Minuman Seisi Keluarga Beetroot Powder Joymix
Nak tanya lah korang yang selalu workout ataupun berzumba,berjogging atau sebaliknya.Adakah korang turut sama menjaga pemakanan sihat? Ermm,mesti janggal pula kan jogging dan workout gila-gila tetapi tak jaga pemakanan.Gila bunyi nya nihh.
Tetapi bila korang dah rajin workout mahupun berjogging,secara automatiknya.Pemakanan juga korang akan turut terjaga.
Seperti ina sendiri,walau tak mengamalkan diet yang ketat.Tetapi adalah juga ina mengamalkan gaya hidup sihat dengan workout hanya dari rumah.Nak kata gila tuuuu..,ehhh,Gila ker? Ahaks! tak lah juga.
Memadai dengan workout ringan seperti plank,squat dan Donkey kicks (selama 10 minit) iaitu sebanyak 2 kali sehari.Nak tunggu ke Gym.Memang takkan pergi lah kan? Dengan askar-askar kecil ni 3 orang.. adeii!
Suka sangat minum Juice Buah-buahan
Dan kesihatan yang baik,bermula dari pemakanan.Ehehehe.. Apa lah pulak yang ina amalkan ni kan?? Adoii~~Eh,korang.Sebelum ni kan. Untuk pengetahuan korang semua.Kami sekeluarga memang pengamal jus buah-buahan.
Setiap pagi dan malam,kebiasannya ina akan hasilkan jus buah-buahan dari mesin jus ni.Nak tau Ina minum jus apa? Dah tentulah kami sekeluarga pengamal jus dari buah Beetroot.Beetroot ni adalah dalam kategori jenis rare lah juga.. Sukar di temui di sesuatu lokasi,pasaraya lahh. Ehehe. Saiz dia sebesar buah sengkuang tuhh.
Leceh Proses mencuci Mesin Buah
Umum sudah mengetahui,bila nak hasilkan jus buah-buahan ni agak leceh.Kena kupas kulit,haihh.Yang ni paling rumit tau.Sebabnya,Beetroot ni mempunyai kulit yang agak keras.
Dan yang paling malas sekali,sudah tentulah kena basuh sebersihnya mesin jus buah ni.Nak lagi teruk,Beetroot ni buah dia akan mengeluarkan warna yang sangat pekat seperti darah.Haaa,begitulah gambaran dia.Bayangkan sirap yang terkena dalam bekas plastik bewarna putih.Apa jadi?? Nak menangis kan? Hadoiii..
Jika tak basuh sebersihnya,alahaiii.. berkulat lah situ mesin jus buah korang tu.Berkarat lagi haaaa..
Kelebihan BEETROOT Powder Dari JoyMix
1.Membersihkan Hati dan Ginjal serta Hempedu
Beetroot sesuai sebagai bahan detoksifikasi ia mampu membersihkan racun dan meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh.
2.Membunuh sel tumor atau sel kanser
Beetroot merah amat kaya dengan kandungan antioksidan, ia sekaligus di percayai boleh membunuh sel kanser dan mengurangkan risiko kanser.
3. Memperkuatkan kapilari darah dan fungsi darah amat bagus untuk wanita
4. Juga memperkuatkan sistem peredaran darah dan sistem kekebalan tubuh.
5. Mengatasi anemia dan memperbanyakkan sel-sel darah merah.
Kandungan ZAT BESI yang tinggi dalam BEETROOT dan warna merah gelap Beetroot cukup untuk mengaktifkan sel darah merah dan mengenerate sel darah merah dengan mengaktifkan bekalan oksigen dalam tubuh sekaligus menghidupkan sel-sel darah merah yang diperlukan oleh tubuh.
FAKTA lain tentang Beetroot Powder JoyMix :
8X Betaine
Serbuk Beetroot merah Joymix mengandungi lapan kali betaine berbanding dengan jus biasa yang sama. Betaine adalah nutrien kuat yang menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan menurunkan tahap homocysteine dalam badan.
Ia juga meningkatkan fungsi hati dan membantu dalam pencernaan. Bentuk serbuk pekat membolehkannya untuk mengemas lebih banyak nutrien berbanding jus biasa.
5X Nitrat
Jumlah nitrat dalam serbuk beetroot merah Joymix adalah lima kali lebih banyak daripada beetroot merah segar. Nitrat adalah sebatian yang mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan.
Tubuh menukarkan nitrat ke nitrit yang selanjutnya digunakan untuk menghasilkan nitrik oksida. Nitrik oksida adalah antioksidan yang kuat yang bertindak balas dengan radikal bebas dalam badan dan meminimumkan kerosakan dari mereka ke sel dan tisu.
1 Calorie Per Serving
Serbuk beetroot merah Joymix adalah minuman sihat yang mengandungi hanya 18 kalori per 100g.
Saiz hidangan disyorkan sebanyak 6 hingga 10g bermakna setiap hidangan hanya mempunyai sekitar satu kalori.
Ia adalah pilihan yang baik untuk orang yang menjalani diet lemak, pembina badan yang berada dalam fasa pemotongan dan orang yang sadar kesihatan yang suka memantau pengambilan kalori mereka.
Beetroot Powder JoyMix Sangat Bagus Untuk semua lapisan umur
Seperti Ina sendiri.Memang menjadi minuman kegemaran kami sekeluarga minuman Beetroot ini.Daripada suami sehinggalah anak ina yang berusia 4 tahun.Jadi,memang takde masalah langsung mereka ni semua.Kami sekeluarga memang pentingkan kesihatan..
Ideal Untuk Keto dan Diet Vegetarian
Sesuai bagi korang yang mengikuti keto atau diet vegetarian akan mendapati mudah untuk memasukkan serbuk beetroot merah kepada diet kerana mempunyai kalori yang rendah.
Meningkatkan Prestasi Sukan
Beetroots mempunyai betaine yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan aliran darah. Ia meningkatkan kadar di mana oksigen mencapai sel dan meningkatkan prestasi atlet dan olah raga.
Menajamkan minda
Disyorkan kepada pelajar dengan mengamalkan Beetroot powder ini kerana kandungan nutrien yang tinggi dari beetroot dan kesannya terhadap aliran darah meningkatkan fungsi kognitif otak sehingga memberi manfaat kepada pelajar dan remaja.
Sesuai bagi Dewasa dan warga emas
Pelbagai kajian telah menemui beetroot bagi mengelakkan dan menghentikan kemunculan demensia pada orang dewasa yang lebih tua. Jus beetroot yang secara berkala boleh membantu mengekalkan demensia.
Nyahtoksin
Selepas workout,dengan segera ina meminum Beetroot powder ini bagi mengantikan tenaga yang telah hilang secara tak langsung Beetroot powder ini memberikan tenaga kembali.Dan selepas minum,memang akan terasa kesegaran.
Beetroot mengandungi betaine yang membekalkan hati dan merangsang pengeluaran enzim.
Mengawal Tekanan Darah
Alhamdulillah,sehingga kini suami mengamalkan beetroot powder bagi masalah tekanan darah tinggi.
Untuk pengetahuan korang,betaine dalam beetroot dapat menurunkan tekanan darah dengan menurunkan tahap homocysteine dalam tubuh.
Serbuk beetroot merah Joymix mengandungi jumlah betaine yang tinggi yang mampu mengurangkan kemungkinan tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
Kaya dengan Folates
Serbuk beetroot merah Joymix kaya dengan folat yang diperlukan untuk pengeluaran dan perbezaan sel serta penyelenggaraan struktur DNA. Kandungan folat yang tinggi menjadikannya pilihan terbaik untuk bayi, remaja, dan wanita hamil.
Boleh Mencegah Kanser
Betaine antioksidan yang terdapat dalam jumlah yang banyak di dalam serbuk beetroot merah Joymix telah dijumpai untuk melindungi tubuh terhadap pelbagai jenis kanser.
Ia melindungi struktur DNA dalam sel terhadap kerosakan, yang merupakan penyebab utama kanser.
Memperbaiki Kesihatan Penghadaman
Bagi korang yang mempunyai masalah penghadaman pula.Beetroot meningkatkan kesihatan pencernaan dengan merangsang penghasilan enzim dan HCL dalam perut. Ia juga membantu dalam penyerapan vitamin, mineral, dan protein tertentu.
Mengapa perlu Memilih BEET ROOT dari JoyMix
Mudah Di Nikmati!
Yer,seperti ina bagitau di awal entri tadi.Beetroot Powder ini sangat mudah di sediakan.Maklumlah,dah tak payah lagi korag mengupas,memotong dan blender Beetroot bagi mendapatkan jus nya.
Dengan Beetroot Powder JoyMix ni,korang hanya ambil satu sudu teh dan bancuh di dalam air suam 120ml dan kacau rata ataupun shake jika korang gunakan botol shaker.
Haa..terkejut betul.Dah minum segelas,Sara nak lagi tambah,katanya tak mahu kongsi minuman dengan Soffea tu.Adeii! Takpelah,minuman ni takde kandungan gula.
Lagipun Beetroot powder ni kaya dengan sumber Vitamin C,Vitamin E,Kalsium,Kalium,Magnesium,Riboflavin,Thiamine,Protein,tenaga,Dietary fiber,Karbohidrat dan Sodium.
Nampaknya…,Ina kena bertukar kepada Beetroot Powder JoyMix nii :
Antara salah satu sebabnya :
1.Bau yang kurang
Untuk pengetahuan korang,Beetroot yang asli tu.. bau dia menyengat sedikit.Dan anak-anak pun macam payahlah sedikit nak konsisten.
Tetapi jenis Beetroot Powder JoyMix ni,Sara dan Soffea kemain lagi suka minum.Nak bertambah lagi tuu..
2. Mudah Larut
Iya,serbuk Beetroot ini mudah di larutkan didalam air.Tidak berketul selepas bancuhan.
Dan bagi korang yang sukakan buat kek tu.Boleh gunakan Beetroot Powder di dalam resipi kek korang tu.Warna beetroot yang sangat cantik.Kek mesti jadi cantik,kemerahan dan dalam masa yang sama korang boleh dapatkan kelebihan beetroot powder ni semasa menikmati kek beetroot ye tak?
Tengok tu.. Memang Ina jatuh cinta dengan Beetroot Powder JoyMix ni. Terasa kesegaran setelah minum.Energetik gitu..,setelah kepenatan seorang suri rumah mengerjakan rumahnya..Ehhh,betul lah! Menyapu,melipat kain,menjemur kain serta uruskan anak-anak lagi.Sekarang dah kembali bertenaga semula nihh.
Memang sama dengan Beetroot asal.Iyealah kan,namanya pun daripada beetroot.Tehehehe..
Okaylah,bagi korang yang nak dapatkan Beetroot Powder JoyMix ni.. boleh terus ke
Website : https://www.joypremix.com/
Facebook : https://www.facebook.com/joypremix
Instagram : https://www.instagram.com/joymix9/
The post Minuman Seisi Keluarga Beetroot Powder JoyMix appeared first on Nor Azlina.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/2018/11/21/jus-beetroot/