak tau apa-apa mengenai ibu mengandung, tapi dia belajar dan terus belajar. Pada tahun 2018, diberi peluang oleh Tuan Hj Zul, pengasas D'Aura untuk menjadi Entrepreneur, usahawan dalam D'Aura. Kagum tengok semangatnya, yang memang nak berniaga dan tak putus asa, akhirnya dia berjaya menjadi agent yang berjaya, dan mempunyai pendapatan yang sangat lumayan hasil dari jualan minyak kelapa dara D'Aura.
Ada sesiapa nak jadi seperti Cik Shiva ni. Hah, mungkin ada kalangan pembaca nad suka berniaga, nak jadi ushawan , tapi tak tahu macam mana, nak buat apa. Jadi korang boleh join program Aurapreneur ni. Program ni diaorang akan bimbing sampai berjaya. Bagi yang betul-betul serius dan rajin nak berbisnes, masa ni la korang boleh grab peluang ni.
Program ni tak perlukan modal, D'Aura sendiri akan anjurkan kelas-kelas percuma untuk membimbing orang ramai menjadi usahawan D'Aura sehingga berjaya.. Pergh mana nak dapat kan. Nak berjaya dalam berniaga, perlukan seseorang untuk bimbing kita kan. Baru boleh berjaya.
Kalau korang berminat, korang boleh datang ke Wisma D'Aura pada 8 Ogos 2020, pada jam 10 pagi sehingga 1 petang atau boleh hubungi nombor 019 9999 256.
Waktu PKP ni la ramai yang terjejas pendapatan kan. Mungkin ni salah satu punca rezeki korang yang hilang pendapatan. Mana tau, rezeki korang boleh jadi usahawan yang berjaya.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari:
Website : www.daura.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq/
Link Tree : https://linktr.ee/daurahq
Video sekitar majlis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/07/minyak-kelapa-dara-daura-lantik-dayah.html