Minuman Sparkling Vida Vitamin C Semasa Pandemik Untuk Menguatkan Sistem Imun
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Musim pandemik yang makin tidak nampak tanda untuk surut ni membuatkan kita rasa bimbang juga kalau selalu keluar dan terdedah dengannya secara langsung. Tambahan bagi mereka yang berisiko tinggi kurang pelindungan dan sistem imun yang makin lemah. Jadi ramai orang sekarang peka untuk mengambil apa sahaja makanan atau minuman yang ada vitamin C tinggi untuk menguatkan sistem imun badan
Maha sendiri pun kalau ada minuman yang sihat dan juga kaya dengan Vitamin C ini mesti nak ambil. Sekarang ni ada pula satu produk minuman baru keluaran DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd dengar cerita mengandungi 1000mg vitamin C. Minuman vida Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore. Serta minuman ini mendapat pengiktirafan Halal daripada Jakim
Satu minuman sparkling yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun. Ia diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘Your Immunity Shield’, minuman sparkling vida Vitamin C diperkaya dengan 1000mg Vitamin C dan tawaran utamanya adalah untuk keperluan kepada minuman Vitamin C dalam format sedia untuk diminum yang penuh dengan nutrien dan manfaat kesihatan yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan semasa musim pandemik ini
Minuman ni sesuai untuk semua peringkat usia kerana ia kurang gula dan juga ia menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan kita serta mencerah dan menyerikan kulit kerana manfaat antioksidan. Makin ramai lah peminat minuman vida Vitamin C ni sebab kita boleh minum bila-bila masa dan dimana sahaja mudah kerana ia sedia untuk diminum terus tak perlu bancuh
Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam dua perisa menyegarkan iaitu vida Vitamin C Lemon Sparkling dan vida Vitamin C Orange Sparkling dengan khasiat dan vitamin dari 18 lemon dan 19 biji oren. Korang boleh dapatkan di mana-mana kedai sebaneka, petrol station dan juga membeli atas talian dengan tin bersiaz 325ml.
En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd
Hanna Delisha Pelakon dan Penyanyi Popular
Baru-baru ni pula vida Vitamin C telah melantik duta baru mereka iaitu Hanna Delisha yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang aktif dan rancak. Manis dapat jumpa Hanna yang sekarang telah bertudung sepenuhnya. Kena dengan produk ini beliau seorang yang tetap sopan dan lembut serta tetap aktif melakukan kerja. Sesi pengenalan duta ini telah di adakan pada 16 Disember 2020 di Tokyo Street Level 6 Pavilion Kuala Lumpur.
Dapatkan info lanjut di laman sosial :-Facebook : https://www.facebook.com/vidamalaysiaInstagram : https://www.instagram.com/vidamalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/12/minuman-sparkling-vida-vitamin-c-semasa.html